Just a place for me to write whenever i feel like writing. Mainly about things and issues around me....and of course...my passions.


Saturday 23 July 2011

Bulat-bulat kaler biru......

Cantik sungguh nampak gambar buah blueberry ni. Teringin nak tengok and petik sendiri tapi yer lah, hamba tak penah duduk oversea.....hamba petik yang dalam peket kat Cold Storage atau Jusco je lar. Kalau nak buat tart atau blueberry cheese cake beli ready made filling....

Blueberry ni tergolong dalam genus Vaccinium. Banyak buah berry yang lain masuk dalam genus ni. Secara generalnya buah berry termasuklah strawberry, raspberry, blackberry, cranberry semuanya masam masam manis. Kalau tekak Melayu sejati biasanya tak suka sangat kot....buah kundang lagi sedap (ke tak rasa sedap sangat pasal menda alah ni mahal kat sini???). Whateverlah....yang hamba tau hamba suka this berries especially bluberry.  Makan mentah pun best, buat pie, topping cheese tart or cheese cake, muffin atau layer kat cake...yummy..yummy......

Teringat masa kecik-kecik kat  kampung merayau dalam semak ngan kawan-kawan sambil kutip Malaysian version of "blueberry". Balik rumah kena bebel pasal baju abih semua ungu.....lidah ngan gigi takyah cakap ler.....

Melastoma malabathricum: Korang kenal ker buah ni????

Antara baking project hamba yang guna blueberry.....




Blueberry muffin....buat pakai fresh berries pasal kat KL so far tak pernah jumpa frozen berry. Resepi dari Le Cordon Bleu


Lemon blueberry cheese tart. Resepi asal suruh pakai fresh berries tapi main tipu ler, budak-budak tak suka sangat makan berry mentah.


Blueberry cheese tart versi kecik.....resepi amik kat My Resepi. Tuan punya blog dah buat warning tak bagi reproduce or link apa2 dari blog dia...maleh hamba nak mintak2 izin ni. Sapa2 nak search lar sendiri.

Blueberry cheese cake. Resepi asal telah di'alter' sedikit. Biskut kat bawah tu hamba pakai oreo coz xde biskut2 jenis lain dah kat rumah tu. Boleh jugak pakai digestive biscuit. Actually Jacob's wheatmeal crackers pun ok kot....(baru teringat ada biskut tu..hehehehe). Filling kat atas tu hamba pakai dalam tin punyer.....ha ni dia....
 

Yang ni lebih sedap dari yang packing dalam bekas plastik tu....(pada pendapat hamba lar).


Okeh....sapa-sapa yang mintak resepi hari tu silalah cuba. Hamba pun tiap kali nak buat google jer. Kalau tak sure pasal teknik search jer kat youtube.....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday 20 July 2011

Mari kita lawan kanser..........

Cancer never sleep. It can kill even the toughest, healthiest man. Orang yang jaga makan minum, tak hisap rokok pun boleh died of cancer....ini pulak orang yang balun semua menda and practice high risk lifestyle and behavior....

Kanser ni adalah penyakit yang sangat sukar difahami. Sifatnya sangat sukar dimengertikan, kemarahannya sangat sukar diredakan. Hamba nak bercerita banyak2 pasal penyakit kanser ni pun tak sesuai lar, 69 pages dalam Papa Robin bab neoplasia tu pun tak paham2 lagi (nasib pass exam MPath part 1...hehehe).



Fighting cancer memerlukan dedicated energy and lots of money. Sebab tu diseluruh dunia ada badan khas yang dedicated for this. Kat Malaysia kita ada Majlis Kanser Negara (MAKNA) dan National Cancer Society Malaysia (NCSM). Support lar yang mana termampu. Tak mampu bagi duit banyak, support their activity ker, jadi volunteer ker, derma duit sen ker....



Sapa-sapa kat Utara, masih sempat nak join Relay for Life (RFL) tahun ni.....sila-sila kan lah yer....

We had a great time during RFL at UKM Bangi recently.

Picture with Dato' Zuraidah Atan, Chairperson of Relay for Life Malaysia

This year Kuatagh did 200 laps officially. This picture above was after the last of 200 laps. Actually the 199th was completed at 0345 hours....sajer nak buat gempak habiskan the 200th lap time orang dah ramai...heheheh... Donation untuk satu lap = RM50.....

