Just a place for me to write whenever i feel like writing. Mainly about things and issues around me....and of course...my passions.


Tuesday, 21 June 2011

Write to express, not to impress........(how's my bikini??)


Hamba baru habis berbengkel berkenaan dengan "Stategies in Publishing Science". This Workshop was given by Elliott Churchill, a retired Senior Communication Officer in U.S Centers for Disease Control. Seronok berbengkel selama 3 hari. Nama pun bengkel.....lecture tak banyak so kurang ngantuk. Exercise yang diberi pun menyeronokkan and sangat informative dan berkesan. Banyak take home message lar kira but yang paling penting ialah...."write to express, not to impress"...

Adakah bermakna kita boleh tulis apa yang kita nak? Kenapa in the 1st place kita nak menulis? Kepada siapa kita tulis, siapa agaknya orang yang kita target nak baca tulisan kita? Apa yang kita harapkan dengan hasil tulisan kita tu? Kita nak orang yang baca tu buat apa lepas diorang baca tulisan kita?? 

Why people write...???
Oh....I tulis untuk express perasaan I jer....xde nak kongsi dengan sapa2...(yang ni tulislah kat dalam diari sendiri...xyah broadcast kat internet)

I tulis nak share my life story / my interest kot-kot ada orang yang lalui/minat menda yang sama so boleh tukar2 pendapat....(most blogger kecil-kecilan cam hamba ni pakai niat ni lar)

I tulis because I nak share my opinion base on my knowledge yang tak seberapa ni dengan orang ramai....(tengok boleh ada perdebatan dan perbincangan tak...boleh tambah ilmu lagi)

I tulis because I want to inform people about this and that...(including gossips and scandals yang I bongkar baru2 ni)

I tulis sebab I want to persuade people to do this and that (including buying whatever product I sell)

.......and many more reasons yang mostly berkisar pada niat yang sama....

Bila dah ada niat kena tentukan pulak target audience, dari situ boleh tentukan cara penulisan, gaya bahasa....memanglar kata tadi write to express, not to impress... tapi kalau cara tulis tak sesuai, tak tersampai apa yang nak diexpresskan (ni bahasa mana letak imbuhan pada English word ni???). Ada kala kena pakai positive style (straight to the point, penuh janji, puji dan kata-kata manis)...ada kala kena pakai negative style (sarcasm, berbau ugutan dan ???caci maki???). Dalam memilih style for our substance, fikirkan juga sensitivity of our target audience but after all, we write what we want for our own satisfaction, to express our self. Whatever outcome dari penulisan kita tu kenalah kita bertanggungjawab....quoting Nabil..."lu pikir lar sendri". If we express correctly....we will impress definitely...


At the workshop hamba diajar juga tentang selecting visual aid. Gambar dan graphic sangat penting dalam menyampaikan maksud. Terutama orang macam hamba ni.....panjang berjela dan berbelit nak describe injuries and pathology yang ada....tapi bila tunjuk gambar terus orang boleh paham....well, "a picture is worth a thousand words." Visual aid juga buat pembaca lebih berminat. Bosan lar tengok tulisan je...tapi kalau terlebih or tak kena gaya pun tak elok juga...


Lagi satu menda penting yang hamba belajar ialah SOCO: Single Over-riding Communication Objective. Ramai jugak orang yang tak tau phrase ni...actually macam motto jugakler. Ianya satu statement (with visual if needed) yang memberi high impact dan kalau boleh wrap up apa2 yang nak disampaikan dalam presentation or whatever paper yang ditulis. This is important to give the 1st impression and also important as take home message. Orang Public Health terrer lar bab ni pasal diorang selalu kena create poster for campaign. Nampaknya kena resus  balik creative brain yang ala2 dah nak kiok ni...tambah lagi nak cari idea untuk pilih title yang should function like bikini: cover what it should cover, not less, not more....aiiyaakk!!

Lepas ni kenalah berjinak-jinak menulis scientific paper, kalau tak sia-sia lar RM950 yang TIDAK ditanggung oleh kerajaan ni. Tapi nak tulih apanya....research pun tak buat!!! Kalau takat nak merapu kat blog ni takyah gi kursus pun ok...heheheh...


Maka otakpun bermonolog....

