Just a place for me to write whenever i feel like writing. Mainly about things and issues around me....and of course...my passions.


Monday 14 March 2011

Coping with Widad....


This is Muhammad Widad Islah bin Muhamad Nasir, born on 11 July 2007 with Hypoxic-ischemic encephalopathy grade II due to cord prolapse. Dalam bahasa mudahnya dia lemas masa nak lahir sebab tali pusat dah terkeluar dulu...Alhamdulillah Ummi tak perlu dibedah and Widad selamat keluar tapi tak berbunyi langsung. Dia kena intubate but because he's a fighter he extubate himself. Ummi masa tu stress toksah cakap ler, crying every second. Hubby was stressed too but not much as me as I understand the medical consequence tp bila the neonatologist tu explain kat dia, baru nampak dia paham n muka pucat....but we cope well....

Widad cannot suck milk from breast or bottle so kena minum pakai tiub about 2 weeks sementara Ummi and Pn. Lina the therapist mengajar dia menghisap...sekarang dia tak nak berenti lar pulak..!!!! Sebulan Widad tak menangis langsung...lapar ker, basah ker....diam jer. Nak kasi dia minum kena set alarm clock every 4 hours, kalau tak mati lapar lar anak Ummi. Orang kampung apa lagi, mesti kaitkan dengan my work...ada org kata anak kena kenan mayat sebab tu diam jer....apa2lah...

Alhamdulillah, Widad turn out to be better than expected. He have ataxic cerebral palsy (CP), kira yang paling ok lar berbanding  dgn CP yg jenis2 lain. Dia jalan terhuyung-hayang, kaki dia cam bengkok sikit. Bila nak buat apa2 dia kan ketar2. Orang yang jarang tengok akan rasa kesian tapi Widad ok jer...dia dah develop coping mechanism sendiri.

Not very easy to deal with him, xtau sebab his condition atau mmg dia lain dari abang2 dia. Perkataan "no /jangan/ tak boleh" tu takde maknanya bagi dia. Kalau suruh kadang2 paham, kadang2 buat dunno jer. Lagi kita suruh n pesan, lagi tu lar dia ignore...kalau kita marah dia, dia marah kita balik....ada one day he ask me to berdiri tegak and jangan bising....aikkk...Ummi plak yang kena denda...

Tapi sesusah manapun dealing with his perangai, I'm sure there's lot of parents out there yang kena deal dengan much more difficult situation. Tengok budak2 lain yg pg therapy dgn Widad pun dah boleh faham....
We pray for the best  Ya Allah....kuatkan semangat kami untuk hadapi apa2 cabaran akan datang and we ask from You O Allah, take care of Widad and the children like him...

http://ezinearticles.com/?Coping-With-Cerebral-Palsy&id=3172965

No comments:

Post a Comment