My niece, bet she had a good time...

Luckily my youngest son sanggup nak tinggal dengan my sister in law (after we trick him of course) so this year dapat jugak pergi walaupun tengah serabut crisis pasal maid. This year I invited my nieces to come with us......the pictures, credit to them...


That's my hubby. His uncle died of lung cancer this year.I always admire him for looking quite young for his age....rambut lebat and smart sentiasa. Was so shocked bila tau dia kena cancer...dah late stage masa 1st detected. I was informed that he wasn't even a smoker. Well, I was a secondary smoker since I was born sampai dah kawin.....now Alhamdulillah, hubby dearest dah berjaya berhenti....THANK YOU SO MUCH BABY!!!!!

with my son and niece

My son with his lantern. Next year rasa macam nak tulis "Thanks ayah, for stop smoking"





Wednesday 13 July 2011

kenang yang pergi....jaga yang meratapi....


Hari ini sekali lagi berdepan dengan kejadian waris bising sebab tak mau bedah siasat. Penat dah polis tu explain tapi waris masih belum setuju dan mintak nak jumpa doktor. Hamba pun datanglah berjumpa waris tersebut......dan untuk sekian kali menerangkan situasinya.....macam replay voice recording jer...
This time agak sukar pasal si bapa nampak stress dan somehow refuse to listen to my explanation. Tak boleh nak blame him lar....anak dia masih muda meninggal tiba-tiba....

Well....berapa ramai sangatlar people out there yang paham bab-bab bedah siasat ni. Antara common questions dan statement dari waris....

- Dia ni mati biasa jer (natural death), saya tak paham kenapa nak jadi kes polis...
- Kalau mati biasa nak kena bedah siasat jugak ker?
- Kenapa doktor mesti nak buat bedahsiasat....kan dah tau dia accident?
- Kalau kami (waris) tak bagi macamana?
- Saya takde nak buat tuntutan apa-apa, saya redha jer,tak payah bedah siasat lar...

Uihhhh....banyak lagi lar persoalannya, jenuh nak menjawab. Tapi Alhamdulillah, so far boleh handle lar.....

Jadi kali ni hamba nak share info pasal bedah siasat ni. At least sesapa yang baca ada lar idea sebab bila dah jadi kat sedara mara kita masa tu biasanya dah tak terbukak minda nak dengar dah....

Bedah siasat ada 2 jenis

1- Bedah siasat klinikal....yang ni hamba tak handle. Bedah siasat ni takde kena mengena dengan polis. Kalau doktor yang rawat mintak nak bedah siasat, kena dapat kebenaran waris.

2- Bedah siasat medikolegal....this is the one yang hamba handle. Yang ini adalah atas arahan polis dan tak perlu dapat kebenaran waris.

Macamana pulak polis ada kuasa nak arah bedah-siasat??? Di sini kita rujuk Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) Bahagian VIII Prosising Khas, Bab XXXII Siasatan Kematian


So mati biasa secara mengejut (sudden natural death) pun termasuk dalam senarai kematian yang perlu siasatan polis. Semua kematian even mati biasa pun kena buat report polis, kalau tak sape nak sign permit menguburkan, takkan nak tanam gitu jer....kang tak pasal-pasal kena dakwa di bawah Seksyen 318 Kanun Kesiksaan kerana menyembunyikan kematian.


Kuasa menyiasat kematian adalah ditangan pihak polis. Kalau dia siasat dan dah tahu sebab dan punca mati tanpa bedah siasat maka tak payah lar hantar untuk bedah siasat. Kalau waris yang meninggal tu ada sakit apa-apa tunjuk kat polis tu bukti yang dia ni sakit. Mungkin cukup buat polis puas hati untuk bagi sebab mati. Sebut pasal ni, diingatkan supaya bagitau lar waris2 kalau korang ada sakit apa2 dan kat mana simpan rekod2 or klinik mana korang pegi. Pastikan juga korang tau mana nak dapat rekod kesihatan your parents. Semua ni dapat memudahkan kerja polis dalam menyiasat kes-kes sudden natural death ni. Cakap mulut tak boleh pakai yer....kena ada hard evident. Dengan adanya bukti, polis boleh release jenazah dan tak payah arahkan bedah siasat. Hamba pun tak bertambah kerja...sebab hamba ni yang menurut perintah, polis arah, hamba jalankan tugas sampai dapat jawapan yang polis nak. Jadi adakah anda faham yang doktor takde kuasa nak tentukan kena atau tak buat bedah siasat ni....???