Wahai jari-jemari, bila nak start type report ni....meja dah penuh dengan file biru ni...
Wahai jari-jemari, bila nak buat case write-up....kang xleh amik exam...
Wahai jari-jemari, bila nak tekan keyboard type dissertation....
Wahai jari-jemari...STOP typing this entry lar dei!!!!!

.....EERRRKKKK...!!!!






Thursday, 16 June 2011

Craving for kakaw...

'Kakaw' is cocoa in Maya  language. During that time kakaw was considered as the food of the gods, sebab tu nama saintifiknya Theobroma cacao ( Theobroma in Greek maknanya "food of the gods"). Kira koko ni sangat berharga lar....diguna untuk pemujaan tuhan2 masa zaman Maya dan pada zaman Aztec, biji koko ni pernah jadi matawang.....siap boleh ada counterfeit guna tanah liat lagi....

  • Creator: Knipschildt
  • Cost: $2,600 per pound

Zaman sekarang ni koko tetap ada harga....process it into fine chocolate and the price boleh cecah ribu-ribu....ada ker orang beli yer???
Masa hamba dan sepupu2 kecik-kecik ingat lagi dok makan buah koko yang fresh tu kat rumah Pak Teh...isi yang putih tu masam-masam manis, kalau tergigit bijinya rasa nak nangis...pahit gilos!!!! Lepas kitorang makan isi, bijinya tu Pak Teh jemur dan bila dah kering jual kat peraih...Saper lar agaknya dah makan bekas2 air liur hamba tu....

Alkisah nak cerita tentang koko ni is about my craving for this dark brown substance. Hamba tak suka sangat makan coklat bar...tapi kalau hot chocolate drink or susu coklat yang sejuk tu hamba suka lar....dan lagi satu yang hamba suka sangat-sangat dan sangat ialah chocolate cake. Hari ni balik cepat-cepat dari opis pasal teringin sangat nak buat kek coklat. Today cuba resepi lain plak....

Simple chocolate cake

2 cawan tepung serba guna
2 cawan gula
2/3 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda 
1/2 cawan minyak sayuran (hamba pakai canola oil)
3/4 cawan air
3/4 cawan buttermilk (kalau xde guna substitute)
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
1sudu kecil  vanilla
2 biji telur

Cara-cara:

- Panaskan ketuhar 190 degree celcius
- Ayak bahan-bahan kering dalam mangkuk besar
- Campur semua bahan basah
- gaul guna mixer (set paling laju) sampai sebati dan nampak smooth
- masuk dalam tin pembakar yang dah disapu mentega / alas dengan parchment paper
- Bakar dalam 45-50 minit atau sampai masak (cek dengan lidi...kalau dah tak lekat kira masak lar)

Note:
- campuran tepung memang agak cair.....(jangan panik atau tambah tepung pulak tau)
- sediakan chocolate ganache dan tuang atas kek

hasilnya......

Sungguh puas dapat makan kek coklat yang dibuat sendiri. My other favorite is self saucing chocolate pudding....yang ni kena tunggu tekak kata nak makan then hamba buat and share the recipe yer....

Wednesday, 15 June 2011

Setem dah mati........

Pening kepala kerana maid adalah rungutan biasa hamba. This time pening pasal nak proses permohonan maid baru. Selama ni lambakkan jer duit kat agen pastu tau2 maid sampai kat rumah.This time ingat sama lar rupanya hampeh....miscommunication dengan budak yang bawak masuk maid tu. Abih camana hamba nak paham, tak sempat tanya lagi dah melompat-lompat words kuar dari mulut dia...orang tua2 kata macam bertih meletup...

Awal bulan ari tu budak transporter ni (the same one yang bagi maid hisap rokok tu) sms tanya nak maid tak...dah tentu lar jawapannya nak pasal yang lama nak balik 2 Julai. Bukan main dia promote maid baru ni. Orang terdesak cam hamba ni tawakkal jer lar. Mintak RM5k for the maid, mahal 500 dari yang dulu konon pasal dah siap medical and tunggu submit permohonan jer. Hamba tanya gak pasal submit tu. Dia kata dokter isi jer borang untuk submit kat Imigresen. Hamba yang bodoh ni ingat kita isi borang dia tolong settle rupanya dia satu pun tak tau!!!!!! Jangan kata nak tolong submit, procedure pun tak tau....cheh, cakap pung pang pung pang....Last2 duit 5k tu untuk ambik maid tu jer lar and lagi nak marah sebenarnya medikal tu tak payah pun!!!!!

