Just a place for me to write whenever i feel like writing. Mainly about things and issues around me....and of course...my passions.


Tuesday, 12 July 2011

Widad is 4.....

Widad with cousin Along..


Happy Birthday my dear Widad.....

Tahun ni ummi lupa mengingati saat cemas semasa  Widad lahir
Tahun ini ummi lupa mengenang sedih pilu melihat tiub dan wayar di badan Widad 
Tahun ini ummi lupa nak nangis di hari lahir Widad
Sebab....  
Tahun ini ummi sibuk...
Sibuk melayan kerenah dan keletah Widad
Sibuk mengajar Widad hidup berdikari 
Sibuk menikmati setiap saat melihat Widad membesar
Sibuk mengkagumi Widad yang bijak dan hebat...

Selamat Hari Lahir yang ke-4 Widad sayang.....






Wednesday, 6 July 2011

Desperate housewife.....

I am a wife when I was still an undergrad student. Nikah, honeymoon kat Parit Buntar 2-3 hari (ikut hubby balik campus dia) then back to my campus. For 2 years jadi monthly wife. Sesekali balik rumah mak jd macam tetamu while kat rumah mother in law dah memang ada maid. Well, as a result....skill as a wife cuma kat dapur and bedroom je lar....hehehehehe...

After grad hamba jadi horseman, jangan kata nak buat keja rumah....anakpun asyik kena outsource. Pendek kata I'm not use to housework. Masa kat asrama jaga bilik and keperluan sendiri jer. Bila dah kerja semua maid yang uruskan, hamba ke dapur pun sebab minat. Sapu lantai, urus kain baju....waaaaa....I don't like...

Nak jadi cerita hari Sabtu lepas my new maid ran away. She left while me and hubby pg hantar maid lama kat airport. Terpaksa lar men"cuti"kan my sister in law to cover Monday and Tuesday. Semalam and today hamba plak terpaksa cuti. Mamat transporter yg bawak maid tu entah bila lar nak ganti maid hamba ni....Buat penat jer hari tu ke hulu ke hilir bunuh setem bagai. Kalau tak dapat maid hari ni, esok nak wat camna!!!??? Waaaaaaaaa...........

Satu hari jadi housewife semalam, hamba telah bertungkus lumus mengemas dan memBERSIHkan tinggalan-tinggalan maid lama. Apa yang nampak ok for me all this while rupanyer berkarat!!! First thing hamba potong rumput kat laman yang sekangkang kera tu....tengok2 longkang macam tak pernah dibersihkan....almost nak total clog with pasir n whatsoever. Kalau hamba tak tergerak nak bukak drain cover tu memang tak tau lar....

Siap kat laman, hamba pergi dapur. Duduk lama2 kat sink baru perasan yang the dry basin tu dah.....**@#$%%#. Jenuh pulak ngangkat drying rack yang sebenarnya full with crap...menda2 disposable pun letak situ. Selama ni tak nampak sebab covered with pinggan mangkuk. Masa awal2 maid kerja ada pesan, lap pinggan yg dah basuh....jgn tunggu dry kat basin tu. Lama2 tak larat bebel hamba redha jer janji rumah kemas.

Habis kat dapur lepas lunch...tu pun rasa nak pengsan dah. Tengahari hamba membetulkan langsir roman blind yang dah entah apa2 jadinya dikerjakan dek bibik, yang kat  dapur xboleh roll up n down..berbelit2 dah....Sekian lar pulak nak memanjat. Badan dah lar berat...takut roboh jer cabinet. Adeh...penat gilos....tu tak termasuk sapu sampah and mop lantai lagi. With the boys at home, lagi ler semak....ada jer kerja nak kena buat...pastu makan macam tak sudah-sudah. Nasib boleh kerah diorang cuci pinggan.....

Abih kerja kat bawah baru jenguk kat atas. Gosok, lipat and susun kain baju ialah aktiviti yang sangat hamba tak suka. Dalam hati menjerit....cepat lar ganti maid hamba. Tapi bila dah lama2 lipat baju especially baju anak2 then rasa seronok plak. Rasa macam ada personal touch. Tengok baju sekolah diorang yang comot sana sini and lutut seluar dah nipis,  make me think of apa lar aktiviti yang diorang buat sampai cam ni. Terasa nak nangis....terasa I've miss a lot of thing. Yes, memang penat jadi housewife but I can feel the satisfaction walaupun baru sehari.....

