Hari ni sesapa yang baca surat khabar sure dah tengok berita ngeri bayi yang kena campak dari flat tu. Manusia semakin gila dan kejam....
Sepanjang 6 tahun lebih duduk kat rumah mayat ni....dah banyak dapat kes buang bayi ni. Ada buang baby yang gugur, ada yang lahir tak cukup bulan, ada yang dah cukup matang untuk hidup. Baby jumpa dalam tong sampah, hanyut kat sungai, tanam belakang rumah, buang kat kubur, tinggal kat surau, flush dalam toilet dll tapi ni 1st time dapat kes orang buang bayi main campak dari rumah flat....dah ler kejam, bodoh dan pemalas lak tu....
Minggu ni dah ada 2 kes abandoned baby sampai kat tempat hamba ni, yang sampai kat tempat-tempat lain tu tak tau lar banyak mana. Ngilu perut nak autopsy kan these unfortunate babies. Teringat jerih payahnya membawak 3 budak x 9 bulan....tu tak termasuk nak menerannya keluar.....ishhhh...sesuka hati jer depa ni main buat dan buang....
Yesterday ada kes baby died of milk aspiration, sampai pengsan-pengsan mak dia. Punyalah kuat kasih ibu pada anak. Manalah naluri keibuan mereka yang sanggup buang bayi ni. Well....i guess in the first place they are not ready to become a mother pun. Macam my rabbits plak....kalau dia tak sedia nak jaga anak dan rasa environment tak sesuai habih dimakannyer anak-anak dia. Tapi rabbit hamba tu binatang.....dah sah takde akal dan perasaan. Ni yang buat ni manusia yang dijadikan sebaik-baik kejadian.
Lepas ni naik baliklah all the debates about isu social ni. Pelbagai pihak cuba buat apa yang patut untuk menangani masalah ni...ada pihak yang sokong, ada pihak yang bangkang, ada yang kuar suara belakang-belakang. Ahli politik dengan idea dan agenda masing-masing. Ahli-ahli agama dengan pandangan yang lain. NGO cuba buat approach kreative mereka dan kita.....kita buat apa???? Cukupkah dengan setakat mengeleng-gelengkan kepala??? (sambil update status kat FB /like link/page berkaitan)....
Dalam banyak-banyak page yang hamba cari kat internet pasal kes buang bayi ....ni antara yang sempat hamba baca....
1. Slide presentation from from Zarina Nalla, Policy and Project Development Consultant with IAIS Malaysia (http://www.iais.org.my/en/attach/ppts/14DEC2010/Zarina%20Nalla.pdf)
2. Page entry dari my Kuatagh super2 senior. Gejala Zina Remaja Malaysia – Di Manakah Masa Depannya ?
Kedua-dua ni ada good outline of the problem and a more realistic and holistic proposed solution.
Kesimpulan hamba buat sendiri...
Ultimate goal: Lahirkan generasi beriman yang takut kepada hukum Allah dan menjauhi zina
Meanwhile....
- more pusat perlindungan bayi untuk yang nak tinggalkan baby....instead of buang merata-rata
- pusat perlindungan ibu termengandung....better choice bagi yang tak nak balik kepangkuan family and remaja boleh still go to school.
- well planned sex education....kesedaran tentang tubuh badan dan contraception....dan yang lebih bagus lagi...abstinence
- lebih banyak kempen kesedaran di sekolah dan university (ada ramai gak budak pandai yang tak berapa cerdik)
- kawalan media dan hiburan....
- perketatkan undang-undang......eerrr....kalau akta DNA lulus senang sikit nak trace mak bapak yg buat keja keji ni (kena pikir masak2 dulu...)
- didikan dan pemantauan berterusan dari ibu-bapa dan guru-guru.....kuatkan pegangan agama dan sahsiah anak-anak....
Statistik kes buang bayi |
So far tak pernah kena panggil pg court pasal kes buang bayi ni....tak jumpa suspect nak di dakwa kot....
Dah renung2 apa peranan kita??? quoting Dr. Zainur Rashid...."Ini adalah isu nasional yang mesti ditangani oleh kita semua sebagai agenda bersama."
*hope my daily work ada makna lar dalam menangani isu ni....
No comments:
Post a Comment