Few weeks back ada lar sorang kawan kat FB tegur hamba....tetiba jer ajak chat. Dia nak tanya pasal postmortem report. Hamba ni tak peka kenapa dia nak sangat tau walhal takde waris dia yang dibedah siasat pun. Semalam after satu FB komen ni hamba pun mula membaca.....ooooo....agaknyer pasal tu lar....
Apa boleh hamba cerita pasal laporan bedah siasat ni yer???? Ok, hari tu dah bagitau sikit2 pasal tujuan bedah siasat. The aim is to siasat sebab kematian lar kan (antaranya). Jadi bila dah bedah-siasat tu tentulah orang expect akan dapat jawapan. Tengok CSI kat TV tu macam senang jer kan....sejam jer dah selesai kes. Bedah siasat ni biasanya ambik masa 2-4 jam....lebih pun boleh, tengok jenis2 kes lar. Lepas tu boleh kuar terus laporan ker?????
Ada beberapa dokumen yang akan keluar lepas bedah siasat....
1. Permit menguburkan. Ini untuk bagi kat orang yang incharge kat tanah perkuburan/crematorium untuk urusan tanam/bakar.
2. Borang untuk buat sijil mati. Biasanya ada 2 jenis, yang pertama namanya LM10 dan yang kedua nama LM02. Ada certain negeri tak pakai style ni....coz diorang ada borang lain. Borang2 yang ni sila bawak pegi Jabatan Pendaftaran untuk buat sijil mati.
Kedua-dua item kat atas ni akan diserahkan pada waris immediately selepas bedah siasat. Sekiranya sebab mati dapat ditentukan dengan jelas masa bedah siasat, doktor akan tulis sebab mati kat borang di atas. Contoh sebab kematian yang jelas macam "Kecederaan di kepala akibat kemalangan jalanraya"....dah sah-sah kepala pecah dan ada saksi nampak dia accident....kira clear cut lar. Kalau waktu bedah siasat tu sebab mati tak jelas atau kurang convincing biasa doktor akan tulis "Pending Investigation".......ada gak doktor yang tulis "Unascertained" atau "Tidak dapat dipastikan".
WHAT?? Dah buat bedah siasat pun tak tau sebab mati ker????
Well darlings....ada benda nampak pakai mata kasar, ada yang kena tengok pakai mata halus jadi in case of bedah siasat ni ada perkara contohnya kandungan alkohol, dadah, racun, volatile agent, gases dalam badan kena dikaji kat makmal....TAPI makmal2 ni bukan dalam premis hospital yer. Kat Malaysia ni takde macam yang kita tengok dalam CSI Vegas, Miami mahupun New York....2-3 minit dapat result. Sample tu semua kena hantar pegi Jabatan Kimia Malaysia. Terpulanglah kepada protokol orang kat sana pulak berapa lama untuk buat analisa. Lagi satu, untuk mendapat jawapan yang lebih jelas lagi, doktor biasanya akan tengok tisu yang nampak tak sihat kat bawah microscope (histopathology)....sebelum nak tengok kena hantar pegi proses dulu......makan 4-5 hari jugak tu....
Dah....sudah abih bedah siasat. Laporan bila nak keluar????
Lepas bedah siasat doktor akan buat laporan. Kebanyakan hospital ada KPI yang laporan akan siap dalam masa 8 minggu (bagi kes-kes yang tidak complicated). Kadang-kadang conclusion tak boleh nak dibuat kalau belum terima result dari makmal. Contohnya kes drug overdose....body nampak cam sihat, bedah-siasat mata kasar tak nampak pun punca, kalau makmal tak bagitau yang si mati overdose camana doktor nak tulis sebab mati. Macam contoh kes kemalangan jalanraya pulak, pihak insuran memang nak result alcohol dan dadah. Bila waris submit report tak lengkap, kena lar pulak datang balik kemudian. Errrrmmmmm......bilalah nak dapat Forensic Centre yang boleh buat semuanya dalam satu bumbung.....senang dan cepat sikit kerja kami ni....
Harap-harap tiada siapalah yang akan melalui proses ni tapi semuanya ketentuan Allah. Kalau ada sedara kaum kerabat korang yang terlibat setidak-tidaknya anda dah tahu. Sebagai waris, korang perlu faham hak korang. Kalau rasa korang perlu penjelasan, mintak jumpa doktor lepas dia buat bedah siasat....takde lar korang termangu-mangu dan tertanya-tanya sehingga dapat laporan yang mana korang kalau baca pun belum tentu boleh faham coz bahasa perubatan ni sangat susah nak translate. Hamba kalau menerangkan kat waris kadang-kadang siap kena lukis2 bagai....
Basically ni ler inti pati chat hamba hari tu.....might as well share it here.....
~~~~~~~~~~~~~~~*~~~~~~~~~~~~~~~
p/s:
Ayat pertama yang Allah turunkan ialah Iqra'........maksudnya bacalah.....
Bacalah dari pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat....
Hey, very nice site. I came across this on Google, and I am stoked that I did. I will definitely be coming back here more often. Wish I could add to the conversation and bring a bit more to the table, but am just taking in as much info as I can at the moment. Thanks for sharing.
ReplyDeleteCommode Reclining Wheelchair
Keep Posting:)