Who didn't enjoy a glass of cold iced lemon tea or a cup of Tutti Fruitti or a bowl of mamak chendol during a hot sunny day??? Tolong raise your hand!!!! Lagi-lagi sekarang ni bulan puasa....perghhh...rasa nak minum satu jug water melon juice yang sejuk segar. Bestnyer dapat rasa nikmat syurga yang halal kat dunia ni. Well, arak pun nikmat syurga tapi kat dunia ni haram.....Teringat pulak masa kat U dulu, Prof. Omar Hassan Kasule cakap....dia tak paham kenapa orang Melayu adore sangat air suam, dah dapat nikmat air sejuk macam air yang mengalir dari sungai2 di syurga pun tak mau minum....Hah...tu doktor medical yang lulus master n phD Havard tu....
So, apa dosa air sejuk ni sampai banyak urban legend dari segenap pelusuk dunia ni yang kata minum air sejuk ni tak elok....terutama lepas / during makan. Hamba pernah jugak dapat email yang kaitkan air sejuk dengan poor digestion and cancer.....dan today ada plak satu komen kat FB yang cakap ianya terbukti secara saintifik.......melompat lar hamba. No offense yer, tapi dah jenuh jugak hamba membelek Google Scholar, PubMed dan Elsevier untuk mencari scientific paper berkaitan dengan menda ni....habukpun takdak. Nak kata hamba tak jumpa tak logik gak pasal menda ni macam among the greatest urban legend....sapa2 buat research pasal ni sure paper dia akan muncul kat mana-mana.
Kalau ada siapa-siapa yang jumpa tolonglah maklumkan kat hamba.....I need evidence...evidence.... How can you believe in things without evidence. Even kewujudan Allah pun ada evidence yang boleh diterima akal. Testimony tak leh pakai yer....itu kira hearsay...kalau kat mahkamah memang tak laku...
Secara logik akal hamba ni dengan sedikit saki baki ilmu physiology dan pathology yang belum cukup ni hamba tak dapat nak relate kesan minum air sejuk dengan indigestion dan cancer, apatah lagi menyebabkan badan sakit-sakit bila dah tua. Bukan kalau dah tua memang badan akan sakit-sakit ker. Tulang merapuh dek osteoporosis, sendi sakit dek osteoarthritis, muscle pun sakit-sakit....maklumlah dah season. Tak dinafikan our diet and lifestyle masa muda-muda influence kesihatan kita di lanjut usia tapi blame it on cold water....lebih-lebih lagi cold water lepas bersalin....
Dalam email yang tersebar kononnyer air sejuk menyebabkan oil and fatty substance yang kita makan akan solidify....apa perkataan tu??? Terampai...??? Well, kalau in vitro tu hamba boleh paham lar. Memang minyak akan somehow solidify dalam air sejuk tapi ni dalam perut. Our body yang warm blooded ni akan dengan segera memanaskan air sejuk tu supaya jadi suhu badan. Siap bakar some calories lagi...tapi sikit jelar kan. Lagipun masa kita dok kunyah makanan kat dalam mulut dah ada enzyme lipase (lingual lipase) yang akan cernakan lemak2 tu dah sebelum masuk perut. Tak tau plak fatty acid and glycerol boleh tukar balik jadi lipid dalam air sejuk. Pastu makanan bila dalam perut kena cerna lagi dengan macam2 enzyme dan acid yang giler powerful.
So far dah 600+ body yang hamba dah potong. Not less than 200 stomach yang hamba dah buka...body tu pulak ada yang sejuk lagi dari air tembikai letak air batu....takde lar plak terjumpa lemak terampai atau lemak menyeliputi dinding perut....Bila pikir-pikir balik kalau betullah lemak tu solidify dah tentulah tidak diserap masuk salur darah. Kalau tak serap maksudnyer keluar baliklar masuk mangkuk tandas....maknanyer xdelar lemak simpan dalam badan....maknanyer tak ler hamba gemuk....hehehehehe....So...okay what...
Jadi setakat ni hamba belum dapat yakinkan diri yang orang kata minum air sejuk ni tak bagus. Pandai-pandai lar sesuaikan keadaan. Takkan kalau tengah batuk lelah nak minum gak pasal dah tau memang paru-paru tak tahan. Kalau lepas beranak tiga empat hari badan sejuk-sejuk pasal baru lepas lost blood xyah ler minum. Tapi kalau badan tengah hangat panas dan tekak haus kering why not minum one or two glasses of nice cold iced lemon tea or just plain cold water. Dapat gak turunkan body temperature cepat sikit. Kalau lepas makan sambal pedas ayam penyet why not eat ice cream or frozen yogurt, milk can reduce rasa pedas. After all ianya nikmat yang halal and I'm so far convinced yang ianya tidak memudaratkan as long as you take it in moderation....
Errmmmm......tetiba teringat almond jamoca....
No comments:
Post a Comment