"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
-Surah Al-Baqarah ayat 286
Sebulan yang lepas buah hati hamba dimasukkan ke hospital kerana appendicitis. Tubuh kecilnya yang sedia kurus semakin kurus selepas pembedahan tersebut. Sejak dia keluar hati bukan main gembira melihat dia bermain sihat dan berselera makan. Hilang gundah masa di wad dulu.
Doktor yang merawat dah menerangkan kemungkinan dia akan sakit-sakit perut disebabkan adhesion colic. Selepas discharge, takde sekali pun dia nampak atau menunjukkan tanda-tanda sakit malah dia bersemangat memulakan sessi persekolahan di Tadika baru...bila hamba balik kerja, dia gembira bercerita betapa suka dia naik van. Tapi baru seminggu sekolah, Allah beri lagi ujian untuk Widad....dia sakit perut dan muntah. Ummi yang tengah berbengkel menulis research report tak tenang hati....walau banyak lagi yang belum siap, terpaksa balik jugak.
Di rumah Widad nampak lemah dan sesekali dia muntah. Malamnya lepas hubby balik kami bawa dia ke hospital.Oleh kerana ubat yang diberi tidak dapat meredakan sakit dan muntahnya dia ditahan di wad. Doktor pakar yang datang mengatakan dia mungkin bukan sekadar colic but most likely ada bowel obstruction....aduh...hancur luluh hati hamba...belum sampai sebulan Ya Allah!!!! Tapi siapakah hamba untuk menafikan takdir Allah.
Last week baru lepas pening kepala atap kat bilik tidur bocor....all this while hujan lebat xde plak bocor. Then terfikir kat kepala, lepas satu-satu...baru jer bayar Tadika baru Widad, nak kena ganti absorber kereta plak...ni atap plak bocor...Ya Allah...alangkah huduhnya perangai hamba, ujian kecik ni pun nak merungut. Nah, sekarang Allah bagi ujian lagi besar....perut anak kecil ku dibelah lagi...suara yang biasanya bising hari ini tinggal anggukan lemah.
Ya Allah....hamba mohon maaf. Maafkan hamba yang lupa....maafkan hamba yang kurang bersyukur. Betapa sayangnya Kau pada kami Ya Allah. Dengan kuasaMu Kau datangkan kesedihan ini, dengan kuasaMu juga, berikanlah kami kegembiraan...dan kebaikan selepas semuanya selesai. Tabahkan hati kami Ya Allah...untuk hadapi semuanya....Amin!!
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
-Surah Al-Imran ayat 200
ALLAH sygkn hmbanya sbb e2 DIA mnurukkn ujian...smoga tabah dgn ujiannya...AMIIN...
ReplyDeleteHey, very nice site. I came across this on Google, and I am stoked that I did. I will definitely be coming back here more often. Wish I could add to the conversation and bring a bit more to the table, but am just taking in as much info as I can at the moment. Thanks for sharing.
ReplyDeleteChair For Cerebral Palsy Child
Keep Posting:)