Hari ini sekali lagi berdepan dengan kejadian waris bising sebab tak mau bedah siasat. Penat dah polis tu explain tapi waris masih belum setuju dan mintak nak jumpa doktor. Hamba pun datanglah berjumpa waris tersebut......dan untuk sekian kali menerangkan situasinya.....macam replay voice recording jer...
This time agak sukar pasal si bapa nampak stress dan somehow refuse to listen to my explanation. Tak boleh nak blame him lar....anak dia masih muda meninggal tiba-tiba....
Well....berapa ramai sangatlar people out there yang paham bab-bab bedah siasat ni. Antara common questions dan statement dari waris....
- Dia ni mati biasa jer (natural death), saya tak paham kenapa nak jadi kes polis...
- Kalau mati biasa nak kena bedah siasat jugak ker?
- Kenapa doktor mesti nak buat bedahsiasat....kan dah tau dia accident?
- Kalau kami (waris) tak bagi macamana?
- Saya takde nak buat tuntutan apa-apa, saya redha jer,tak payah bedah siasat lar...
Uihhhh....banyak lagi lar persoalannya, jenuh nak menjawab. Tapi Alhamdulillah, so far boleh handle lar.....
Jadi kali ni hamba nak share info pasal bedah siasat ni. At least sesapa yang baca ada lar idea sebab bila dah jadi kat sedara mara kita masa tu biasanya dah tak terbukak minda nak dengar dah....
Bedah siasat ada 2 jenis
1- Bedah siasat klinikal....yang ni hamba tak handle. Bedah siasat ni takde kena mengena dengan polis. Kalau doktor yang rawat mintak nak bedah siasat, kena dapat kebenaran waris.
2- Bedah siasat medikolegal....this is the one yang hamba handle. Yang ini adalah atas arahan polis dan tak perlu dapat kebenaran waris.
Macamana pulak polis ada kuasa nak arah bedah-siasat??? Di sini kita rujuk Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) Bahagian VIII Prosising Khas, Bab XXXII Siasatan Kematian
So mati biasa secara mengejut (sudden natural death) pun termasuk dalam senarai kematian yang perlu siasatan polis. Semua kematian even mati biasa pun kena buat report polis, kalau tak sape nak sign permit menguburkan, takkan nak tanam gitu jer....kang tak pasal-pasal kena dakwa di bawah Seksyen 318 Kanun Kesiksaan kerana menyembunyikan kematian.
Kuasa menyiasat kematian adalah ditangan pihak polis. Kalau dia siasat dan dah tahu sebab dan punca mati tanpa bedah siasat maka tak payah lar hantar untuk bedah siasat. Kalau waris yang meninggal tu ada sakit apa-apa tunjuk kat polis tu bukti yang dia ni sakit. Mungkin cukup buat polis puas hati untuk bagi sebab mati. Sebut pasal ni, diingatkan supaya bagitau lar waris2 kalau korang ada sakit apa2 dan kat mana simpan rekod2 or klinik mana korang pegi. Pastikan juga korang tau mana nak dapat rekod kesihatan your parents. Semua ni dapat memudahkan kerja polis dalam menyiasat kes-kes sudden natural death ni. Cakap mulut tak boleh pakai yer....kena ada hard evident. Dengan adanya bukti, polis boleh release jenazah dan tak payah arahkan bedah siasat. Hamba pun tak bertambah kerja...sebab hamba ni yang menurut perintah, polis arah, hamba jalankan tugas sampai dapat jawapan yang polis nak. Jadi adakah anda faham yang doktor takde kuasa nak tentukan kena atau tak buat bedah siasat ni....???
Kalau kes accident pun sama, waris mesti tanya...apsal dah kemek-kemek & patah-riuk nak bedah-siasat jugak. Bedah siasat ni bukan setakat potong jer. Kami nak kena dokumen kecederaan2 semua. Kang kalau nak claim insurance ker, nak saman ker, takde report sape yang susah. Lepas tu kalau yang dah kemek-kemek dan terkoyak-rabak tu saper nak repairkan? Boleh lar bayar funeral home tapi kalau kat Malaysia ni service macam ni blum popular lagi.
Lagi satu kalau waris mati-mati hardcore tak setuju....apa yang boleh diorang buat? Setakat ni dalam Kanun Prosedur Jenayah ada sebut pasal peranan Majistret dalam siasatan kematian dan kuasanya memohon bedah siasat dan mengarahkan gali semula mayat. Takde pulak sebut Majistret ada kuasa untuk batalkan arahan bedah siasat tapi ada gak lar Majistret yang sanggup buat. Hamba tak tau lar setakat mana bidang kuasa dia sebenarnya. Boleh lar cuba tapi ikut pengalaman hamba yang seciput ni, sementara nak dapat jumpa Majistret tu, hamba boleh settle 3-4 bedah siasat dah....
Memang lar waktu kita baru kehilangan orang yang kita sayang, most of the time we can't think rationally. Tapi bila kita ada kefahaman dan kesedaran dari awal, at least bila tiba masanya kita tak cepat melatah. Hamba tak pernah nak blame waris-waris yang agak songeh dalam hal ni. Setakat ni kalau hamba counsel and slow talk semua dapat terima. Dalam masa yang sama kita pakai jugakler budi bicara mengikut keperluan.
Ramai yang pada masa sedih ni cakap yang diorang takde apa2 nak claim. Takde nak salahkan siapa-siapa tapi bukan sekali terjadi yang after few months mula datang cari polis/doktor pasal nak mintak report, mintak tandatangan. Baru sedar loan rumah atas nama suami, bank mintak bayaran. insuran tanak lepas pasal sebab mati tidak diketahui. Yang jadi kat keluarga terdekat hamba... lepas few months. mak mertua tuduh the husband racun the wife. Masa nak buat bedah siasat tak bagi, jumpa 3rd class magistrate mana entah suruh sign sebab mati tidak diketahui. Hamba cakap kalau nak buat police report nanti mayat kena gali balik....terus diam sampai sekarang. Few years back ada kes yang mak-bapak merayu dan haramkan hamba sentuh anak dia. Nasib polis setuju sign sebab dia ada penyakit. Dah ler hamba datang kul 4 pagi...elok2 sampai rumah, polis call balik suruh buat jugak sebab mak dia baru tau dia ada beli life insurance.....nak urgent plak tu....$%^*&^$#%^&*...
So much so that we want our loved one to be buried intact, tak nak sakitkan jenazah, nak kebumikan cepat kita kena fikir jugak nasib orang yang ditinggalkan. Kalau boleh ambil masa sejenak untuk fikirkan kebaikan bedah siasat ni bukan untuk si mati yang dah pergi tapi waris-waris yang tinggal meratapi....
tq for the info. biasenye mende cani slagi x lalui x tahu procedure die cane
ReplyDeletei m very impressed with passionate doctors n nurses..
ReplyDeleteHey, very nice site. I came across this on Google, and I am stoked that I did. I will definitely be coming back here more often. Wish I could add to the conversation and bring a bit more to the table, but am just taking in as much info as I can at the moment. Thanks for sharing.
ReplyDeleteKarma Km 2500
Keep Posting:)