Just a place for me to write whenever i feel like writing. Mainly about things and issues around me....and of course...my passions.


Monday, 15 August 2011

Lintas elok-elok......

Setiap pagi on the way nak pergi kerja hati hamba mesti "cursing" menda yang sama bila nak keluar dari simpang (T-junction) ke jalan besar. Seberang jalan tu ada kilang....elok2 pulak depan simpang tu ada pagar kecik untuk budak2 kerja kilang keluar pas tu chantek plak ada makcik jual nasi lemak pagi2 depan simpang tu. Pulak tu elok-elok time hamba nak keluar, time tu ler segerombolan pekerja-pekerja kilang tu nak keluar dan yang agak hangin lagi...time tu jugakler depa nak cross the road.

Camno nak keluar kalau dah penuh org tengah2 simpang
Bukan ler hamba nak suruh depa tunggu hamba lalu dulu baru depa seberang jalan....yang hamba hangin tu apsal lar seberang jalan tengah-tengah simpang....bila dah cross tu kena gak ke kiri atau ke kanan so tak salah rasanya jalan sikit to the right or left then baru cross. Apsal lar nak jugak cross tengah-tengah simpang.....kan susah hamba nak keluar....hehehehe. Kalau depa cross beramai-ramai tu ok lar lg tapi kadang2 tu sorang-sorang pun nak cross kat tengah-tengah simpang gak. Kalau sorang2 tu payah sikit mata driver yang sibuk usha kereta kiri kanan nak perasan. So far blum ada lagi pedestrian yang mati accident kat simpang tu so rasanya tu yang buat diorang tak kisah tu....TAPI....dah ada few car accident kat situ...well, entah2 pasal nak ngelak dari langgar depa lar kot....entah ler.

Perkara ni jadi hari2....walaupun dah biasa tetap ada minor cursing jugakler pagi2....dan pagi ni agak lebih geram sikit pasal ada minah sorang ni dah ler nak lintas tengah-tengah simpang, pas tu terhegeh-hegeh plak tu. Hamba dah keluar belok kanan dia baru teragak-agak nak lintas....terpaksa plak hamba berenti bagi can dia lalu. Patut kalau keta dah stop nak bagi ko lalu, jalan ler laju2 sket...show the urgency...ni tidak, buat langkah lenggang kangkung. Tak pasal2 kena hon ngan keta lain yang nak lalu. Tau lar jap lg ko nak balik rumah tido......hamba ni nak pg kerja, nak motong......jangan sampai kena potong ko plak nanti....aishhhh....emo sungguh pagi2 ni...

Kalau dikira statistik kemalangan kat Malaysia, tak ramai sangat ler pejalan kaki yang mati accident....ye larkan....orang2 yang bawak keta ni nak kena hormat dan jaga pejalan kaki....pasal kalau terlanggar agak parah jugak ler kesnya. Hopefully rakyat Malaysia pejalan kaki blajor-blajor ler adab melintas jalan semula. Sopan santun di jalanraya bukanler maksudnyer jalan lemah lembut tunduk kepala sambil melintas....pikir lar pasal keselamatan diri dan orang lain selain pikir nak sampai keseberang sana.....




p/s: kalau orang dah berenti nak bagi korang lintas jalan.....kan bagus kalau bg sedikit acknowledgement, senyum sket ka, angkat tangan ka then jalan laju2 sket...(ditujukan kepada kakak-kakak kat depan stesen LRT Dato' Keramat hari tu.....dah ler tak senyum langsung, siap melenggang sambil sambung borak...hampeh!!!)


2 comments:

  1. Hey, very nice site. I came across this on Google, and I am stoked that I did. I will definitely be coming back here more often. Wish I could add to the conversation and bring a bit more to the table, but am just taking in as much info as I can at the moment. Thanks for sharing.
    Karma Km 2500

    Keep Posting:)

    ReplyDelete
  2. Hey, very nice site. I came across this on Google, and I am stoked that I did. I will definitely be coming back here more often. Wish I could add to the conversation and bring a bit more to the table, but am just taking in as much info as I can at the moment. Thanks for sharing.
    Transport Chairs

    Keep Posting:)

    ReplyDelete