Just a place for me to write whenever i feel like writing. Mainly about things and issues around me....and of course...my passions.


Monday, 15 August 2011

Lintas elok-elok......

Setiap pagi on the way nak pergi kerja hati hamba mesti "cursing" menda yang sama bila nak keluar dari simpang (T-junction) ke jalan besar. Seberang jalan tu ada kilang....elok2 pulak depan simpang tu ada pagar kecik untuk budak2 kerja kilang keluar pas tu chantek plak ada makcik jual nasi lemak pagi2 depan simpang tu. Pulak tu elok-elok time hamba nak keluar, time tu ler segerombolan pekerja-pekerja kilang tu nak keluar dan yang agak hangin lagi...time tu jugakler depa nak cross the road.

Camno nak keluar kalau dah penuh org tengah2 simpang
Bukan ler hamba nak suruh depa tunggu hamba lalu dulu baru depa seberang jalan....yang hamba hangin tu apsal lar seberang jalan tengah-tengah simpang....bila dah cross tu kena gak ke kiri atau ke kanan so tak salah rasanya jalan sikit to the right or left then baru cross. Apsal lar nak jugak cross tengah-tengah simpang.....kan susah hamba nak keluar....hehehehe. Kalau depa cross beramai-ramai tu ok lar lg tapi kadang2 tu sorang-sorang pun nak cross kat tengah-tengah simpang gak. Kalau sorang2 tu payah sikit mata driver yang sibuk usha kereta kiri kanan nak perasan. So far blum ada lagi pedestrian yang mati accident kat simpang tu so rasanya tu yang buat diorang tak kisah tu....TAPI....dah ada few car accident kat situ...well, entah2 pasal nak ngelak dari langgar depa lar kot....entah ler.

Perkara ni jadi hari2....walaupun dah biasa tetap ada minor cursing jugakler pagi2....dan pagi ni agak lebih geram sikit pasal ada minah sorang ni dah ler nak lintas tengah-tengah simpang, pas tu terhegeh-hegeh plak tu. Hamba dah keluar belok kanan dia baru teragak-agak nak lintas....terpaksa plak hamba berenti bagi can dia lalu. Patut kalau keta dah stop nak bagi ko lalu, jalan ler laju2 sket...show the urgency...ni tidak, buat langkah lenggang kangkung. Tak pasal2 kena hon ngan keta lain yang nak lalu. Tau lar jap lg ko nak balik rumah tido......hamba ni nak pg kerja, nak motong......jangan sampai kena potong ko plak nanti....aishhhh....emo sungguh pagi2 ni...

Kalau dikira statistik kemalangan kat Malaysia, tak ramai sangat ler pejalan kaki yang mati accident....ye larkan....orang2 yang bawak keta ni nak kena hormat dan jaga pejalan kaki....pasal kalau terlanggar agak parah jugak ler kesnya. Hopefully rakyat Malaysia pejalan kaki blajor-blajor ler adab melintas jalan semula. Sopan santun di jalanraya bukanler maksudnyer jalan lemah lembut tunduk kepala sambil melintas....pikir lar pasal keselamatan diri dan orang lain selain pikir nak sampai keseberang sana.....




p/s: kalau orang dah berenti nak bagi korang lintas jalan.....kan bagus kalau bg sedikit acknowledgement, senyum sket ka, angkat tangan ka then jalan laju2 sket...(ditujukan kepada kakak-kakak kat depan stesen LRT Dato' Keramat hari tu.....dah ler tak senyum langsung, siap melenggang sambil sambung borak...hampeh!!!)


Friday, 12 August 2011

Apa dosa air sejuk....


Who didn't enjoy a glass of cold iced lemon tea or a cup of Tutti Fruitti or a bowl of mamak chendol during a hot sunny day??? Tolong raise your hand!!!! Lagi-lagi sekarang ni bulan puasa....perghhh...rasa nak minum satu jug water melon juice yang sejuk segar. Bestnyer dapat rasa nikmat syurga yang halal kat dunia ni. Well, arak pun nikmat syurga tapi kat dunia ni haram.....Teringat pulak masa kat U dulu, Prof. Omar Hassan Kasule cakap....dia tak paham kenapa orang Melayu adore sangat air suam, dah dapat nikmat air sejuk macam air yang mengalir dari sungai2 di syurga pun tak mau minum....Hah...tu doktor medical yang lulus master n phD Havard tu....  