Kalau kes accident pun sama, waris mesti tanya...apsal dah kemek-kemek & patah-riuk  nak bedah-siasat jugak. Bedah siasat ni bukan setakat potong jer. Kami nak kena dokumen kecederaan2 semua. Kang kalau nak claim insurance ker, nak saman ker, takde report sape yang susah. Lepas tu kalau yang dah kemek-kemek dan terkoyak-rabak tu saper nak repairkan? Boleh lar bayar funeral home tapi kalau kat Malaysia ni service macam ni blum popular lagi.

Lagi satu kalau waris mati-mati hardcore tak setuju....apa yang boleh diorang buat? Setakat ni dalam Kanun Prosedur Jenayah ada sebut pasal peranan Majistret dalam siasatan kematian dan kuasanya memohon bedah siasat dan mengarahkan gali semula mayat. Takde pulak sebut Majistret ada kuasa untuk batalkan arahan bedah siasat tapi ada gak lar Majistret yang sanggup buat. Hamba tak tau lar setakat mana bidang kuasa dia sebenarnya. Boleh lar cuba tapi ikut pengalaman hamba yang seciput ni, sementara nak dapat jumpa Majistret tu, hamba boleh settle 3-4 bedah siasat dah....

Memang lar waktu kita baru kehilangan orang yang kita sayang, most of the time we can't think rationally. Tapi bila kita ada kefahaman dan kesedaran dari awal, at least bila tiba masanya kita tak cepat melatah. Hamba tak pernah nak blame waris-waris yang agak songeh dalam hal ni. Setakat ni kalau hamba counsel and slow talk semua dapat terima. Dalam masa yang sama kita pakai jugakler budi bicara mengikut keperluan. 

Ramai yang pada masa sedih ni cakap yang diorang takde apa2 nak claim. Takde nak salahkan siapa-siapa tapi bukan sekali terjadi yang after few months mula datang cari polis/doktor pasal nak mintak report, mintak tandatangan. Baru sedar loan rumah atas nama suami, bank mintak bayaran. insuran tanak lepas pasal sebab mati tidak diketahui. Yang jadi kat keluarga terdekat hamba... lepas few months. mak mertua tuduh the husband racun the wife. Masa nak buat bedah siasat tak bagi, jumpa 3rd class magistrate mana entah suruh sign sebab mati tidak diketahui. Hamba cakap kalau nak buat police report nanti mayat kena gali balik....terus diam sampai sekarang. Few years back ada kes yang mak-bapak merayu dan haramkan hamba sentuh anak dia. Nasib polis setuju sign sebab dia ada penyakit. Dah ler hamba datang kul 4 pagi...elok2 sampai rumah, polis call balik suruh buat jugak sebab mak dia baru tau dia ada beli life insurance.....nak urgent plak tu....$%^*&^$#%^&*...

So much so that we want our loved one to be buried intact, tak nak sakitkan jenazah, nak kebumikan cepat kita kena fikir jugak nasib orang yang ditinggalkan. Kalau boleh ambil masa sejenak untuk fikirkan kebaikan bedah siasat ni bukan untuk si mati yang dah pergi tapi waris-waris yang tinggal meratapi....



Tuesday 12 July 2011

Widad is 4.....

Widad with cousin Along..


Happy Birthday my dear Widad.....

Tahun ni ummi lupa mengingati saat cemas semasa  Widad lahir
Tahun ini ummi lupa mengenang sedih pilu melihat tiub dan wayar di badan Widad 
Tahun ini ummi lupa nak nangis di hari lahir Widad
Sebab....  
Tahun ini ummi sibuk...
Sibuk melayan kerenah dan keletah Widad
Sibuk mengajar Widad hidup berdikari 
Sibuk menikmati setiap saat melihat Widad membesar
Sibuk mengkagumi Widad yang bijak dan hebat...

