Just a place for me to write whenever i feel like writing. Mainly about things and issues around me....and of course...my passions.


Showing posts with label anak sakit. Show all posts
Showing posts with label anak sakit. Show all posts

Sunday, 24 April 2011

Bagai menatang minyak yang penuh....

Episod suspen kali kedua sudah berlalu. Hamba mohon pada Allah, agar tiada lagi episod seperti ini. Gundah-gulananya hati ini hanya Allah yang tahu. Air mata keluar tak tertahan-tahan lagi. Bila tinggal sorang2 mula nak hujan jer rasa. Manalah tak hancur hati melihat Widad yang tak sampai sebulan kena operate dah sakit semula. Muntahnya dari air jernih jadi coklat ke hitam bercampur darah dan kemudiannya jadi hijau pekat. 

Waktu ni hamba teringat masa buat houseman kat pediatric. Seorang budak perempuan sebaya Widad asyik masuk wad sebab muntah-muntah. Oleh sebab terlalu kerap muntah, salur makannya berdarah (Mallory-Weiss tear). Budak ni masuk almost setiap bulan...in fact selang 1 minggu pun pernah. Sebagai houseman yang kerja rutinnya adalah tukang clerk and ambil darah, hamba lah yg mendengar keluh kesah ibunya. Bejaga siang malam jaga intan payung jantung hatinya. Masa tu bila lihat dia menitis air mata setiap kali anaknya muntah dan kena cucuk hamba tak rasa apa pun.....maklumlar penat kerja, mana sempat nak feel apa2. Sekarang baru rasa....Berapa lama agaknya masalah budak ni berlarutan. Masa hamba abih houseman, bdk tu dah di refer ke gastroenterologist.

Masa kita kecik2 dulu mak kita pun mesti sedih dan nangis jugak masa kita sakitkan, masa tu mesti jaga kita macam menatang minyak yang penuh.....tapi sebab kita kecik lagi mana kita nak ingat. Parents memang akan rasa sedih dan risau kalau anak kecik sakit...maklumler tengah comel. Bila besar sikit risau tetap risau tapi takde lar kot nak manja-manja sangat especially bila kerap sangat sakit. 

Satu patient yang hamba pernah jumpa masa kat wad surgical masuk wad like every other week....adhesion colic punyer pasal (post-appendectomy). Dah berapa kali buat operation release adhesion. Sepanjang entah berapa kali jumpa dia kat wad, tak penah jumpa parents dia pun. Hamba pernah disuruh refer dia kat psychiatrist sebab dah terlalu kerap sampai surgeon sangsi yang it is actually true. Tapikan...budak tu punya guling and vomiting memang really true kat mata hamba. Masa hamba contact mak dia, mak dia kata diorang dah tak larat nak layan sakit dia dah, sejak skolah rendah lagi macam tu. Ada pulak macam tu yer???? Agak-agak budak tu tension tak parents dia cakap macam tu. Memang lar masa kecik dulu jaga elok2 tapi dia tak ingat kot kenangan masa kecik dulu...yang dia ingat bila dia dah besar especially masa dia dah remaja....entah ler, tak reti dan tak layak hamba nak buat penilaian...Kita hanya mampu berdoa agar kita hidup lama untuk pastikan anak-anak kita dijaga dengan sempurna....dan berdoa juga agar anak-anak kita ingat dan kenang apa yang pernah kita lalui sepanjang membesarkan mereka. Semoga mereka sanggup menjaga kita sepertimana kita menjaga mereka.

Hamba berharap agar buah hati intan payung hamba ni tak ler kena sakit yang berpanjangan macam 2 kes diatas. Buat masa sekarang ni boleh lar hamba cakap yang hamba akan jaga macam menatang minyak yang penuh...masa akan datang?? Harap Allah tabahkan hati hamba, hubby dan anak-anak. My 2 older boys banyak berkorban untuk adik dia coz my time and energy banyak habis kat Widad lately. Semoga kami sabar dengan segala ujian yang akan datang.