So, apa dosa air sejuk ni sampai banyak urban legend dari segenap pelusuk dunia ni yang kata minum air sejuk ni tak elok....terutama lepas / during makan. Hamba pernah jugak dapat email yang kaitkan air sejuk dengan poor digestion and cancer.....dan today ada plak satu komen kat FB yang cakap ianya terbukti secara saintifik.......melompat lar hamba. No offense yer, tapi dah jenuh jugak hamba membelek Google Scholar, PubMed dan Elsevier untuk mencari scientific paper berkaitan dengan menda ni....habukpun takdak. Nak kata hamba tak jumpa tak logik gak pasal menda ni macam among the greatest urban legend....sapa2 buat research pasal ni sure paper dia akan muncul kat mana-mana. 




Kalau ada siapa-siapa yang jumpa tolonglah maklumkan kat hamba.....I need evidence...evidence.... How can you believe in things without evidence. Even kewujudan Allah pun ada evidence yang boleh diterima akal. Testimony tak leh pakai yer....itu kira hearsay...kalau kat mahkamah memang tak laku...

Secara logik akal hamba ni dengan sedikit saki baki ilmu physiology dan pathology yang belum cukup ni hamba tak dapat nak relate kesan minum air sejuk dengan indigestion dan cancer, apatah lagi menyebabkan badan sakit-sakit bila dah tua. Bukan kalau dah tua memang badan akan sakit-sakit ker. Tulang merapuh dek osteoporosis, sendi sakit dek osteoarthritis, muscle pun sakit-sakit....maklumlah dah season. Tak dinafikan our diet and lifestyle masa muda-muda influence kesihatan kita di lanjut usia tapi blame it on cold water....lebih-lebih lagi cold water lepas bersalin....

Dalam email yang tersebar kononnyer air sejuk menyebabkan oil and fatty substance yang kita makan akan solidify....apa perkataan tu??? Terampai...??? Well, kalau in vitro tu hamba boleh paham lar. Memang minyak akan somehow solidify dalam air sejuk tapi ni dalam perut. Our body yang warm blooded ni akan dengan segera memanaskan air sejuk tu supaya jadi suhu badan. Siap bakar some calories lagi...tapi sikit jelar kan. Lagipun masa kita dok kunyah makanan kat dalam mulut dah ada enzyme lipase (lingual lipase) yang akan cernakan lemak2 tu dah sebelum masuk perut. Tak tau plak fatty acid and glycerol boleh tukar balik jadi lipid dalam air sejuk. Pastu makanan bila dalam perut kena cerna lagi dengan macam2 enzyme dan acid yang giler powerful.
So far dah 600+ body yang hamba dah potong. Not less than 200 stomach yang hamba dah buka...body tu pulak ada yang sejuk lagi dari air tembikai letak air batu....takde lar plak terjumpa lemak terampai atau lemak menyeliputi dinding perut....Bila pikir-pikir balik kalau betullah lemak tu solidify dah tentulah tidak diserap masuk salur darah. Kalau tak serap maksudnyer keluar baliklar masuk mangkuk tandas....maknanyer xdelar lemak simpan dalam badan....maknanyer tak ler hamba gemuk....hehehehehe....So...okay what...

Jadi setakat ni hamba belum dapat yakinkan diri yang orang kata minum air sejuk ni tak bagus. Pandai-pandai lar sesuaikan keadaan. Takkan kalau tengah batuk lelah nak minum gak pasal dah tau memang paru-paru tak tahan. Kalau lepas beranak tiga empat hari badan sejuk-sejuk pasal baru lepas lost blood xyah ler minum. Tapi kalau badan tengah hangat panas dan tekak haus kering why not minum one or two glasses of nice cold iced lemon tea or just plain cold water. Dapat gak turunkan body temperature cepat sikit. Kalau lepas makan sambal pedas ayam penyet why not eat ice cream or frozen yogurt, milk can reduce rasa pedas. After all ianya nikmat yang halal and I'm so far convinced yang ianya tidak memudaratkan as long as you take it in moderation....



