Just a place for me to write whenever i feel like writing. Mainly about things and issues around me....and of course...my passions.


Friday, 25 May 2012

YEEEEEHAAAAA........DAH ABIH EXAM!!!!!!!


Exam hamba sudah tamat yer tuan-tuan dan puan-puan......result kuor next Monday

Time to kemas blog yang dah penuh sawang....lalang sudah memanjang, lipas tikus semua ada dah. 

Masanya juga untuk start buat semua kerja yang dah tertangguh termasuk siapkan PM report (this is priority....boss...if u read this & later find me out of tract....please just spank me) dan siapkan order yang telah dijanjikan.....plus open new order InsyaAllah...

It is the time to execute certain plan like pergi belajar menjahit baju & follow up plan on "Pillow case for charity".....apalagi yer....???

Oh ya.....it is the time to put more attention on the boys n bapak boys n nenek boys n atuk boys.

Ya Allah.....guide me to the right path....

Ameen.

 







Thursday, 6 October 2011

I need some feminine touch.....


Widad.....
 I have 3 siblings, 2 girls and a boy......(of course lar now tak panggil girls and boy pasal dah besar panjang). When he was a toddler, my little brother suka pakai my sister's gown sampai jiran2 ingat he is a girl and ada jugak yang risau-risau takut dia jadi feminine sket. Well, it doesn't work that way since me and my sister lebih cenderung ke arah masculine. Tak tau lar pengaruh datang dari mana.....mungkin sebab cousins yang sebaya mostly are boys. Diorang lar yang bawak masuk semak, panjat pokok, main sumpit, ....eerrrrr rosakkan sawah padi orang......hehehehehe.....




I was never really a tomboy or pengkid.....hamba cuma suka dressing macam lelaki, cakap and bejalan agak macam jantan. Nasib pakai tudung.....takde lar nampak cam jantan sangat. Dulu masa zaman sekolah rendah, arwah Aki (grandfather) siap belikan kain batik suruh pakai masa balik kampung....rimas dia tengok hamba pakai seluar (pendek lak tu)....tu tak campur dengan rimas mata dia tengok hamba duduk atas pokok. I still remember when I was 12, during school holiday (after balik dari kampung) my Mom asked me to write an essay tajuk "Kenapa saya nak jadi lelaki".....bila pikir2 balik.....entah2 dia bengang pasal kena sound ngan arwah Aki........MINTAK AMPUN MAK!!!!



Hamba dressing ala2 jantan ni sampai kat Pre-Med rasanya. Dulu pegi kuliah pakai baju kurung (wajib pakai) ngan boot Dr. Martens tu.....(dulu rasa cool, skang rasa bodoh...). Taste kejantanan hamba ni termasuk sekali dengan my choice of music.....apa yang most boys listen to, itulah kesukaan hamba.... Bila dah nak masuk Med School, taste ni dah tone down sebab minat kepada menda2 boyish ni dah bertukar kepada minat kepada the boys themselves......hahahahaha....hormon tengah naik tu!!!!! (nasib en.Hubby minat minah rock...hehehehe) Masa ni dah start pakai skirt, pakai handbag, pakai high heels.....pakai make-up....
But still saki-baki taste jantan tu masih ada.....


Hamba dari dulu allergic tengok kaler pink and purple. My colors are blue, black, grey, green.....dan seumpama dengannya. Masa pregnant anak sulong pun dah bertekad, kalau anak pompuan pun hamba tak akan beli kaler pink. Now anak dah 3, semua jantan.....baru terasa teringin nak beli baju budak pompuan comel2....floral kaler pink.....waaaaaaaaaaaaa!!! 

Taste ala jantan ni boleh dilihat kat rumah, dalam kereta, bilik kat opis....etc. Langsir kat rumah hamba kalau tak plain, coraknyer mostly geometrik.....bunga2, renda2.....tak suka. Pinggan mangkuk kalau yang ada bunga2 tu semua peninggalan arwah mother in law....yang beli sendiri semuanya modern contemporary. Kereta hamba takde sebarang bunga ker or pewangi bereben-reben ker....(rasanya yang ni mungkin sebab en.Hubby kot). Kalau tengok meja opis female colleague yang lain.....adoi, memang meja hamba takde feminine touch langsung......

