Just a place for me to write whenever i feel like writing. Mainly about things and issues around me....and of course...my passions.


Monday 26 September 2011

Pemutihan yang kelabu asap....

Sejak early July people are talking about this 6P.....hamba pun lepas raya baru ni yang betul-betul nak tau mendalam pasal 6P ni.....

Ni lah dia 6P.........

PERINGKAT 1: PENDAFTARAN
Pada peringkat ini, proses pendaftaran akan dilaksanakan untuk tujuan mendaftarkan pebdatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia, dan menerusi kaedah ini, Kerajaan berpeluang mendapatkan maklumat majikan PATI, selain rekod peribadi serta data biometrik PATI yang merupakan elemen teras bagi rasional pelaksanaan program ini. Tindakan ini selari dengan inisiatif Kerajaan untuk mewujudkan pangkalan data komprehensif bagi setiap warga asing di Malaysia, sekali gus membolehkan proses pemantauan dilaksanakan secara lebih berkesan, termasuklah usaha membabitkan penyelesaian dalam menangani isu pemalsuan identiti serta dokumen yang selama ini mudah dipalsukan akibat tiada rekod biometrik.

PERINGKAT 2: PEMUTIHAN
Pada peringkat ini, setiap PATI yang telah berdaftar menerusi program ini akan dikenal pasti jika wujud keperluan untuk mengekalkan mereka dalam sektor tertentu yang mempunyai penawaran kekosongan kerja membabitkan pekerja asing. Jika hasil pertimbangan mendapati PATI yang terbabit sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut, maka mereka akan diputihkan dan seterusnya dijadikan pekerja asing yang sah dengan senarai majikan yang berdaftar. Bagaimanapun, proses pemutihan ini hanya akan dipertimbangkan untuk sektor serta negara sumber yang tersenarai dalam dasar penggajian pekerja asing dan yang pernah diberikan kebenaran khas kerajaan termasuk sub-sektor yang sedang dibekukan. Pada masa yang sama, proses pemutihan ini juga akan mengambil kira kelayakan majikan berdasarkan keperluan semasa mengikut sektor dan sub-sektor yang akan ditentukan oleh kementerian/agensi kawal selia.

PERINGKAT 3: PENGAMPUNAN
Pada peringkat ini PATI yang tidak tersenarai untuk diputihkan, atau PATI yang secara sukarela memilih untuk pulang ke negara asal mereka masing-masing akan diampun dan dibenarkan pulang atas kos sendiri tanpa dikenakan sebarang bentuk tindakan. Bagaimanapun, pengampunan ini hanya terhad kepada PATI yang melakukan kesalahan imigresen sahaja.

PERINGKAT 4: PEMANTAUAN
Pada peringkat ini, naziran ke premis-premis majikan seluruh negara akan dilakukan untuk memberi nasihat kepada majikan, selain pada masa sama menerangkan implikasi tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melindungi pekerja berstatus PATI yang tidak berdaftar dengan Program 6P. Antara lain, majikan serta PATI yang berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63 yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1 juta.

PERINGKAT 5: PENGUATKUASAAN
Pada peringkat ini, operasi penguatkuasaan bersepadu akan dilaksanakan secara besar-besaran dan digerakkan dengan tujuan untuk mengesan serta menangkap PATI serta majikan yang dikenal pasti masih melakukan kesalahan imigresen.

PERINGKAT 6: PENGUSIRAN
Di peringkat terakhir ini, PATI yang telah ditangkap melalui operasi penguatkuasaan bersepadu akan dikenakan tindakan undang-undang sebelum diusir keluar dari Negara ini. Oleh kerana kos bagi proses pengusiran ini ditanggung menggunakan peruntukan Kerajaan, maka setiap PATI yang diusir akan turut sama disenaraihitamkan daripada kebenaran untuk masuk semula ke negara ini.

Okeh....peringkat pertama dah selesai, sekarang ni tunggu lagi 5. Hari tu Hishamuddin kata the 2nd phase will be decided October 3rd. Cheh....patut lar hari tu kat imigresen Putrajaya (pergi batalkan permit maid yang lari) hamba tanya mamat kiut kat kaunter tu dia macam reti tak reti nak jawab....

Hamba tanya "betul ke sepanjang tempoh program 6P ni tak boleh ambik pekerja dari negara sumber?". 
Mamat kiut tu jawab "memanglah...."
Hamba tanya lagi "Abih, tak boleh ker ambik maid yang baru masuk pakai JP Visa?"
Dia jawab "sepatutnya tak boleh.....kena ambik yang dah daftar pemutihan"
Hamba tanya "Ada ke senarai maid yang berdaftar?"
Dia sengih comel sambil menjawab "takde....kena cari sendiri lar..."

My hubby bagi cadangan supaya cari kat pusat2 pendaftaran PATI tapi bila pulak masa hamba nak pegi menempek nak mencari....dah ler dekat nak raya. Usaha cari melalui ejen pun gagal pasal xde maid available....semua nak beraya dulu. Tapi Alhamdulillah, usaha bertanya ke sana ke mari dan hasil "mulut murai" kakak ipar hamba dapat juga jumpa maid di hari raya ke-3. Maid ni memang versi haram takde sebarang dokumen. Kertas daftar pemutihan tu cuma ada nama dan birthday. Alamat pun pakai alamat agensi. Patut boleh dapat free tapi sebab dah melalui ejen atas ejen terpaksa jugak ler bayar quite generous amount of RM jugakler.....desperate, nak buat camana....