Setelah blog walking, bertanya sekeliling dan menelepon kawan2 hamba pun paham lar cara2 nak apply maid yang dah masuk pakai pas pelawat ni (pakai JP Visa). Setelah mendownload semua borang2 kat website Jabatan Imigresen bermulalah era pening nak mengisinya. Nasib ada boss yang sangat teratur, he has copies of borang2 yang dia pernah isi before....hamba tiru je lar. Macih boss yer! Setelah mengisi borang hamba pun pening lagi camana nak pg bunuh setem hasil ni. Nasib hidup zaman sekarang ada google and ada bloggers yang baik nak share pengalaman diorang and siap bagi tutorial lagi....hamba ni cam katak bawah tempurung, apa pun tak tau....semua kalau boleh nak orang buatkan....Padan ngan muka, benda simple camni pun tak tau.

So pagi tadi hamba pun pg bunuh setem kat LHDN Wangsa Maju, tingkat 6 yer....prosesnya cuma 8 minit campur isi borang. Lepas tu drive pg Imigresen Putrajaya nak submit application. Total processing time dari amik nombor hingga selesai cuma 22 minit sahaja. Lagi lama drive pg balik. Lepas ni kena tunggu permohonan approve lar...harap jangan lar lama sangat, pas lawatan maid baru ni tamat 2 July....kang kena plak ke Imigresen lagi mintak special pass....aiiyak!!!

Moral of the story....hamba gembira dapat buat menda ni sendiri dan akan datang hamba dah paham dah. Takde bodoh2 poket kena henyak dengan agen....dan proses kali ni walau kena ke hulu-ke hilir, at least selamat lagi dalam 1.5k (agen charge RM3k untuk uruskan JP Visa). Misi seterusnya malam nanti nak harass transporter tu pasal mintak extra 500 untuk medical check-up Indon yang fake dan tak berguna tu.....tak berhajat nak mintak balik duit tu pun sebab tau sure tak akan dapat tp sekurang-kurangnya hamba PUAS.....

Oh ya....tq to these bloggers for sharing...





Thursday, 9 June 2011

I See T.......

 Did my job make me paranoid??? Cannot help it lar. Sometimes hamba cuba ketepikan tapi bila gelombang otak ni bergelora mula lar rasa tak senang.....begitulah perasaannya di I-City recently...

Setelah agak lama akhirnya berjaya juga pergi ke I-City!!! Macam lar jauh bebenor tempatnya tapi kalau bukan kerana anak2 sedara teringin nak pg tengok, mungkin tak sampai2 kot. Tempat ni sebelah jer dari opis hubby tapi dia sendiri pun baru 1st time tgk tempat ni malam2. 

Ramai gak orang datang last Monday, maklum lar cuti skolah. Memang cantik ler tapi tidakler mengkagumkan sangat...takat lampu2 jelar. Snow walk tak masuk pasal ramai sangat orang. Reptile house dah biasa sangat dah. My kids nampak seronok tgk lampu2 tu tapi muka agak kelat pasal Shah nak masuk snow walk, Khalish nak masuk reptile house and Widad sepak bola dia masuk longkang. Terpaksa pujuk dengan barang2 mainan (which last only 1 night).


Melihat cahaya lampu yang cantik especially kat bawah pokok ala-ala dlm cerita Avatar tu terasa sangat yang manusia ni memang tertarik dengan fantasi keindahan syurga. My boys pun sibuk nak bergambar dengan unicorn bercahaya kat situ. Alahai anak-anak....Ummi risau jer bila nengok masing2 dok peluk batang pokok and binatang2 bercahaya kat situ. Yang buat mende tu bercahaya is electric sayang ooiii...macam2 boleh jadi, malang tak berbau. So...did I prevent them dari menikmati keindahan buatan manusia tu??? Tentulah tidak....kesian lar budak2 kalau nak ikutkan paranoid hamba ni....apapun tak boleh..