Sejak gila menjahit ni baru hamba sedar, my selection of fabric pattern pun kebanyakannya dipengaruhi taste yang tak cukup feminine. Secara naturalnya hamba akan pilih dark colors, geometric pattern or kalau bright color mesti pilih plain. Bila ada yang mintak color pink baru beli....itupun susah hamba nak buat pilihan........memang cantik tapi tak berkenan di hati. Tengok orang lain punya craft pun kebanyakannya semua comel2.....hamba nak buat comel2 n flower2 pun anak semua boys....sendiri nak pakai....????......eeerrrrrr........I have to be more feminine....


So hamba dah bertekad.....raya tahun depan nak tukar langsir semua corak bunga2....kalau boleh kaler purple or red ker.....(masih belum bersedia untuk pink....). Nak beli bunga2 hias rumah.....bunga yang more feminine, bukan bunga matahari lagi dah....





Ehmmmmm....apa lagi nak tambah supaya jadi lebih feminine...????? ......Mungkinkah.....ANAK PEREMPUAN????.......errrkkkkkk......









Monday, 3 October 2011

.....my other passion........

I love cooking and baking and most of the end product goes to my mouth and get stored underneath my skin. Since Ramadhan I did a lot of cooking and baking......maklumlah takde maid masa tu. Lepas tu sibuk dok bake kuih raya and few orders of cakes and muffins. After raya my niece from Johor came to fully utilize my kitchen to test her recipe.....sronok jer tengok dia enjoying her semester.....(too late to change course la pulak kan...)

Since there were too many cooking sessions for the past 2 months.......(and my waist line are getting wider) hamba outsource kerja masak-memasak to bibik since masakan dia boleh diterima akal dan tekak. Now it is the time to play with my other toy.....


2010 birthday present dari encik hubby
Dah lama janji nak buatkan Khalish pencil case since dia dah hilangkan pencil case kat sekolah. School really is a twilight zone where things can easily and mysteriously disappear.....without a trace....

So inilah hasilnya.....(Khalish chose the design)






 











what left of his pencil and colour pencils.....








nak tengok hasil yg lain sila pergi Bone Needle.................

Monday, 26 September 2011

Pemutihan yang kelabu asap....

Sejak early July people are talking about this 6P.....hamba pun lepas raya baru ni yang betul-betul nak tau mendalam pasal 6P ni.....

Ni lah dia 6P.........

PERINGKAT 1: PENDAFTARAN
Pada peringkat ini, proses pendaftaran akan dilaksanakan untuk tujuan mendaftarkan pebdatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia, dan menerusi kaedah ini, Kerajaan berpeluang mendapatkan maklumat majikan PATI, selain rekod peribadi serta data biometrik PATI yang merupakan elemen teras bagi rasional pelaksanaan program ini. Tindakan ini selari dengan inisiatif Kerajaan untuk mewujudkan pangkalan data komprehensif bagi setiap warga asing di Malaysia, sekali gus membolehkan proses pemantauan dilaksanakan secara lebih berkesan, termasuklah usaha membabitkan penyelesaian dalam menangani isu pemalsuan identiti serta dokumen yang selama ini mudah dipalsukan akibat tiada rekod biometrik.

PERINGKAT 2: PEMUTIHAN
Pada peringkat ini, setiap PATI yang telah berdaftar menerusi program ini akan dikenal pasti jika wujud keperluan untuk mengekalkan mereka dalam sektor tertentu yang mempunyai penawaran kekosongan kerja membabitkan pekerja asing. Jika hasil pertimbangan mendapati PATI yang terbabit sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut, maka mereka akan diputihkan dan seterusnya dijadikan pekerja asing yang sah dengan senarai majikan yang berdaftar. Bagaimanapun, proses pemutihan ini hanya akan dipertimbangkan untuk sektor serta negara sumber yang tersenarai dalam dasar penggajian pekerja asing dan yang pernah diberikan kebenaran khas kerajaan termasuk sub-sektor yang sedang dibekukan. Pada masa yang sama, proses pemutihan ini juga akan mengambil kira kelayakan majikan berdasarkan keperluan semasa mengikut sektor dan sub-sektor yang akan ditentukan oleh kementerian/agensi kawal selia.