Hamba membayangkan  betapa penatnya mak hamba ngurus rumah and anak2 dulu2....kain basuh tangan tu!!! Nasib lar rumah kecik and adik-beradik 3 orang jer. Fuhh...bayangkan housewife yang anak 8! Tabik lar to all housewife....especially kawan-kawan hamba yang belajar tinggi, kerja gaji sedap2 tapi berenti untuk jadi housewife.

As for me....full time housewife memang tak suit my profile but I want to get rid of this maid dependency syndrome.....soon...soon...

Thursday, 30 June 2011

Sahabat Selamanya....


It was a great weekend. Spending time with bunch of old friends from school dan dalam masa yang sama berjasa pada adik-adik yang sedang merangkak naik. Some of them ini kali pertama menjejak kaki semula ke maktab selepas berbelas (puluh?) tahun.

5C2....ada 4 boys only (not in the picture of course!)
1993 was the year I first stepped at MRSM Kuantan. I had a great time sepanjang 2 tahun disana. Kira my best years of school lar considering what I've gone through masa form 1 sampai form 3. Really missed the teachers, my classmates, homeroom-mates, roommates, makcik n pakcik dewan makan, makcik dobi, kakak co-op....bla..bla..bla..

Hubungan semula dengan Kuatagh start with FB lar mana lagi. Without FB hamba memang macam katak bawah tempurung. Syok dengan kehidupan sendiri and not connected to anyone from the past. First event was Relay for Life, kat sini jumpa dengan Cho, my classmate (ketua kelas lagi) and few other seniors and juniors. Sebelum ni hamba tak tau pun wujudnya Kuatagh ni. Oh goodness, where was I? Tu lar pasal, the 1st reunion dulu tu tanak join lepas dah berbelas tahun baru terasa left out....but I'm not the only one..... 

K94 kat rumah Cho - mengumpul bakal committee
After Relay for Life, SPKG2010 pulak...sekali join terus jatuh cinta. Kebetulan lar plak SPKG2011 will be organize by K94 so hamba berjanji dengan diri sendiri to help wherever and whenever I can. Actually rasa cuak jugak mula-mula sebab some of the committee members ni hamba tak biasa sangat. They're not within my circle of friends masa kat MRSM dulu.....kenal2 gitu je lar. I don't remember having social chat with Shaza, Zal or Shirin masa kat maktab...Amin, Ezrin and Firdaus too...well, even Arief i guess....Most of them are student leaders...hamba ni orang2 biasa jer....(rendah diri lar pulak)...


K94 after the event
Almost setahun punya plan nak jayakan SPKG 2011 ni. Tabik to our CEO Arief Hakim and the committee members and many thanks to FB and BBM....hehehehe. Hari tu naik muak tengok KL Sentral, tak lama lagi mau rindu ni. No more Wednesday nite meeting....



SPKG2011 was awesome!! Hamba rasa all of the students were having a great time during those 2 days. Seminar on "Tertiary Education" and "Coping with Teen Life" as well as LDK on leadership hopefully memberi sedikit sebanyak bekalan for all the students. "English for Fun" and "English for Fun-Explorace" juga tidak kurang menarik...heard the students were having real fun. Shirin boleh senyumlar despite the asthmatic attack that day yea....:) 


Dah tentu sekali they enjoyed the sports and Kuatagh Got Talent...(kesian Fadz kena jaga anak2). Hamba pun tak dapat nak tengok habis sebab heroes 3 orang dah yawning and bapak hero dah tido dlm kereta. Oh, lupa nak mention earlier....dinner kambing golek was superb....bravo (thanks pioneer for sponsorship)!!! Budak-budak students semua pun seronok berkenduri hamper. Everybody should thanks Zal for doing wonderful job on the prizes, goody bag, t-shirt, roti...bla..bla...bla...(patut lar hari tu jadi singa betina...hehehehhe...jgn mare...)
Freakin awesome performance by the students
Tema yang dipilih ialah "Sahabat Selamanya"....credit to Shaza and Zain for the great montage. Anak-anak hamba dah jadikan montage tersebut video clip kesukaan diorang. We're friends when we were there years back, we make new friends when we met again....and hopefully we will be friends forever.....
Kuatagh Raya 2010
It feels good to give back. Hamba pasti selain dapat jumpa kawan-kawan lama, ramai yang came back year after year for SPKG because they have the same feeling. I regretted for not knowing about this awesome event much earlier...but better late than never. Sesiapa yang belum pernah join silalah berbuat demikian....