Jadi dalam budak-budak berseronok tu hamba pun bertawakkal je lar banyak-banyak. Takdir kita bukan kita yang tentukan. Harap-harap pihak I-City telah ambil langkah yang terbaik untuk prevent semua kejadian yang tak diingini berlaku. Semoga semua lampu and wiring kat situ diselenggara dengan sempurna. Minta dijauhkan terjadi kat kaum keluarga hamba dan semualah yang datang kat situ. 

My boys enjoyed themselves....my nieces too I hope. Hamba happy tengok diorang happy cuma nak kata enjoy tu susah pasal hari tu dah lar panas membara, campur lak bahang dari lampu2 tu semua (ni satu menda yang contribute to global warming ni)....tak campur lagi dalam hati dup-dap risau ngan lampu dan wayar plus otak dok pikir berapa banyak energy source yang digunakan untuk nyalakan semua lampu2 ni dalam satu hari, satu minggu, satu bulan, satu tahun....bla..bla..bla...(lagi nak naik tariff letrik ni..).

Arghhh.....udah lar tu, tengok je lar budak2 ni senyum ketawa and just enjoy the time....

Thursday, 2 June 2011

What a sick world.....

Hari ni sesapa yang baca surat khabar sure dah tengok berita ngeri bayi yang kena campak dari flat tu. Manusia semakin gila dan kejam....

Sepanjang 6 tahun lebih duduk kat rumah mayat ni....dah banyak dapat kes buang bayi ni. Ada buang baby yang gugur, ada yang lahir tak cukup bulan, ada yang dah cukup matang untuk hidup. Baby jumpa dalam tong sampah, hanyut kat sungai, tanam belakang rumah, buang kat kubur, tinggal kat surau, flush dalam toilet dll tapi ni 1st time dapat kes orang buang bayi main campak dari rumah flat....dah ler kejam, bodoh dan pemalas lak tu....

Minggu ni dah ada 2 kes abandoned baby sampai kat tempat hamba ni, yang sampai kat tempat-tempat lain tu tak tau lar banyak mana. Ngilu perut nak autopsy kan these unfortunate babies. Teringat jerih payahnya membawak 3 budak x 9 bulan....tu tak termasuk nak menerannya keluar.....ishhhh...sesuka hati jer depa ni main buat dan buang....

Yesterday ada kes baby died of milk aspiration, sampai pengsan-pengsan mak dia. Punyalah kuat kasih ibu pada anak. Manalah naluri keibuan mereka yang sanggup buang bayi ni. Well....i guess in the first place they are not ready to become a mother pun. Macam my rabbits plak....kalau dia tak sedia nak jaga anak dan rasa environment tak sesuai habih dimakannyer anak-anak dia. Tapi rabbit hamba tu binatang.....dah sah takde akal dan perasaan. Ni yang buat ni manusia yang dijadikan sebaik-baik kejadian.

Lepas ni naik baliklah all the debates about isu social ni. Pelbagai pihak cuba buat apa yang patut untuk menangani masalah ni...ada pihak yang sokong, ada pihak yang bangkang, ada yang kuar suara belakang-belakang. Ahli politik dengan idea dan agenda masing-masing. Ahli-ahli agama dengan pandangan yang lain. NGO cuba buat approach kreative mereka dan kita.....kita buat apa???? Cukupkah dengan setakat mengeleng-gelengkan kepala??? (sambil update status kat FB /like link/page berkaitan)....

Dalam banyak-banyak page yang hamba cari kat internet pasal kes buang bayi ....ni antara yang sempat hamba baca....

1. Slide presentation from from Zarina Nalla, Policy and Project Development Consultant with IAIS Malaysia (http://www.iais.org.my/en/attach/ppts/14DEC2010/Zarina%20Nalla.pdf)

2. Page entry dari my Kuatagh super2 senior. Gejala Zina Remaja Malaysia – Di Manakah Masa Depannya ?

Kedua-dua ni ada good outline of the problem and a more realistic and holistic proposed solution.

Kesimpulan hamba buat sendiri...