PERINGKAT 3: PENGAMPUNAN
Pada peringkat ini PATI yang tidak tersenarai untuk diputihkan, atau PATI yang secara sukarela memilih untuk pulang ke negara asal mereka masing-masing akan diampun dan dibenarkan pulang atas kos sendiri tanpa dikenakan sebarang bentuk tindakan. Bagaimanapun, pengampunan ini hanya terhad kepada PATI yang melakukan kesalahan imigresen sahaja.

PERINGKAT 4: PEMANTAUAN
Pada peringkat ini, naziran ke premis-premis majikan seluruh negara akan dilakukan untuk memberi nasihat kepada majikan, selain pada masa sama menerangkan implikasi tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melindungi pekerja berstatus PATI yang tidak berdaftar dengan Program 6P. Antara lain, majikan serta PATI yang berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63 yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1 juta.

PERINGKAT 5: PENGUATKUASAAN
Pada peringkat ini, operasi penguatkuasaan bersepadu akan dilaksanakan secara besar-besaran dan digerakkan dengan tujuan untuk mengesan serta menangkap PATI serta majikan yang dikenal pasti masih melakukan kesalahan imigresen.

PERINGKAT 6: PENGUSIRAN
Di peringkat terakhir ini, PATI yang telah ditangkap melalui operasi penguatkuasaan bersepadu akan dikenakan tindakan undang-undang sebelum diusir keluar dari Negara ini. Oleh kerana kos bagi proses pengusiran ini ditanggung menggunakan peruntukan Kerajaan, maka setiap PATI yang diusir akan turut sama disenaraihitamkan daripada kebenaran untuk masuk semula ke negara ini.

Okeh....peringkat pertama dah selesai, sekarang ni tunggu lagi 5. Hari tu Hishamuddin kata the 2nd phase will be decided October 3rd. Cheh....patut lar hari tu kat imigresen Putrajaya (pergi batalkan permit maid yang lari) hamba tanya mamat kiut kat kaunter tu dia macam reti tak reti nak jawab....

Hamba tanya "betul ke sepanjang tempoh program 6P ni tak boleh ambik pekerja dari negara sumber?". 
Mamat kiut tu jawab "memanglah...."
Hamba tanya lagi "Abih, tak boleh ker ambik maid yang baru masuk pakai JP Visa?"
Dia jawab "sepatutnya tak boleh.....kena ambik yang dah daftar pemutihan"
Hamba tanya "Ada ke senarai maid yang berdaftar?"
Dia sengih comel sambil menjawab "takde....kena cari sendiri lar..."

My hubby bagi cadangan supaya cari kat pusat2 pendaftaran PATI tapi bila pulak masa hamba nak pegi menempek nak mencari....dah ler dekat nak raya. Usaha cari melalui ejen pun gagal pasal xde maid available....semua nak beraya dulu. Tapi Alhamdulillah, usaha bertanya ke sana ke mari dan hasil "mulut murai" kakak ipar hamba dapat juga jumpa maid di hari raya ke-3. Maid ni memang versi haram takde sebarang dokumen. Kertas daftar pemutihan tu cuma ada nama dan birthday. Alamat pun pakai alamat agensi. Patut boleh dapat free tapi sebab dah melalui ejen atas ejen terpaksa jugak ler bayar quite generous amount of RM jugakler.....desperate, nak buat camana....

Memandangkan tempoh pendaftaran dah tamat, hamba ingatkan dah boleh mula bab pemutihan. Beriya hamba drive dan beratur kat Pejabat Imigresen pasal nak bertanyakan cara camana nak buatkan passport dan permit maid yang hamba ambik ni. Cik adik manis kat kaunter pertanyaan tu dengan muka takde perasaannyer menjawab,

"Setakat ni kami belum terima arahan apa-apa lagi, kami belum ada borang nak bagi dan takde SOP pun nak ikut".

Belum sempat buka mulut nak tanya lagi dia cakap "permohonan maid setakat ni masih kena guna JP Visa"......eeerrrr....yg budak kiut kat Putrajaya tu pakai rujukan mana??

Adeh...!!!! Abih yang hamba baca pasal all these Ps ni apa??? Bunyi kemain hebat tapi rupanya ada heading jer.....isi belum pikir lagi!! 