Selamat Hari Lahir yang ke-4 Widad sayang.....






Wednesday 6 July 2011

Desperate housewife.....

I am a wife when I was still an undergrad student. Nikah, honeymoon kat Parit Buntar 2-3 hari (ikut hubby balik campus dia) then back to my campus. For 2 years jadi monthly wife. Sesekali balik rumah mak jd macam tetamu while kat rumah mother in law dah memang ada maid. Well, as a result....skill as a wife cuma kat dapur and bedroom je lar....hehehehehe...

After grad hamba jadi horseman, jangan kata nak buat keja rumah....anakpun asyik kena outsource. Pendek kata I'm not use to housework. Masa kat asrama jaga bilik and keperluan sendiri jer. Bila dah kerja semua maid yang uruskan, hamba ke dapur pun sebab minat. Sapu lantai, urus kain baju....waaaaa....I don't like...

Nak jadi cerita hari Sabtu lepas my new maid ran away. She left while me and hubby pg hantar maid lama kat airport. Terpaksa lar men"cuti"kan my sister in law to cover Monday and Tuesday. Semalam and today hamba plak terpaksa cuti. Mamat transporter yg bawak maid tu entah bila lar nak ganti maid hamba ni....Buat penat jer hari tu ke hulu ke hilir bunuh setem bagai. Kalau tak dapat maid hari ni, esok nak wat camna!!!??? Waaaaaaaaa...........

Satu hari jadi housewife semalam, hamba telah bertungkus lumus mengemas dan memBERSIHkan tinggalan-tinggalan maid lama. Apa yang nampak ok for me all this while rupanyer berkarat!!! First thing hamba potong rumput kat laman yang sekangkang kera tu....tengok2 longkang macam tak pernah dibersihkan....almost nak total clog with pasir n whatsoever. Kalau hamba tak tergerak nak bukak drain cover tu memang tak tau lar....

Siap kat laman, hamba pergi dapur. Duduk lama2 kat sink baru perasan yang the dry basin tu dah.....**@#$%%#. Jenuh pulak ngangkat drying rack yang sebenarnya full with crap...menda2 disposable pun letak situ. Selama ni tak nampak sebab covered with pinggan mangkuk. Masa awal2 maid kerja ada pesan, lap pinggan yg dah basuh....jgn tunggu dry kat basin tu. Lama2 tak larat bebel hamba redha jer janji rumah kemas.

Habis kat dapur lepas lunch...tu pun rasa nak pengsan dah. Tengahari hamba membetulkan langsir roman blind yang dah entah apa2 jadinya dikerjakan dek bibik, yang kat  dapur xboleh roll up n down..berbelit2 dah....Sekian lar pulak nak memanjat. Badan dah lar berat...takut roboh jer cabinet. Adeh...penat gilos....tu tak termasuk sapu sampah and mop lantai lagi. With the boys at home, lagi ler semak....ada jer kerja nak kena buat...pastu makan macam tak sudah-sudah. Nasib boleh kerah diorang cuci pinggan.....

Abih kerja kat bawah baru jenguk kat atas. Gosok, lipat and susun kain baju ialah aktiviti yang sangat hamba tak suka. Dalam hati menjerit....cepat lar ganti maid hamba. Tapi bila dah lama2 lipat baju especially baju anak2 then rasa seronok plak. Rasa macam ada personal touch. Tengok baju sekolah diorang yang comot sana sini and lutut seluar dah nipis,  make me think of apa lar aktiviti yang diorang buat sampai cam ni. Terasa nak nangis....terasa I've miss a lot of thing. Yes, memang penat jadi housewife but I can feel the satisfaction walaupun baru sehari.....

Hamba membayangkan  betapa penatnya mak hamba ngurus rumah and anak2 dulu2....kain basuh tangan tu!!! Nasib lar rumah kecik and adik-beradik 3 orang jer. Fuhh...bayangkan housewife yang anak 8! Tabik lar to all housewife....especially kawan-kawan hamba yang belajar tinggi, kerja gaji sedap2 tapi berenti untuk jadi housewife.

As for me....full time housewife memang tak suit my profile but I want to get rid of this maid dependency syndrome.....soon...soon...