Ultimate goal: Lahirkan generasi beriman yang takut kepada hukum Allah dan menjauhi zina

Meanwhile....
  • more pusat perlindungan bayi untuk yang nak tinggalkan baby....instead of buang merata-rata
  • pusat perlindungan ibu termengandung....better choice bagi yang tak nak balik kepangkuan family and remaja boleh still go to school.
  • well planned sex education....kesedaran tentang tubuh badan dan contraception....dan yang lebih bagus lagi...abstinence
  • lebih banyak kempen kesedaran di sekolah dan university (ada ramai gak budak pandai yang tak berapa cerdik)
  • kawalan media dan hiburan....
  • perketatkan undang-undang......eerrr....kalau akta DNA lulus senang sikit nak trace mak bapak yg buat keja keji ni (kena pikir masak2 dulu...)
  • didikan dan pemantauan berterusan dari ibu-bapa dan guru-guru.....kuatkan pegangan agama dan sahsiah anak-anak....
Statistik kes buang bayi

So far tak pernah kena panggil pg court pasal kes buang bayi ni....tak jumpa suspect nak di dakwa kot....

Dah renung2 apa peranan kita??? quoting Dr. Zainur Rashid...."Ini adalah isu nasional yang mesti ditangani oleh kita semua sebagai agenda bersama."

*hope my daily work ada makna lar dalam menangani isu ni....

    Tuesday, 31 May 2011

    I wear green ribbon....would you????

    Last Saturday ada one gentleman collapsed at a hypermarket and his kind family wanted to donate whatever can be donated of his body. Unfortunately he belongs to the group with the exclusion criteria....bahasa senangnya....tidak layak. Sayang jer...bukan senang nak dapat family yang rela dermakan organ/tisu yang tersayang untuk bantu orang lain. Kat Malaysia ni  cuma ada 39 cadaveric organ donors pada 2009 and turun ke 38 pada 2010. Although increasing from tahun-tahun sebelumnya, the number is still lacking. 

    Kempen kesedaran dah banyak dibuat. Sebenarnya number of organ donor pledger pun dah meningkat cuma the actual number of donation masih sikit. Sila tengok statistik....

    Kenapa yer??? Well, obviously because most pledgers are still very much alive and Insya-Allah they will have a long good life to go. So sekarang nak target kempen kat sapa pulak??? Dulu pernah ada berhajat nak buat survey kat waris-waris yang datang kat tempat hamba ni but most of them kan tengah sedih...tetiba adalak dokter psycho sorang ni nak tanya pasal kesedaran organ donation....mau naik tangan kat muka hamba....kurang-kurang pun dapat surat cinta or glemer masuk Harian Metro....wargghhhh..."tak sanggup lagi aku....(sila nyanyi versi Awie Wings)"

    Kesedaran tentang pendermaan organ telah dibuat secara menyeluruh dan agak besar-besaran jugak. Ramai pledger dah isi borang dan dapat kad....majoriti orang-muda-muda. Did they inform their parents? Adakah mereka ni beri kesedaran jugak pada waris-waris mereka?

    Kat Malaysia ni walau dah pledge nak jadi organ donor, bila tiba masanya kena ada consent dari waris jugak. Bukan senang-senang nak main ambik jer. Isu ni sangat sensitif.....bukan senang nak approach family yang tengah grieving nak mintak organ mak/bapak/anak/suami/isteri mereka. Kat mortuary ni nak letak pamplet pun serba salah...kang ada plak yang ingat kita nak sangat buat autopsy sebab nak amik organ....ye lah, bukan semua orang tengok pamplet tu baca dan paham....ada yang sekali glance jer dah buat conclusion. Pernah satu waris (teenager) mintak nak tengok postmortem sebab nak pastikan hamba tak ambik apa2 dari abangnya. Hamba cakap ikut procedure mmg tak boleh tengok tapi dia boleh bagi list organ2 dan tempat yg sepatutnya organ tu diletakkan....bila hamba dah sudah dia boleh cek....(pikirlah sendiri kesudahnnya...). Berbalik pada organ donation....ni lah yang ada kat tempat hamba....(nahu jangan dipersoalkan). So far Alhamdulillah, ada jugak waris yang tampil nak dermakan walaupun simati bukan pledger.




    Hamba pernah sign organ donor pledger about 12 years ago. Kad hijau tu pun entah ke mana dah. Masa baru-baru kawin hamba pernah bagitau kat hubby yang I'm an organ donor pledger but he told me dia tak sanggup bagi. Now, I am still for organ donation, so if it is my time please ask my hubby if he would change his mind.....