Kepada keluarga dan kawan-kawan yang sudi berdoa dan memberi sokongan terima kasih diucapkan. Semoga Allah jauhi anda dari kesusahan dan kesakitan....Amin...



Monday, 18 April 2011

Allah sayangkan kami....

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286 

Sebulan yang lepas buah hati hamba dimasukkan ke hospital kerana appendicitis. Tubuh kecilnya yang sedia kurus semakin kurus selepas pembedahan tersebut. Sejak dia keluar hati bukan main gembira melihat dia bermain sihat dan berselera makan. Hilang gundah masa di wad dulu.

Doktor yang merawat dah menerangkan kemungkinan dia akan sakit-sakit perut disebabkan adhesion colic. Selepas discharge, takde sekali pun dia nampak atau menunjukkan tanda-tanda sakit malah dia bersemangat memulakan sessi persekolahan di Tadika baru...bila hamba balik kerja, dia gembira bercerita betapa suka dia naik van. Tapi baru seminggu sekolah, Allah beri lagi ujian untuk Widad....dia sakit perut dan muntah. Ummi yang tengah berbengkel menulis research report tak tenang hati....walau banyak lagi yang belum siap, terpaksa balik jugak.

Di rumah Widad nampak lemah dan sesekali dia muntah. Malamnya lepas hubby balik kami bawa dia ke hospital.Oleh kerana ubat yang diberi tidak dapat meredakan sakit dan muntahnya dia ditahan di wad. Doktor pakar yang datang mengatakan dia mungkin bukan sekadar colic but most likely ada bowel obstruction....aduh...hancur luluh hati hamba...belum sampai sebulan Ya Allah!!!! Tapi siapakah hamba untuk menafikan takdir Allah.

Last week baru lepas pening kepala atap kat bilik tidur bocor....all this while hujan lebat xde plak bocor. Then terfikir kat kepala, lepas satu-satu...baru jer bayar Tadika baru Widad, nak kena ganti absorber kereta plak...ni atap plak bocor...Ya Allah...alangkah huduhnya perangai hamba, ujian kecik ni pun nak merungut. Nah, sekarang Allah bagi ujian lagi besar....perut anak kecil ku dibelah lagi...suara yang biasanya bising hari ini tinggal anggukan lemah.

Ya Allah....hamba mohon maaf. Maafkan hamba yang lupa....maafkan hamba yang kurang bersyukur. Betapa sayangnya Kau pada kami Ya Allah. Dengan kuasaMu Kau datangkan kesedihan ini, dengan kuasaMu juga, berikanlah kami kegembiraan...dan kebaikan selepas semuanya selesai. Tabahkan hati kami Ya Allah...untuk hadapi semuanya....Amin!!

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

Saturday, 26 March 2011

Appendicitis punyer cerita...........



Orang tua-tua selalu pesan jgn makan pedas2 nanti kena apendik, jangan makan biji jambu, kunyah makanan betul-betul....apa2 lagilah. Masa hamba kena appendik dulu, malamnyer makan sambal terung. Masa tu ramai yang menyalahkan biji terung dan biji cili tu. Walau sound mengarut coz ada orang eat cili for 80+ years of their life tp ok jer, ketakutan orang ramai tu ada logiknyer sebab keradangan appendik ni (appendicitis) disebabkan oleh luminal occlusion. Dalam bahasa senangnyer pintu appendix tu tersumbat. Oleh apa??? Ha...disini ler datangnyer cerita-cerita yg biji cili lar, biji jambu lar, biji terung lar, kacang lar whatever yang dipikirkan boleh menyumbat. In most cases it is due to lymphoid hyperplasia (yg ni xreti nak translate lar), boleh juga tersumbat oleh fecaliths (najis), bendasing atau parasite (cacing).


Appendicitis ni boleh jadi kat sapa2 jer termasuklar bdk2 tp bdk2 bawah 4 thn agak jarang compare to older children...so my Widad antara yg jarang tu lar....


