Just a place for me to write whenever i feel like writing. Mainly about things and issues around me....and of course...my passions.


Wednesday 27 April 2011

I love the smell of fermentation.......(projek cinnamon roll)

Fermentation is proses penapaian yer....tapi adik beradik jugak dengan decomposition....both produce gases cuma fermentation gasnyer harum while decomposition....fuhhhh.......@$%$^&*&^&$%&^!!!

Just to share my fermentation project....hahahahaha....buat roti ler apa lagi...release tension balik dari kerja....


Chocolate cinnamon roll 
(resepi asal ambik kat sini http://allrecipes.com)

 

 

Bahan-bahan

  • 3/4 cawan susu (full cream lar sedap)
  • 1/4 cup mentega/margerin (suhu bilik yer)
  • 3 1/4 cawan tepung serba guna
  • 1 peket yis segera (hamba pakai Mauripan)
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu besar serbuk kayu manis
  • 1/2 cawan mentega/margerin (yang lembut yer)
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara

  1. Panaskan susu sampai berbuih dan tutup api. Masukkan mentega dan gaul sampai cair. Tunggu sampai suam.
  2. Gaul 2 1/4 cawan tepung, yis, gula dan garam dalam dalam mangkuk besar. Campur air, telur dan campuran susu tadi, gaul rata. Tambah lebihan tepung sikit-sikit sampai doh boleh ditarik (doh dah tak lekat kat mangkuk). Uli doh dalam 5 minit (masa ni boleh release tension, tenyeh jer doh tu!!!)
  3. Tutup doh dengan kain lembab dan biar naik dalam 10 minit......(this is my favorite moment...baunya sungguh menenangkan...)
  4. Gaul gula perang, serbuk kayu manis, serbuk koko dan mentega dalam mangkuk kecil. 
  5. Bila doh kembang, tumbuk-tumbuk sampai kecut semula (release tension lagi). Kemudian gelek doh menjadi empat segi (lebih kurang 12 x 9 inci).  Sapu rata campuran gula tadi. Gulung rapat dan cubit untuk lekatkan.   Potong doh kepada 12 bahagian sama besar dan susun dalam dulang bakar (sapu minyak sikit dulu yer).  Tutup dan biar naik dalam 30 minit. Panaskan oven 190 darjah Celcius 
  6. Bakar 20 minit atau sampai perang
  7. Sejukkan dan makan!!!!....eehhh....nanti dulu...nak letak  glazing tak??
 Glazing


  • 3 cups gula icing




  • 2 1/2 to 3 sudu besar susu penuh krim / krim





  • 1/2 sudu teh esen vanilla





  • Letak gula dalam mangkuk, campur susu dan vanilla. Kacau sebati. Tambah gula kalau cair atau tambah susu kalau pekat sangat sehingga dapat consistency yang diingini. Drizzle atas cinnamon roll anda....aduh sedapnyer....

    So malam tadi projek complete at 10.30 pm then we have supper on the bed...tak sabar nak tunggu breakfast...

    Tuesday 26 April 2011

    Alaaaa....you keja gomen...!!!!

    To those who read The Star today mungkin terbaca article bertajuk "Some people penalised for work well done". Such a good one and mesti dibaca oleh semua pekerja-pekerja especially pekerja yang semangat dan berdedikasi macam hamba dulu-dulu. Huh...kenapa dulu-dulu jer??? What about now??? Baca lar the linked article, kot boleh paham kenapa....

    Quoting few lines from the article:

    "In an ideal world, we would all be rewarded and recognised for having the intellect and dedication to produce good results. In the frighteningly real world, there are many instances where we are just given more and more work with little or no added compensation; simply because we are efficient."

    Masa mula-mula kerja dulu bapak segala semangatnya, nak tunjuk the best because I want people to believe in me. I'm willing to stay back, volunteer for whatever project, pegi meeting, outstation...dan bla..bla...bla...Lantak lar orang nak kata hamba ni kaki kipas ker, apa ker. After a while I feel the acceptance and feel that I belong as well as develop the sense of belonging. So berkobar-kobarlah bekerja untuk pengalaman sendiri, untuk nusa dan bangsa. Good when we feel appreciated. Hubby selalu tanya "apsal you jer yang dok handle this and that"....hamba jawab, "I accept the responsibility because I appreciate that my boss trust me and believe in me" and hubby komen balik..."alaaaa...you keja gomen...takde bezanya rajin ke malas". Betul rupanyer....