    Support organ donation to save life...please visit A Give of Life

    I wear green ribbon.......WOULD YOU?????





    Wednesday, 25 May 2011

    The good one, the not so good one, the no good one......sila buat pilihan...

    OUR FUTURE DOCTORS

    Budak-budak yg dihantar oleh JPA ke hospital (sebelum nak masuk amik medic)
    Senyum lar korang....belum masuk course lagi. Sok ada yang menangis nak keluar. So far masing-masing kemain enthusiastic and optimist and positive segala bagai perkataan yang baik-baik lar nak describe semangat budak-budak ni. Asal tanya kenapa  nak jadi dokter....rata-rata jawab nak buat kerja noble, nak berbakti pada masyarakat. Bagus lar tu tapi jangan hangat-hangat tahi ayam sudah ler.....

    Untuk budak-budak IQ hebat cam diorang ni medic school punyer subject tu kira tak susah sangat ler...yang buat jadi payahnyer hamba rasa sebab ada virus M-alas and bad attitude...still, ramai jer yang lepas....(bolehler amik lagi gambar sengih masa kat graduation day nanti)

    Lepas graduate kena buat housemanship. Zaman dolu-dolu ramai yang menangis menyesal jadi doktor time buat horseman (spelling mistake saje dibuat-buat). Mana taknyer kena keja cam kuda, kaldai, kerbau dan seumpamanya. Keja straight more than 36 hours tu dah biasa lar. 10 kali EOD call berterusan pun kira biasa...(zaman sebelum hamba sure lagi teruk). Ada member workaholic hamba siap buat back-to-back lagi (she's the rare good one). Tu pasal time horseman ni ada yang stress tak baik-baik sampai sekarang, siap ngan suicidal thought lagi.....yang survive will go on, yang tak tahan ramai gak yang berenti....Sekarang masalah ni dah kurang kot. Houseman kalau kat spital tempat hamba ni dah overflow. Bila dah ramai, masing-masing mula amik kesempatan mengelat (yang not so good one lar).

    Bila dah jadi MO baru rasa lega sikit kot and of course hamba lega banyak lar pasal duduk kat tempat aman damai macam sekarang ni...sesekali jer ada kecoh-kecoh. Time macam ni sure dah ada commitment. Nak upgrade kereta, nak beli rumah, anak-anak dah bertambah dan mungkin dah nak bersekolah. Bila pikir-pikir balik rupa-rupanya tak kaya sangat pun jadi doktor gomen ni. Nak tambah elaun kena jadi pakar...issshhh...malas nak belajar lagi. Nak masuk master kena tunggu giliran yg senior-senior dulu. Jadi pakar kang banyak tanggungjawab....gaji pun ala2 ciput jer...Banyaklar kalau nak pikir!!!!!!! Masa inilah ramai yang dah lupa semangat nak berbakti kepada masyarakat....ye lah, nak kena fikir camana nak menyenangkan hidup sendiri....

    Majoriti doktor yang ada kat negara kita are the good one....masih ingat niat murni dan semangat masa mula-mula berhajat nak jadi doktor ni dan masih berpegang teguh pada whatever physician oath yang dibaca dan ditandatangani lepas grad ari tu (hamba baca The Oath of a Muslim Physician). Some are not so good one....semangat hilang dalam perjalanan kerana macam-macam masalah.....buat kerja sebab nak gaji. Sambil kerja tu dah kira berbakti lar....group yang ni kira ok lar....janji kerja jalan. 

    Dalam ramai-ramai yang elok akan ada jugakler yang tak elok.....and the no good one ni termasuklar doktor-doktor yang menggunakan title untuk kepentingan diri dan poket sendiri....lupa habih dah medical code and conduct....physician oath apatah lagi.... Charge lebih2 kat klinik, jual ubat alternative and supplement yang tak perlu dan lebih hina lagi scam orang using MLM....haiya!!!!!!

    Lantak korang lar dik...korang belajar lar elok-elok....pastu pilih lar korang nak jadi yang mana satu....

    p/s: eh lupa lak....budak-budak dalam gambar kat atas tu sila cek pesanan "PENAJA" ni...(saje-saje nak share)