Sudah hampir 2 minggu meninggalkan bumi Makkah tapi harum Kaabah bagai masih terbau. Rindunya hanya Allah yang tahu. Rindu pada suasana ketenangannya walau jika dilihat macam serabut dengan gerombolan manusia. Kalau kat Malaysia ni jangan harap lar nak pg tempat ramai orang macam tu, sesak nafas, I don't like crowd. Boleh rasa nak pengsan kalau berada dalam tempat sesak dengan manusia.
Ajaibnya di sana walau orang ramai bertolak-tolak diri tidak rasa rimas, walau nak penyek rasa berhimpit takde pulak jadi sesak nafas macam dekat sini. It is all in your mind. Hati mahu juga mengucup Hajar Aswad, sesak tapi Alhamdulillah dapat juga. Mahu solat di Hijr Ismail, bersempit-sempit tapi dapat juga. Bersangka baik dengan Allah, berdoa dan berazam semuanya tak mustahil. Macam masuk ke Raudah di Masjid Nabawi. Hampir 4 jam menunggu baru dapat masuk, MasyaAllah, ramainya manusia bersesak dalam ruang yang sempit, bising dengan teriakan pengawal berpurdah bersuara nyaring. Tapi ruang untuk solat bagai terbuka sendiri, habis di sini, buka beberapa langkah dapat lagi....dan lagi....dan lagi....ALHAMDULILLAH (kepala kena duduk dengan orang depan cuma menambah manisnya pengalaman. Hubby pula kena pijak telinganya).
Bagaimana boleh rasa aman ditempat sebegini? I guess because that is what we want. Apa kita minta, itu Allah bagi. Our mind hanya fikir mahu mengadap yang Esa, mahu bercakap denganNya, momohon, merayu. Peluang yang ada mahu digunakan sepenuhnya maka akal dan minda sudah tidak memikirkan perkara lain. And for sure, that is His miracle.
Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman,
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bersangka baiklah dengan Allah. Yakinlah bahawa dia Maha Mendengar. Apa yang terlintas dihati, terbayang diminda semuanya dia tahu. Berfikiran positif maka positiflah yang akan datang. Sebab itu boleh lihat orang yang nampak macam dah tua tak sihat tp di sana tiba-tiba jadi larat pulak, slow-slow habis tawaf 7 pusingan, habis saei 7 kali pergi balik.
Sungguh Allah Maha Besar, Maha Mendengar. Few small miracles happened to me. Nampak kecil tapi besar maknanya. Allah bagai memberitahu, "Mintalah apa saja, Aku mampu memberinya jika Aku mahu".
Kisah roti: When I was in Madinah, nampak this family makan this 1 type of roti. Leper, tebal berbentuk bulat. Hati macam teringin nak rasa roti tu. Masa di Makkah nampak lagi orang makan and I told my hubby I want that roti. Di Makkah tercari-cari mana agaknya jual roti tu, bila meronda-ronda mata melilau kot2 jumpa bakery. One day ternampak kedai runcit jual that particular roti, letaknya dalam bungkusan plastik atas lantai di luar kedai. Then we make mental note, "ok, nanti kita beli roti ni & beli kari kambing kat food court". Tak lama lepas itu, on the way balik dari masjid nampak orang ramai kerumun tepi jalan and I saw this boy helping a lady bukak plastik bungkusan, elok2 dia siap bukak I walked pass him and he handed me a piece of bread, the 1st piece dari bungkusan itu, that particular bread, sama seperti yang diidam selama ini. Subhanallah!!!!! If it was not miracle of Allah, what was it?
Kisah air: Biasanya kalau pergi masjid mesti bawa botol air minum untuk isi air Zam-zam. Bekal sementara masuk waktu solat. Pada hari tu entah kenapa boleh tak bawa. Sementara menunggu waktu solat, tekak rasa gatal sangat. Nak bangun pg minum air kot nanti tempat diambil orang, tong zam-zam pulak jauh. Hati cuma kata, Ya Allah, hausnya...tekak gatal. Soon after, ada minah arab datang bawak teko dengan paper cup serving adani tea. Subhanallah!! Lega tekak, seriously!! The taste of the spice kuat ditekak, terdetik di hati, "kena wash down dengan air kosong ni". Then there they were, this lady yang baik hati dengan anaknya (I presumed) ambilkan air zam-zam dalam cawan, penuh tangan mereka & bagi dekat orang dekat2 dia. Subhanallah!!! Hilanglah sakit tekakku dengan teh adani dan hilanglah hausku dengan air zam-zam. Allah berkatilah mereka2 yang baik hati tu. If it was not miracle of Allah, what was it?