Kisah Widad bermula on 15 March 2011 around 11 pm bila dia mengadu sakit perut just before he went to sleep. Jam 3.30 pg terdengar suara dia merengek sakit sambil tertonggeng....badan panas macam batu tungku. Rengekannya kemudian ditambah dengan muntah-muntah.....puas pujuk akhirnya dia tido. Since then dia asyik tido-bangun-tido-bangun.....badan pun makin panas. Masalah dak Widad ni dia susah makan ubat. Paksa camanapun he will vomit it out...sooner or later...


As a doctor, I try to make my own diagnosis lar kan...tp bila bercampur dengan perasaan as a mother tu, dia punyer risau bertambah-tambah...always think of the worse scenario. Setelah menelepon beberapa org kawan untuk 2nd, 3rd and 4th opinion maka hamba pun membawa Widad ke spital. Alhamdulillah hubby dah beli medical insuran utk semua anak2 dia, boleh ler bwk pg prebet. Kepada sesiapa yang belum ada medical insuran, dinasihatkan cepat2 lar beli....


1st examination n ultrasound did not come with conclusive diagnosis. Widad cuma diberi ubat demam on the first day, 2nd day baru bagi antibiotik...itupun for pharyngitis. Doktor tak berapa confident sangat yg it is acute appendicitis pasal Widad can walk and sit, makan and minumpun ok. X-ray nampak najis jer, siap bg ubat untuk buang air besar lg. Lepas kena ubat tu, cirit-birit terus...
On the 18th (Friday) the surgeon review semula and order another ultrasound when his fever keep spiking up 40.2C!!!  This time the radiologist said it is highly likely appendicitis so surgeon give me option with suggestion that he would prefer conservative management (bagi antibiotik...then wait and see). Hamba ikut kata pakar ler.....

Setelah bagi antibiotik Widad nampak ok. Hari Sabtu dia dah bermain macam biasa. Makan pun macam biasa cuma cirit-biritnya tak berhenti-henti. Malamnya dah mula balik sakit, pagi Ahad sudah lembik semula. Masa surgeon datang round dia sangat tak puas hati dengan keadaan Widad and decide to proceed with operation. Kena potong juga anakku...

Ada rakan-rakan yang tanya kenapa in the first place tak operation terus, cepat sikit baik. As a mother, kalau boleh xnak tengok anak kena bedah, bila surgeon tu bagi cadangan xpayah bedah rasa lega and pray that Widad will recover...

Xtau lar sebenarnya apa yang ada dalam pikiran surgeon tu masa dia suggest conservative treatment...hamba rasa dia work on evident base, melalui pengalaman yang dah lama di hospital gomen. The problem with appendicitis in children is there is no classic presentation. Not easy to make the diagnosis....silap gaya boleh kena saman kalau bukak tapi tengok2 normal jer....well, kalau tak bukak then pecah pun boleh kena saman gak. Dalam satu study di US, appendicitis was the second most common diagnosis involved in pediatric emergency medicine malpractice claims. Diagnostic error was identified in accounting for 39% of the claims. Fuh....nasib baik orang Malaysia ni masih belum pandai sangat saman menyaman ni....

Well.........everything went well for Widad. The appendix was grossly inflammed. Actually dah formed mass with some bowel adhesion. Alhamdulillah he had a surprisingly speedy recovery. Lepas 3 hari dah boleh turun naik katil then pegi main gelongsor. Syukur ke hadrat Ilahi dan terima kasih tak terhingga atas doa dari keluarga dan rakan-rakan.....

Hamba doakan semoga anak-anak sesiapa sahaja yang terbaca coretan ni dijauhi dari penyakit ni....AMIN....




p.s: Untuk bacaan lanjut sila cek ...


http://emedicine.medscape.com/article/799858-overview
http://kidshealth.org/parent/infections/stomach/appendicitis.html




* picture taken from http://www.webmd.com/digestive-disorders/picture-of-the-appendix