Bukan lar nak memperkecilkan usaha pihak Imigresen tapi sangat lar tak seronoknyer bila semuanyer dalam keadaan kelabu asap....macam duduk dalam jerebu API 200++. Hamba dah ler mangsa collateral damage program pemutihan, dalam ramai2 pekerja yang lari dari majikan salah sorangnyer ialah maid hamba. Skang ni senang lenang lar dia pasal sure dia pegi daftar pemutihan.....boleh ler ronggeng sana-sini tak takut kena tangkap. 

Masa mula2 dengar pasal 6P ni terpikir jugak cara imigresen nak senaraikan pekerja2 asing ni untuk diambil bekerja....hhmmm....dalam hal ni yang untungnya ejen2 ni lar. PATI yang daftar kat diorg semua depa dah kaut. Pas tu charge majikan RM3-4k.....makan duit atas angin je kan. 

Hamba walau agak lega skang ni pasal dapat maid yang Alhamdulillah menyenangkan hati tapi risau pulak dengan the 2nd P yang tak tau hujung pangkalnyer. Jangan nanti tiba2 tak boleh plak nak diputihkan sudah......

Meanwhile......hiduplah dalam kelabu asap....



p/s: sapa2 nak maid boleh contact hamba.....dah kenal few ejen and tekong ni......

Monday, 5 September 2011

Raya oh raya....


Tahun ni tak cukup semangat nak raya. Alasan???

1- Stress duit kena kapur ngan tekong lahanat tu tak habih lagi even sampai sekarang pun...
2- Sebab stress sangat pasal maid lari and duit kena kapur menyebabkan every lobes and segments of my brain cannot function very well.....cannot think of raya preparation....RM7k tu boleh beli banyak menda for raya.....huhuhuhuhuhu....
3- My brain was occupied with menu untuk masak buka puasa and sahur till the last day....
4- Energy level down very fast sebab kena bangun prepare sahur, nak kejar pergi kerja awal then nak kejar balik awal....tu tak masuk risau ngan anak2 yang kadang2 tinggal sendiri2 jer sementara maid nak sampai pagi2 or hamba nak sampai rumah petang2.......
5- Rumah cam titanic karam....some stuffs can buat tukun tiruan daaa....nak kemas tak larat, nak ganti tak mampu.....arrgghhh.....

Boleh list lagi panjang ni......

Dalam pada tak semangat tu sempat lagi.....

1-Jual kerepek and kuih raya and baking cakes for Farah mostly....tak dapat lar cover duit kena kapur tapi at least dapat cover cost kuih raya sendiri....
Rempeyek kacang tanah.....Sape nak order lg thn depan???
Order untuk Deepavali n Raya Haji dibuka.....


2-Jahit baju kurung sendiri....siap dengan ribbon embroidery n batu2 lagi....
3-Kerah Khalish and Azamsah siapkan honey cornflakes dengan di 'supervise' oleh my niece...


Ribbon embroidery kat baju kurung....

So raya tahun ni sangat2 ala kadar. This year takde tema kaler, hamba tak semangat nak pg mencari baju sedondon. Apa yang ada kat Maroz hari tu tu je lar yang beli. Hamba punyer baju kurung murah, xde kasut or handbag baru....tudung pun pakai yg lama. Barang rumah tak dak tukar baru...even langsir pun tak tukar!!! 
Tema tahun ni.....warna-warni....

Biasa pagi raya masak menu hebat2 tp tahun ni buat kuah kacang ngan ketupat jer....itupun agak 'menyesal' pasal mak dah masak sebenarnyer......(kata nak masak nasi lemak jer...)
ketupat yang dianyam dipasar


Anyway, rasa jugak seronok raya tahun ni sebab balik kampung. Anak2 pun nampak enjoy jer.....tapi sorry lar anak2 yer, collection tak banyak pasal tak singgah beraya sangat.

Minggu ni baru nak semangat beraya sebab rumah dah ada bibik. Nak masak and kecahkan dapur pun rasa best jer.....hehehehehe..... Oh lagi satu kenapa sronok raya....balik dari kampung dapat gelang yang diidam-idamkan.....(dah lama usha through the display glass tu.)....macih lar encik hubby sebab meng 'encourage' hamba...