    Time goes by and I become senior...and juniors coming in. Rupa-rupanya most of them dah paham konsep depa keja gomen, hamba antara yang tak sedar selama ni rupanyer. Keja jadi doktor gomen lagi ler best skang ni...naik pangkat by time promotion. Cukup waktu naik lar gaji dan pangkat. CPD point mana-mana boleh kejar. Pergi kursus takde kaitan dengan kerja pun boleh dapat CPD point. PTK tak payah pg exam, sign kehadiran kursus PTK tanpa attend kursus pun lepas jugak. Tiap-tiap tahun punya penilaian prestasi ikut ler budi bicara yang tukang bagi....itu pasal ada pekerja marvelous kat Hospital A dapat 80++ yang less marvelous kat Hospital B dapat 90++.....nyudahnyer yang lagi sesuai naik pangkat tak dapat. Kat tempat hamba ni lagi best, kita kena rajin every 5 years sahaja sebab kalau tahun ni dah dapat Anugerah Cemerlang, lagi 5 tahun xleh dapat dah....adeker patut??? Dah keja gomen....gitu ler....

    So...nak jadi super worker ker nak jadi cam biasa-biasa jer? One super medical officer kat wad kena buat macam-macam procedure during on-call coz boss said "takkan nak suruh si C buat, I don't trust him lar..". Waaaa.....best lar si C dapat claim on-call tp takyah buat kojer. Bayangkan kat tempat kerja anda ada orang yang punch in and out tapi tak payah buat kerja sebab dikuatiri "incapable of doing it right"....tapi hujung bulan gaji sama, kalau dapat bonuspun...samajer. Kalau kat prebet dah lama kena sack tapi kamikan keja gomen...

    Best tak alasan hamba untuk tidak lagi merajinkan diri??? Buat apa yang wajib sahaja. Masuk kul 7.30 pg, kuar kul 4.30 ptg. Baik balik rumah awal, boleh gak buat kek ker, masak apa2 patut. Entah ler, kerja ni adalah sumber rezeki kita nak bagi kat keluarga especially kat anak-anak yang nak membesar. Jadi diingatkan (kepada diri sendiri terutamanya)....ikhlaskan lah hati kerana Allah. InsyaAllah kalau kerja ikhlas, Allah bagi pahala ibadah kat kita.....takpelar tak dapat gaji lebih pun.......... :P








    Sunday 24 April 2011

    Bagai menatang minyak yang penuh....

    Episod suspen kali kedua sudah berlalu. Hamba mohon pada Allah, agar tiada lagi episod seperti ini. Gundah-gulananya hati ini hanya Allah yang tahu. Air mata keluar tak tertahan-tahan lagi. Bila tinggal sorang2 mula nak hujan jer rasa. Manalah tak hancur hati melihat Widad yang tak sampai sebulan kena operate dah sakit semula. Muntahnya dari air jernih jadi coklat ke hitam bercampur darah dan kemudiannya jadi hijau pekat. 

    Waktu ni hamba teringat masa buat houseman kat pediatric. Seorang budak perempuan sebaya Widad asyik masuk wad sebab muntah-muntah. Oleh sebab terlalu kerap muntah, salur makannya berdarah (Mallory-Weiss tear). Budak ni masuk almost setiap bulan...in fact selang 1 minggu pun pernah. Sebagai houseman yang kerja rutinnya adalah tukang clerk and ambil darah, hamba lah yg mendengar keluh kesah ibunya. Bejaga siang malam jaga intan payung jantung hatinya. Masa tu bila lihat dia menitis air mata setiap kali anaknya muntah dan kena cucuk hamba tak rasa apa pun.....maklumlar penat kerja, mana sempat nak feel apa2. Sekarang baru rasa....Berapa lama agaknya masalah budak ni berlarutan. Masa hamba abih houseman, bdk tu dah di refer ke gastroenterologist.

    Masa kita kecik2 dulu mak kita pun mesti sedih dan nangis jugak masa kita sakitkan, masa tu mesti jaga kita macam menatang minyak yang penuh.....tapi sebab kita kecik lagi mana kita nak ingat. Parents memang akan rasa sedih dan risau kalau anak kecik sakit...maklumler tengah comel. Bila besar sikit risau tetap risau tapi takde lar kot nak manja-manja sangat especially bila kerap sangat sakit. 