Memandangkan tempoh pendaftaran dah tamat, hamba ingatkan dah boleh mula bab pemutihan. Beriya hamba drive dan beratur kat Pejabat Imigresen pasal nak bertanyakan cara camana nak buatkan passport dan permit maid yang hamba ambik ni. Cik adik manis kat kaunter pertanyaan tu dengan muka takde perasaannyer menjawab,

"Setakat ni kami belum terima arahan apa-apa lagi, kami belum ada borang nak bagi dan takde SOP pun nak ikut".

Belum sempat buka mulut nak tanya lagi dia cakap "permohonan maid setakat ni masih kena guna JP Visa"......eeerrrr....yg budak kiut kat Putrajaya tu pakai rujukan mana??

Adeh...!!!! Abih yang hamba baca pasal all these Ps ni apa??? Bunyi kemain hebat tapi rupanya ada heading jer.....isi belum pikir lagi!! 

Bukan lar nak memperkecilkan usaha pihak Imigresen tapi sangat lar tak seronoknyer bila semuanyer dalam keadaan kelabu asap....macam duduk dalam jerebu API 200++. Hamba dah ler mangsa collateral damage program pemutihan, dalam ramai2 pekerja yang lari dari majikan salah sorangnyer ialah maid hamba. Skang ni senang lenang lar dia pasal sure dia pegi daftar pemutihan.....boleh ler ronggeng sana-sini tak takut kena tangkap. 

Masa mula2 dengar pasal 6P ni terpikir jugak cara imigresen nak senaraikan pekerja2 asing ni untuk diambil bekerja....hhmmm....dalam hal ni yang untungnya ejen2 ni lar. PATI yang daftar kat diorg semua depa dah kaut. Pas tu charge majikan RM3-4k.....makan duit atas angin je kan. 

Hamba walau agak lega skang ni pasal dapat maid yang Alhamdulillah menyenangkan hati tapi risau pulak dengan the 2nd P yang tak tau hujung pangkalnyer. Jangan nanti tiba2 tak boleh plak nak diputihkan sudah......

Meanwhile......hiduplah dalam kelabu asap....



p/s: sapa2 nak maid boleh contact hamba.....dah kenal few ejen and tekong ni......

Monday 5 September 2011

Raya oh raya....


Tahun ni tak cukup semangat nak raya. Alasan???

1- Stress duit kena kapur ngan tekong lahanat tu tak habih lagi even sampai sekarang pun...
2- Sebab stress sangat pasal maid lari and duit kena kapur menyebabkan every lobes and segments of my brain cannot function very well.....cannot think of raya preparation....RM7k tu boleh beli banyak menda for raya.....huhuhuhuhuhu....
3- My brain was occupied with menu untuk masak buka puasa and sahur till the last day....
4- Energy level down very fast sebab kena bangun prepare sahur, nak kejar pergi kerja awal then nak kejar balik awal....tu tak masuk risau ngan anak2 yang kadang2 tinggal sendiri2 jer sementara maid nak sampai pagi2 or hamba nak sampai rumah petang2.......
5- Rumah cam titanic karam....some stuffs can buat tukun tiruan daaa....nak kemas tak larat, nak ganti tak mampu.....arrgghhh.....

Boleh list lagi panjang ni......

Dalam pada tak semangat tu sempat lagi.....

1-Jual kerepek and kuih raya and baking cakes for Farah mostly....tak dapat lar cover duit kena kapur tapi at least dapat cover cost kuih raya sendiri....
Rempeyek kacang tanah.....Sape nak order lg thn depan???
Order untuk Deepavali n Raya Haji dibuka.....


2-Jahit baju kurung sendiri....siap dengan ribbon embroidery n batu2 lagi....
3-Kerah Khalish and Azamsah siapkan honey cornflakes dengan di 'supervise' oleh my niece...


Ribbon embroidery kat baju kurung....

So raya tahun ni sangat2 ala kadar. This year takde tema kaler, hamba tak semangat nak pg mencari baju sedondon. Apa yang ada kat Maroz hari tu tu je lar yang beli. Hamba punyer baju kurung murah, xde kasut or handbag baru....tudung pun pakai yg lama. Barang rumah tak dak tukar baru...even langsir pun tak tukar!!! 
Tema tahun ni.....warna-warni....

Biasa pagi raya masak menu hebat2 tp tahun ni buat kuah kacang ngan ketupat jer....itupun agak 'menyesal' pasal mak dah masak sebenarnyer......(kata nak masak nasi lemak jer...)
ketupat yang dianyam dipasar


Anyway, rasa jugak seronok raya tahun ni sebab balik kampung. Anak2 pun nampak enjoy jer.....tapi sorry lar anak2 yer, collection tak banyak pasal tak singgah beraya sangat.

Minggu ni baru nak semangat beraya sebab rumah dah ada bibik. Nak masak and kecahkan dapur pun rasa best jer.....hehehehehe..... Oh lagi satu kenapa sronok raya....balik dari kampung dapat gelang yang diidam-idamkan.....(dah lama usha through the display glass tu.)....macih lar encik hubby sebab meng 'encourage' hamba...

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!! MAAF ZAHIR DAN BATIN....