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!! MAAF ZAHIR DAN BATIN....


Monday, 15 August 2011

Lintas elok-elok......

Setiap pagi on the way nak pergi kerja hati hamba mesti "cursing" menda yang sama bila nak keluar dari simpang (T-junction) ke jalan besar. Seberang jalan tu ada kilang....elok2 pulak depan simpang tu ada pagar kecik untuk budak2 kerja kilang keluar pas tu chantek plak ada makcik jual nasi lemak pagi2 depan simpang tu. Pulak tu elok-elok time hamba nak keluar, time tu ler segerombolan pekerja-pekerja kilang tu nak keluar dan yang agak hangin lagi...time tu jugakler depa nak cross the road.

Camno nak keluar kalau dah penuh org tengah2 simpang
Bukan ler hamba nak suruh depa tunggu hamba lalu dulu baru depa seberang jalan....yang hamba hangin tu apsal lar seberang jalan tengah-tengah simpang....bila dah cross tu kena gak ke kiri atau ke kanan so tak salah rasanya jalan sikit to the right or left then baru cross. Apsal lar nak jugak cross tengah-tengah simpang.....kan susah hamba nak keluar....hehehehe. Kalau depa cross beramai-ramai tu ok lar lg tapi kadang2 tu sorang-sorang pun nak cross kat tengah-tengah simpang gak. Kalau sorang2 tu payah sikit mata driver yang sibuk usha kereta kiri kanan nak perasan. So far blum ada lagi pedestrian yang mati accident kat simpang tu so rasanya tu yang buat diorang tak kisah tu....TAPI....dah ada few car accident kat situ...well, entah2 pasal nak ngelak dari langgar depa lar kot....entah ler.

Perkara ni jadi hari2....walaupun dah biasa tetap ada minor cursing jugakler pagi2....dan pagi ni agak lebih geram sikit pasal ada minah sorang ni dah ler nak lintas tengah-tengah simpang, pas tu terhegeh-hegeh plak tu. Hamba dah keluar belok kanan dia baru teragak-agak nak lintas....terpaksa plak hamba berenti bagi can dia lalu. Patut kalau keta dah stop nak bagi ko lalu, jalan ler laju2 sket...show the urgency...ni tidak, buat langkah lenggang kangkung. Tak pasal2 kena hon ngan keta lain yang nak lalu. Tau lar jap lg ko nak balik rumah tido......hamba ni nak pg kerja, nak motong......jangan sampai kena potong ko plak nanti....aishhhh....emo sungguh pagi2 ni...

Kalau dikira statistik kemalangan kat Malaysia, tak ramai sangat ler pejalan kaki yang mati accident....ye larkan....orang2 yang bawak keta ni nak kena hormat dan jaga pejalan kaki....pasal kalau terlanggar agak parah jugak ler kesnya. Hopefully rakyat Malaysia pejalan kaki blajor-blajor ler adab melintas jalan semula. Sopan santun di jalanraya bukanler maksudnyer jalan lemah lembut tunduk kepala sambil melintas....pikir lar pasal keselamatan diri dan orang lain selain pikir nak sampai keseberang sana.....




p/s: kalau orang dah berenti nak bagi korang lintas jalan.....kan bagus kalau bg sedikit acknowledgement, senyum sket ka, angkat tangan ka then jalan laju2 sket...(ditujukan kepada kakak-kakak kat depan stesen LRT Dato' Keramat hari tu.....dah ler tak senyum langsung, siap melenggang sambil sambung borak...hampeh!!!)


Friday, 12 August 2011

Apa dosa air sejuk....


Who didn't enjoy a glass of cold iced lemon tea or a cup of Tutti Fruitti or a bowl of mamak chendol during a hot sunny day??? Tolong raise your hand!!!! Lagi-lagi sekarang ni bulan puasa....perghhh...rasa nak minum satu jug water melon juice yang sejuk segar. Bestnyer dapat rasa nikmat syurga yang halal kat dunia ni. Well, arak pun nikmat syurga tapi kat dunia ni haram.....Teringat pulak masa kat U dulu, Prof. Omar Hassan Kasule cakap....dia tak paham kenapa orang Melayu adore sangat air suam, dah dapat nikmat air sejuk macam air yang mengalir dari sungai2 di syurga pun tak mau minum....Hah...tu doktor medical yang lulus master n phD Havard tu....  