    Satu patient yang hamba pernah jumpa masa kat wad surgical masuk wad like every other week....adhesion colic punyer pasal (post-appendectomy). Dah berapa kali buat operation release adhesion. Sepanjang entah berapa kali jumpa dia kat wad, tak penah jumpa parents dia pun. Hamba pernah disuruh refer dia kat psychiatrist sebab dah terlalu kerap sampai surgeon sangsi yang it is actually true. Tapikan...budak tu punya guling and vomiting memang really true kat mata hamba. Masa hamba contact mak dia, mak dia kata diorang dah tak larat nak layan sakit dia dah, sejak skolah rendah lagi macam tu. Ada pulak macam tu yer???? Agak-agak budak tu tension tak parents dia cakap macam tu. Memang lar masa kecik dulu jaga elok2 tapi dia tak ingat kot kenangan masa kecik dulu...yang dia ingat bila dia dah besar especially masa dia dah remaja....entah ler, tak reti dan tak layak hamba nak buat penilaian...Kita hanya mampu berdoa agar kita hidup lama untuk pastikan anak-anak kita dijaga dengan sempurna....dan berdoa juga agar anak-anak kita ingat dan kenang apa yang pernah kita lalui sepanjang membesarkan mereka. Semoga mereka sanggup menjaga kita sepertimana kita menjaga mereka.

    Hamba berharap agar buah hati intan payung hamba ni tak ler kena sakit yang berpanjangan macam 2 kes diatas. Buat masa sekarang ni boleh lar hamba cakap yang hamba akan jaga macam menatang minyak yang penuh...masa akan datang?? Harap Allah tabahkan hati hamba, hubby dan anak-anak. My 2 older boys banyak berkorban untuk adik dia coz my time and energy banyak habis kat Widad lately. Semoga kami sabar dengan segala ujian yang akan datang.



    Kepada keluarga dan kawan-kawan yang sudi berdoa dan memberi sokongan terima kasih diucapkan. Semoga Allah jauhi anda dari kesusahan dan kesakitan....Amin...



    Monday 18 April 2011

    Allah sayangkan kami....

    "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
    -Surah Al-Baqarah ayat 286 

    Sebulan yang lepas buah hati hamba dimasukkan ke hospital kerana appendicitis. Tubuh kecilnya yang sedia kurus semakin kurus selepas pembedahan tersebut. Sejak dia keluar hati bukan main gembira melihat dia bermain sihat dan berselera makan. Hilang gundah masa di wad dulu.

    Doktor yang merawat dah menerangkan kemungkinan dia akan sakit-sakit perut disebabkan adhesion colic. Selepas discharge, takde sekali pun dia nampak atau menunjukkan tanda-tanda sakit malah dia bersemangat memulakan sessi persekolahan di Tadika baru...bila hamba balik kerja, dia gembira bercerita betapa suka dia naik van. Tapi baru seminggu sekolah, Allah beri lagi ujian untuk Widad....dia sakit perut dan muntah. Ummi yang tengah berbengkel menulis research report tak tenang hati....walau banyak lagi yang belum siap, terpaksa balik jugak.

    Di rumah Widad nampak lemah dan sesekali dia muntah. Malamnya lepas hubby balik kami bawa dia ke hospital.Oleh kerana ubat yang diberi tidak dapat meredakan sakit dan muntahnya dia ditahan di wad. Doktor pakar yang datang mengatakan dia mungkin bukan sekadar colic but most likely ada bowel obstruction....aduh...hancur luluh hati hamba...belum sampai sebulan Ya Allah!!!! Tapi siapakah hamba untuk menafikan takdir Allah.

    Last week baru lepas pening kepala atap kat bilik tidur bocor....all this while hujan lebat xde plak bocor. Then terfikir kat kepala, lepas satu-satu...baru jer bayar Tadika baru Widad, nak kena ganti absorber kereta plak...ni atap plak bocor...Ya Allah...alangkah huduhnya perangai hamba, ujian kecik ni pun nak merungut. Nah, sekarang Allah bagi ujian lagi besar....perut anak kecil ku dibelah lagi...suara yang biasanya bising hari ini tinggal anggukan lemah.

    Ya Allah....hamba mohon maaf. Maafkan hamba yang lupa....maafkan hamba yang kurang bersyukur. Betapa sayangnya Kau pada kami Ya Allah. Dengan kuasaMu Kau datangkan kesedihan ini, dengan kuasaMu juga, berikanlah kami kegembiraan...dan kebaikan selepas semuanya selesai. Tabahkan hati kami Ya Allah...untuk hadapi semuanya....Amin!!

    "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih
    daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
    -Surah Al-Imran ayat 200

    Thursday 7 April 2011

    Nurturing our precious germs........