Kisah stationary: Sebelum bertolak pg umrah I made a mental note to bring my name card untuk bagi pada ahli jamaah bila nak balik but somehow boleh terlupa bawa. So near the end of the visit terfikir-fikir macamana nak give my contact number to them. Otak kreatif ni bagi idea untuk buat sendiri kad, tulis lar thank you note ker, babai note ke. Hmmmm....good idea, mana nak cari kedai alat-tulis kat nearby area, semua jual souvenir jek. Hati dah tergerak nak cuba cari kat kedai runcit. Ok...KIV. On Monday keluar ziarah and singgah di Jaranah untuk miqat. Ustaz kata dinasihatkan yang perempuan tunggu dlm bas saja sebab tempat sangat sesak, niat dlm bas jer, xyah solat sunat. So we waited while the guys turun pakai ihram (mmg sesak, diorang pakai ihram tengah2 orang). I looked around, berdiri dan pandang ke arah deretan kedai sebelah kanan....dah tentulah nampak kedai makan dulu. Macam best jer kalau turun beli kebab. Then mata pandang lagi....Subhanallah!!! Hampir selari dengan bas kami ialah kedai stationaries!!!!!! Hamekau.....nak sangat, dah dapat, pegi turun, beli apa patut, jangan malas2!! (well, bila nampak kedai tu actually hati terfikir, bila masanya nak buat kad pulak). Tapi sebab takut Allah marah, dah bagi tak nak pulak I went down and pg beli kertas warna & colorful pens. Bila nak buat nanti cerita, boleh ambik masa in between prayers. InsyaAllah. So nak cakap apa lagi? If it was not miracle of Allah, what was it?
Kisah masa: This is basically sambungan dari kisah stationary. According to my calendar, my "best friend" supposed to make her visit on the 17th or 18th March which means I'm not gonna have the chance to make Tawaf Wada (balik on 20th). I prayed to Allah to please postpone my "best friend" arrival supaya boleh tolak my mom untuk buat Tawaf Wada. Tapi padan ngan muka lar kan, tak ikhlas sangat kot sebab dlm hati masih terfikir yang boleh bayar upah orang tolak dia maka doa ini Allah tak makbulkan. Tapi tak makbul yang ni sebab nak makbulkan permintaan lain tadi tu which was masa nak buat kad. So dapatlah sehari setengah masa "free" untuk melipat origami. Dapatlah spread my contact no, my FB and of course my page for Suchi.
So itulah ceritanya. Small miracles with big impact (to me at least). How great is Allah. HambaMu datang mengadapNya dengan diri penuh dosa. Datang mengadapNya memohon agar diampunkan, merayu agar diberi petunjuk dan jauhkan dari mengulang dosa-dosa lalu. Diri risau dengan cerita-cerita pengalaman buruk orang-orang "berdosa" yang kerap dicerita di majalah, di surat khabar, di blog and everywhere. Apalah agaknya yang Allah akan tunjuk pada diri ini. Subhanallah. Sampai bila pun tak akan dilupa. Bagai hidup dengan nikmat syurga di dunia, terdetik di hati muncul depan mata. Maka dengan itu sedarlah diri, tidak mahukah syurga sebenarnya? Jangan sia-siakan keajaiban yang ditunjukkan, menjadi seperti Bani Israel...sudah terbelah Laut Merah di depan mata tapi tetap mungkar menyembah patung anak lembu. Ya Allah, jangan biarkan hambaMu ini sebegitu. Guide me....PLEASE!
Hey, very nice site. I came across this on Google, and I am stoked that I did. I will definitely be coming back here more often. Wish I could add to the conversation and bring a bit more to the table, but am just taking in as much info as I can at the moment. Thanks for sharing.
ReplyDeleteRecliner Wheelchair
Keep Posting:)