Errmmmm......tetiba teringat almond jamoca....

Thursday, 4 August 2011

We look, we analyze, we conclude, we report........


 Few weeks back ada lar sorang kawan kat FB tegur hamba....tetiba jer ajak chat. Dia nak tanya pasal postmortem report. Hamba ni tak peka kenapa dia nak sangat tau walhal takde waris dia yang dibedah siasat pun. Semalam after satu FB komen ni hamba pun mula membaca.....ooooo....agaknyer pasal tu lar....

Apa boleh hamba cerita pasal laporan bedah siasat ni yer???? Ok, hari tu dah bagitau sikit2 pasal tujuan bedah siasat. The aim is to siasat sebab kematian lar kan (antaranya). Jadi bila dah bedah-siasat tu tentulah orang expect akan dapat jawapan. Tengok CSI kat TV tu macam senang jer kan....sejam jer dah selesai kes. Bedah siasat ni biasanya ambik masa 2-4 jam....lebih pun boleh, tengok jenis2 kes lar. Lepas tu boleh kuar terus laporan ker?????

Ada beberapa dokumen yang akan keluar lepas bedah siasat....

1. Permit menguburkan. Ini untuk bagi kat orang yang incharge kat tanah perkuburan/crematorium untuk urusan tanam/bakar.

2. Borang untuk buat sijil mati. Biasanya ada 2 jenis, yang pertama namanya LM10 dan yang kedua nama LM02. Ada certain negeri tak pakai style ni....coz diorang ada borang lain. Borang2 yang ni sila bawak pegi Jabatan Pendaftaran untuk buat sijil mati. 



Kedua-dua item kat atas ni akan diserahkan pada waris immediately selepas bedah siasat. Sekiranya sebab mati dapat ditentukan dengan jelas masa bedah siasat, doktor akan tulis sebab mati kat borang di atas. Contoh sebab kematian yang jelas macam "Kecederaan di kepala akibat kemalangan jalanraya"....dah sah-sah kepala pecah dan ada saksi nampak dia accident....kira clear cut lar. Kalau waktu bedah siasat tu sebab mati tak jelas atau kurang convincing biasa doktor akan tulis "Pending Investigation".......ada gak doktor yang tulis "Unascertained" atau "Tidak dapat dipastikan".

WHAT?? Dah buat bedah siasat pun tak tau sebab mati ker????

Well darlings....ada benda nampak pakai mata kasar, ada yang kena tengok pakai mata halus jadi in case of bedah siasat ni ada perkara contohnya kandungan alkohol, dadah, racun, volatile agent, gases dalam badan kena dikaji kat makmal....TAPI makmal2 ni bukan dalam premis hospital yer. Kat Malaysia ni takde macam yang kita tengok dalam CSI Vegas, Miami mahupun New York....2-3 minit dapat result. Sample tu semua kena hantar pegi Jabatan Kimia Malaysia. Terpulanglah kepada protokol orang kat sana pulak berapa lama untuk buat analisa. Lagi satu, untuk mendapat jawapan yang lebih jelas lagi, doktor biasanya akan tengok tisu yang nampak tak sihat kat bawah microscope (histopathology)....sebelum nak tengok kena hantar pegi proses dulu......makan 4-5 hari jugak tu....

Dah....sudah abih bedah siasat. Laporan bila nak keluar???? 

Lepas bedah siasat doktor akan buat laporan. Kebanyakan hospital ada KPI yang laporan akan siap dalam masa 8 minggu (bagi kes-kes yang tidak complicated). Kadang-kadang conclusion tak boleh nak dibuat kalau belum terima result dari makmal. Contohnya kes drug overdose....body nampak cam sihat, bedah-siasat mata kasar tak nampak pun punca, kalau makmal tak bagitau yang si mati overdose camana doktor nak tulis sebab mati.  Macam contoh kes kemalangan jalanraya pulak, pihak insuran memang nak result alcohol dan dadah. Bila waris submit report tak lengkap, kena lar pulak datang balik kemudian. Errrrmmmmm......bilalah nak dapat Forensic Centre yang boleh buat semuanya dalam satu bumbung.....senang dan cepat sikit kerja kami ni....