    Isteri PM kita kan sibuk dengan projek PERMATA dia, ada macam-macam jenis program PERMATA telah diwujudkan untuk memupuk our precious germs demi masa depan Malaysia. Tapi bila dibaca-baca dan dibelek-belek semula basically program Permata ni bukan ler menda baru sangat pun. Ada Permata Pintar untuk budak-budak yang pandai...ala-ala MENSA lar. Yang banyaknyer Permata Seni...tarian lar, music lar, koir lar...Permata Tahfiz hamba belum jumpa lagi.


    Program Anak Permata Negara pulak untuk encourage early education...pastikan semua budak-budak masuk tadika/ pre-school sebelum masuk darjah 1....tapi perlu ke sampai bina sistem tadika baru...tak cukup dengan Tadika Kemas, Tadika Perpaduan, Pra-sekolah dan tadika-tadika swasta yang tumbuh macam cendawan skang ni...
    Mula-mula dulu hamba ingat Permata ni sebagai satu institusi mengawasi semua tadika-tadika ni dan beri dana untuk pastikan orang-orang susah mampu pegi tadika...rupa-rupanya depa buat tadika baru betul....sok saper lar nak maintain yer....every year kena beri budget kat depa lar nampaknyer....patut beriya benor mintak Kementerian Pendidikan take over. Tak boleh ke buat as an NGO body dan dapat dana sendiri...???

    Hamba menyibuk pasal tadika ni bukan aper, pasal baru-baru ni sibuk hunting for new tadika untuk Widad yang 'diberhentikan' sebab tak completely toilet trained. Punyer lar banyak tadika disekitar kawasan berdekatan rumah hamba ni sampai xtau nak pilih mana satu. As parents we want the best for our precious germs...but how do you determined which one is the best??? Tanya kawan-kawan, lawat every tadika dan tanya parents yang jemput anak-anak...baca review kat FB, blog n website...semua tu hamba buat. Well, biasa diorang hantar kat satu tempat jer, so semua kata tempat dia ok n bagus...how come to compare lor...???

    Lagi satu jumpa pengetua setiap tadika, tanya pasal kurikulum, cara pembelajaran dan sistem apa dia pakai. Skang ni pakat ramai-ramai bukak tadika claim they use Montessori....ce tanya siapa Dr. Maria Montessori kat cikgu-cikgu dia...berani kerat kuku ada yang tak tau. Lepas tu banyak lar tadika yang konon combine 2-3 sistem nak bagi sound hebat lagi...dah ler Montessori, combine ngan Multiple Intelligence, ada sistem Cahayaku lar, Bacalah Anakku lar...tu blum Smart Reader, Victoria Reader...bla..bla..bla...
    Skang ni trend kat KL buat tadika kasi nama English Medium Islamic Pre-school pasal dah ramai parents yang pentingkan nilai-nilai agama dalam masa yang sama nak hebat English....maklumler nak ngajor sendiri tak cukup masa. Hakikatnyer boleh ker dipanggil English medium kalau simple instruction seperti mari sini, basuh tangan, beratur dan seumpamanya ditutur dalam bahasa Melayu. Buku-bukunyer sajer dalam English...tu pun tak sure teacher actually read it in English. Kalau ajak borak....maybe the principal jer yang fluent sket...teacher lain banyaknyer gagap jugak...

    Jadi macam mana nak buat pilihan dalam usaha mencari yang terbaik for our permata negara ni. The best pre-school in town can cost up to RM7000+ per year...dah tentulah tempatnyer cantik, gurunyer hebat, sistem pembelajaranya bagus...tapi mampu ke poket....adeh...bayar RM450 sebulan untuk tadika jer??? Average tadika biasa dalam RM 180 - 250, yang claim pakai Montessori what not dah RM 200 -350 jugakler...tambah lagi Islamic base, English medium...lagi mahal ler jadinya. Ada beza ker budak-budak ni bila dah besar nanti?...Wallahualam...
    Conclusion.....yang mana pilihan hamba??? Hamba pilih tadika yang lokasinyer dekat dan surrounding-nya selamat (shop house is a no..no...), tambang pegi balik reasonable, suasana dalam tadika nampak ceria dan clean (I've seen kelas yang serabut dan kotor ok...), kalau boleh xmau yang sekali dengan nursery (Widad ni kira kes terpaksa). Hamba pilih Islamic base pre-school...english medium tu kira advantage lar.....dari semua-semua kriteria di atas yang paling penting ialah ianya come with a good price package yang termampu dek poket. The best that we can afford....

