Just a place for me to write whenever i feel like writing. Mainly about things and issues around me....and of course...my passions.


Thursday 9 June 2011

I See T.......

 Did my job make me paranoid??? Cannot help it lar. Sometimes hamba cuba ketepikan tapi bila gelombang otak ni bergelora mula lar rasa tak senang.....begitulah perasaannya di I-City recently...

Setelah agak lama akhirnya berjaya juga pergi ke I-City!!! Macam lar jauh bebenor tempatnya tapi kalau bukan kerana anak2 sedara teringin nak pg tengok, mungkin tak sampai2 kot. Tempat ni sebelah jer dari opis hubby tapi dia sendiri pun baru 1st time tgk tempat ni malam2. 

Ramai gak orang datang last Monday, maklum lar cuti skolah. Memang cantik ler tapi tidakler mengkagumkan sangat...takat lampu2 jelar. Snow walk tak masuk pasal ramai sangat orang. Reptile house dah biasa sangat dah. My kids nampak seronok tgk lampu2 tu tapi muka agak kelat pasal Shah nak masuk snow walk, Khalish nak masuk reptile house and Widad sepak bola dia masuk longkang. Terpaksa pujuk dengan barang2 mainan (which last only 1 night).


Melihat cahaya lampu yang cantik especially kat bawah pokok ala-ala dlm cerita Avatar tu terasa sangat yang manusia ni memang tertarik dengan fantasi keindahan syurga. My boys pun sibuk nak bergambar dengan unicorn bercahaya kat situ. Alahai anak-anak....Ummi risau jer bila nengok masing2 dok peluk batang pokok and binatang2 bercahaya kat situ. Yang buat mende tu bercahaya is electric sayang ooiii...macam2 boleh jadi, malang tak berbau. So...did I prevent them dari menikmati keindahan buatan manusia tu??? Tentulah tidak....kesian lar budak2 kalau nak ikutkan paranoid hamba ni....apapun tak boleh..

Jadi dalam budak-budak berseronok tu hamba pun bertawakkal je lar banyak-banyak. Takdir kita bukan kita yang tentukan. Harap-harap pihak I-City telah ambil langkah yang terbaik untuk prevent semua kejadian yang tak diingini berlaku. Semoga semua lampu and wiring kat situ diselenggara dengan sempurna. Minta dijauhkan terjadi kat kaum keluarga hamba dan semualah yang datang kat situ. 

My boys enjoyed themselves....my nieces too I hope. Hamba happy tengok diorang happy cuma nak kata enjoy tu susah pasal hari tu dah lar panas membara, campur lak bahang dari lampu2 tu semua (ni satu menda yang contribute to global warming ni)....tak campur lagi dalam hati dup-dap risau ngan lampu dan wayar plus otak dok pikir berapa banyak energy source yang digunakan untuk nyalakan semua lampu2 ni dalam satu hari, satu minggu, satu bulan, satu tahun....bla..bla..bla...(lagi nak naik tariff letrik ni..).

Arghhh.....udah lar tu, tengok je lar budak2 ni senyum ketawa and just enjoy the time....

No comments:

Post a Comment