Harap-harap tiada siapalah yang akan melalui proses ni tapi semuanya ketentuan Allah. Kalau ada sedara kaum kerabat korang yang terlibat setidak-tidaknya anda dah tahu. Sebagai waris, korang perlu faham hak korang. Kalau rasa korang perlu penjelasan, mintak jumpa doktor lepas dia buat bedah siasat....takde lar korang termangu-mangu dan tertanya-tanya sehingga dapat laporan yang mana korang kalau baca pun belum tentu boleh faham coz bahasa perubatan ni sangat susah nak translate. Hamba kalau menerangkan kat waris kadang-kadang siap kena lukis2 bagai....

Basically ni ler inti pati chat hamba hari tu.....might as well share it here.....

~~~~~~~~~~~~~~~*~~~~~~~~~~~~~~~

p/s:

Ayat pertama yang Allah turunkan ialah Iqra'........maksudnya bacalah.....
Bacalah dari pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat.... 







Monday, 1 August 2011

Pembuka Ramadhan tahun ini.....

Pagi ni jam 4 pagi telefon hamba berbunyi.....sapo la pulak buat wake up call sahur awal2 pagi macam ni. Rupa-rupanya my maid call nak mintak tolong. Budak pompuan yang dia cerita dulu tu dah bersalin. Baby baru terkeluar, uri tak keluar lagi...."ni nak buat camana buk???" Pepagi buta hamba jadi operator call centre 999. Suara baby melalak kuat....well, at least tau lar baby dia ok. Hamba suruh sapa2 pg cari kereta ke teksi ke hantar mak and baby pegi hospital. Nak harap hamba yang pegi masuk sarang diorang tu tidak ler.....takut!!

After a few minutes hamba call balik, this time uri dah keluar dan tali pusat dah ikat. Risau about the hygiene, hamba tak bagi potong tali pusat sebelum sampai hospital. Dalam 4.50 am baru diorang dapat teksi and bawak pg klinik swasta but the clinic assistant suruh pg hospital pasal doktor takde kat klinik.

Pagi tadi kat opis ingat dah abih dah, tetiba my maid call lagi.....mintak tolong carikan mother n baby kat mana.....depa hantar jer, tak tau admit pg mana. Hamba pun pick up the phone, trace pulak kat mana wadnyer.....lepas tu siap jalan kaki pg maternity ward pasal "cousin" yang bawak barang mak baby tu xleh naik....belum waktu melawat. 

Sampai kat wad tengok baby yang baru lahir tu....tembam dan ada lesung pipit plak tu. Depa rupanya masuk wad sehelai sepinggang!! Kesian tengok baby tu, hamba pun turun tangga 2 tingkat belikan diapers and toiletries.  Mak baby diam jer tengok anak dia melalak.....satu kerja plak hamba nak mengajor dia bagi breastfeeding. Seronok tengok budak tu menyonyot.....adeh, teringinnya nak ada baby!!!!!!!!!

Dengan pengalaman buruk hamba dengan Indon2 ni....hamba tak tau lar kenapa sanggup plak hari ni tolong depa lagi. Tak kenang tu lain cerita...siap gigit kita balik entahnya. Well, I guess sebab it involve one small creature yang suci dan tak berdosa.....comel plak tu, baby girl lagi!!!!! Kalau bukan kerana faktor waktu yang tak sesuai....hendak jer rasanya hamba ambik baby tu....mak dia pun katanya ada niat nak bagi kat orang......

Setiap apa yang terjadi ada ketentuannya. Setiap bayi yang lahir ada rezeki masing-masing. Harap dia sihat and membesar dengan baik....
There she is......
 ~~~~~~~~~~~~~~~*~~~~~~~~~~~~~~~

1st day Ramadhan 2009 disambut sayu sebab my grandmother meninggal malam sebelumnya
1st day Ramadhan 2010 disambut dlm kerisauan coz hubby kat wad kena operation kakinya patah
This year......I'm smiling looking at this little girl....