    Melentur buluh biar dari rebungnya, nak bina strong building yang boleh tahan tsunami kena ada special and super strong foundation. Tak kiralah tadika mana pun kita hantar anak kita....yang penting we as the owner of the building kena pastikan all the architect, engineer dan buruh contract that we hire untuk siapkan bangunan kita tu do their job right....HOW???? do frequent check on the building, pantau perkembangan anak kita sendiri....Semoga Allah jadikan anak-anak kita khalifah yang baik...AMIN....

    p/s: untuk rujukan boleh tengok Preschool Malaysia

    Sunday 3 April 2011

    G-FORCE.........

    Sapa tengok katun ni masa kecik-kecik?????
    Dok sebut-sebut G-Force ni dari kecik lagi....but for the past few days baru paham benar-benar.....
    Ape kebenda lar G-force ni yer..???? Ha....sila baca kat Wikipedia.... Secara ringkasnyer G-force ni  cause stresses and strains on objects, which are felt as weight. Hamba memang ada merasai increasing G-force sejak setahun dua ni....aouchhhh..!!!!  

    Alkisah nak tulih pasal G-force ni sebab last Thursday and Friday the students of MPath (Forensic) had an educational visit to Institut Perubatan Penerbangan (IPP). Tujuan lawatan ialah untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Aviation Medicine and dah tentu lar berkaitan dengan investigation of death related to aviation. Lepas lawatan terang hati sikit lar bila memikirkan balik berita-berita tentang nahas udara terutama yang melibatkan pesawat tentera kita. Most media akan highlight technical factors, pesawat substandard lar, too old lar, tak jaga betul2 lar...bla..bla..bla...Tapi bila dah tau sikit sebanyak baru boleh appreciate yang banyak faktor lain termasuklah human factors. Not saying that the crashed pilots make mistake but sometimes it is physiological factors, for example....the power of this G-force to cause unconsciousness. Dah tengok sendiri baru tau....lepas ni kalau ada kes death due to aviation crash hamba taular nak tengok apa...tapi Nauzubillah, harap-harap takde lar...

    Selain pegi dengar lecture, dapat jugak ler menengok-nengok, menyentuh-nyentuh pesawat-pesawat yang ada kat hangar Unit Udara PDRM kat Sungai Besi. Gambar boleh amik tapi takleh share online ler atas sebab keselamatan, kang tak pasal hamba nak menjawab. Tapi kali ni pegi tak dapat terbang pun....dapat naik atas darat jer but at least merasa duduk dalam pesawat yang baru sampai....pergh, bau macam keta baru amik kat kedai lagi. During the first day kat Sg. Besi, merasa naik simulator helicopter yang ada kat Unit Udara PDRM tu....fuiyohhhhh, punyer lar canggih. Seronok tapi pening toksah cakap lar, nasib baik tak muntah. Dengan cockpit yang sempit macam tu tambah dengan macam-macam button yang ada....issshhhh....tabik lar kat pilot2 ni semua.
    At the IPP, merasa tengok the hypobaric chamber and ejection seat tempat pilot2 ni berlatih. Masa kat Subang pulak dapat melihat sendiri the 'human centrifuge' tempat diorang berlatih menahan G-force....hamba yang tukang tengok saja ni pun rasa sesak nafas and seriau tapi tengok the fighter pilot tu dok gelak2 jer. Nasib kita ada all those heroes yang sanggup lalui semua tu. At least kot-kot nanti kalau perang (Nauzubillah) I know that we are in good hand. Kitorang actually diberi peluang gak kalau nak merasa tapi to those who know us tau lar saiz most of us ni macamana kan (cuba tengok gambar sebelah)....nak duduk dalam cockpit pun muat-muat jer....ehh...ada yang tak muat pun...hampir nak belaga perut dengan dashboard...maklumlah kami dah terlebih G-force.!!!! Nasib lar ada sorang abe yang agak kecik, dia sorang je lar yang merasa G-force tu so boleh ler dia bercerita dengan bangganya dapat naik mesin yang angkasawan Malaysia pernah naik tu........kami-kami yang lain ni cuma tengok je lar sambil berazam nak reduce the G kat waistline masing-masing.

    It was a good trip and we had a good time including great lunch at Tupai-tupai (menambah G-emuk lagi). Thanks to sojar2 kat IPP and Unit Udara PDRM...........Nak pegi lagi!!!