So, apa dosa air sejuk ni sampai banyak urban legend dari segenap pelusuk dunia ni yang kata minum air sejuk ni tak elok....terutama lepas / during makan. Hamba pernah jugak dapat email yang kaitkan air sejuk dengan poor digestion and cancer.....dan today ada plak satu komen kat FB yang cakap ianya terbukti secara saintifik.......melompat lar hamba. No offense yer, tapi dah jenuh jugak hamba membelek Google Scholar, PubMed dan Elsevier untuk mencari scientific paper berkaitan dengan menda ni....habukpun takdak. Nak kata hamba tak jumpa tak logik gak pasal menda ni macam among the greatest urban legend....sapa2 buat research pasal ni sure paper dia akan muncul kat mana-mana. 




Kalau ada siapa-siapa yang jumpa tolonglah maklumkan kat hamba.....I need evidence...evidence.... How can you believe in things without evidence. Even kewujudan Allah pun ada evidence yang boleh diterima akal. Testimony tak leh pakai yer....itu kira hearsay...kalau kat mahkamah memang tak laku...

Secara logik akal hamba ni dengan sedikit saki baki ilmu physiology dan pathology yang belum cukup ni hamba tak dapat nak relate kesan minum air sejuk dengan indigestion dan cancer, apatah lagi menyebabkan badan sakit-sakit bila dah tua. Bukan kalau dah tua memang badan akan sakit-sakit ker. Tulang merapuh dek osteoporosis, sendi sakit dek osteoarthritis, muscle pun sakit-sakit....maklumlah dah season. Tak dinafikan our diet and lifestyle masa muda-muda influence kesihatan kita di lanjut usia tapi blame it on cold water....lebih-lebih lagi cold water lepas bersalin....

Dalam email yang tersebar kononnyer air sejuk menyebabkan oil and fatty substance yang kita makan akan solidify....apa perkataan tu??? Terampai...??? Well, kalau in vitro tu hamba boleh paham lar. Memang minyak akan somehow solidify dalam air sejuk tapi ni dalam perut. Our body yang warm blooded ni akan dengan segera memanaskan air sejuk tu supaya jadi suhu badan. Siap bakar some calories lagi...tapi sikit jelar kan. Lagipun masa kita dok kunyah makanan kat dalam mulut dah ada enzyme lipase (lingual lipase) yang akan cernakan lemak2 tu dah sebelum masuk perut. Tak tau plak fatty acid and glycerol boleh tukar balik jadi lipid dalam air sejuk. Pastu makanan bila dalam perut kena cerna lagi dengan macam2 enzyme dan acid yang giler powerful.
So far dah 600+ body yang hamba dah potong. Not less than 200 stomach yang hamba dah buka...body tu pulak ada yang sejuk lagi dari air tembikai letak air batu....takde lar plak terjumpa lemak terampai atau lemak menyeliputi dinding perut....Bila pikir-pikir balik kalau betullah lemak tu solidify dah tentulah tidak diserap masuk salur darah. Kalau tak serap maksudnyer keluar baliklar masuk mangkuk tandas....maknanyer xdelar lemak simpan dalam badan....maknanyer tak ler hamba gemuk....hehehehehe....So...okay what...

Jadi setakat ni hamba belum dapat yakinkan diri yang orang kata minum air sejuk ni tak bagus. Pandai-pandai lar sesuaikan keadaan. Takkan kalau tengah batuk lelah nak minum gak pasal dah tau memang paru-paru tak tahan. Kalau lepas beranak tiga empat hari badan sejuk-sejuk pasal baru lepas lost blood xyah ler minum. Tapi kalau badan tengah hangat panas dan tekak haus kering why not minum one or two glasses of nice cold iced lemon tea or just plain cold water. Dapat gak turunkan body temperature cepat sikit. Kalau lepas makan sambal pedas ayam penyet why not eat ice cream or frozen yogurt, milk can reduce rasa pedas. After all ianya nikmat yang halal and I'm so far convinced yang ianya tidak memudaratkan as long as you take it in moderation....



Errmmmm......tetiba teringat almond jamoca....