Until next year.....kalau diberi rezeki InsyaAllah.........

P/s: Thanks to hubby for the support....dia pun dah jadi Kuatagh by marriage...hehehehe.















Tuesday, 28 June 2011

....keret....

                                                          
 Carrot dalam Bahasa Melayu ialah lobak merah, dalam bahasa scientific ialah Daucus carota subsp. sativus. Widad's physiotherapist cerita kat hamba anak dia darjah satu jawab exam tulis "keret" pasal tak tau Bahasa Melayu panggil apa. Lebih kurang macam classmate Khalish yang jawab "buah bintang" instead of belimbing besi. Bahasa sekarang ni dah bercampur baur.....banyak sangat pinjam bahasa lain...

This time bukan nak cerita pasal bahasa tapi nak cerita pasal carrot. Hamba suka makan carrot. Minum carrot susu pun suka...kek carrot lagi lah suka. The nutty texture and taste plus creamy n slightly sour frosting....ermmmm yummy...yummy. So Monday baru ni try lar buat carrot cake, nak makan puas2. Hubby dah pesan, kalau dia ngan anak-anak tanak makan jangan marah pasal diorang agak 'allergic' dengan species sayur-sayuran ni (I called then carnivore). True enough, Shah and Khalish makan sikit jer....tapi hamba rasa kalau tak bagitau dalam tu ada carrot mesti diorang boleh telan kot. Anyway, Widad makan dengan banyaknya....
My carrot cake
This is the recipe...(resepi asal dari allrecipes.com )

Carrot Cake

4 biji telur
1 1/4 cawan minyak sayuran (hamba guna canola oil)
2 cawan gula putih
2 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung serba guna
2 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk kayu manis (optional-hamba tak letak pun)
3 cawan lobak merah yang diparut
1 cawan kacang pecan/walnut yang dicincang (hamba pakai walnut...pecan macam ada pahit2 sket)
Untuk frosting...

1/2 cawan mentega (lembutkan dulu)
8 ounces cream cheese, (lembutkan dulu)
4 cawan gula icing (hamba guna 2 1/2 jer....too sweet lar 4 cawan)
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
  1. Panaskan ketuhar 175 degrees C.
  2. Pukul telur, gula, minyak dan esen vanila dalam mangkuk besar. Campurkan tepung, baking soda, serbuk penaik, garam dan serbuk kayu manis. Gaulkan lobak merah dan kacang.  Tuang dalam dulang pembakar yang sudah digris / lapik kertas bakar (anggaran 9 x 13 inch)
  3. Bakar dalam 40-50 minit. Cucuk tengah kek dengan lidi, kalau masih lekat, bakar lagi sampai dah tak lekat.Bila dah masak biar sejuk sebelum letak frosting.
  4. Untuk buat frosting: Campurkan mentega, cream cheese, gula icing dan vanila dalam mangkuk sederhana. Pukul sampai  nampak smooth dan berkrim.  Hias kek dengan frosting dan boleh tabur lebihan kacang cincang atas kek.
~~~~~~~~~~~*~~~~~~~~~~~
Carrot contains beta-carotene yang akan dicerna menjadi vitamin A dalam tubuh manusia. Vitamin A baik untuk penglihatan, boleh elak rabun malam. Hai anak-anak....nak makan dalam bentuk asal memang tidaklah....dah jadi kek pun tanak makan....Takpe, kita cuba cara lain plak...
P/s: Hamba bagi 4 1/2 star out of 5 kat resepi diatas. Keknya sangat lembut dan sedap. Resepi frosting kena revise balik lar.....