Just a place for me to write whenever i feel like writing. Mainly about things and issues around me....and of course...my passions.


Tuesday 31 May 2011

I wear green ribbon....would you????

Last Saturday ada one gentleman collapsed at a hypermarket and his kind family wanted to donate whatever can be donated of his body. Unfortunately he belongs to the group with the exclusion criteria....bahasa senangnya....tidak layak. Sayang jer...bukan senang nak dapat family yang rela dermakan organ/tisu yang tersayang untuk bantu orang lain. Kat Malaysia ni  cuma ada 39 cadaveric organ donors pada 2009 and turun ke 38 pada 2010. Although increasing from tahun-tahun sebelumnya, the number is still lacking. 

Kempen kesedaran dah banyak dibuat. Sebenarnya number of organ donor pledger pun dah meningkat cuma the actual number of donation masih sikit. Sila tengok statistik....

Kenapa yer??? Well, obviously because most pledgers are still very much alive and Insya-Allah they will have a long good life to go. So sekarang nak target kempen kat sapa pulak??? Dulu pernah ada berhajat nak buat survey kat waris-waris yang datang kat tempat hamba ni but most of them kan tengah sedih...tetiba adalak dokter psycho sorang ni nak tanya pasal kesedaran organ donation....mau naik tangan kat muka hamba....kurang-kurang pun dapat surat cinta or glemer masuk Harian Metro....wargghhhh..."tak sanggup lagi aku....(sila nyanyi versi Awie Wings)"

Kesedaran tentang pendermaan organ telah dibuat secara menyeluruh dan agak besar-besaran jugak. Ramai pledger dah isi borang dan dapat kad....majoriti orang-muda-muda. Did they inform their parents? Adakah mereka ni beri kesedaran jugak pada waris-waris mereka?

Kat Malaysia ni walau dah pledge nak jadi organ donor, bila tiba masanya kena ada consent dari waris jugak. Bukan senang-senang nak main ambik jer. Isu ni sangat sensitif.....bukan senang nak approach family yang tengah grieving nak mintak organ mak/bapak/anak/suami/isteri mereka. Kat mortuary ni nak letak pamplet pun serba salah...kang ada plak yang ingat kita nak sangat buat autopsy sebab nak amik organ....ye lah, bukan semua orang tengok pamplet tu baca dan paham....ada yang sekali glance jer dah buat conclusion. Pernah satu waris (teenager) mintak nak tengok postmortem sebab nak pastikan hamba tak ambik apa2 dari abangnya. Hamba cakap ikut procedure mmg tak boleh tengok tapi dia boleh bagi list organ2 dan tempat yg sepatutnya organ tu diletakkan....bila hamba dah sudah dia boleh cek....(pikirlah sendiri kesudahnnya...). Berbalik pada organ donation....ni lah yang ada kat tempat hamba....(nahu jangan dipersoalkan). So far Alhamdulillah, ada jugak waris yang tampil nak dermakan walaupun simati bukan pledger.




Hamba pernah sign organ donor pledger about 12 years ago. Kad hijau tu pun entah ke mana dah. Masa baru-baru kawin hamba pernah bagitau kat hubby yang I'm an organ donor pledger but he told me dia tak sanggup bagi. Now, I am still for organ donation, so if it is my time please ask my hubby if he would change his mind.....

Support organ donation to save life...please visit A Give of Life

I wear green ribbon.......WOULD YOU?????





Wednesday 25 May 2011

The good one, the not so good one, the no good one......sila buat pilihan...

OUR FUTURE DOCTORS

Budak-budak yg dihantar oleh JPA ke hospital (sebelum nak masuk amik medic)
Senyum lar korang....belum masuk course lagi. Sok ada yang menangis nak keluar. So far masing-masing kemain enthusiastic and optimist and positive segala bagai perkataan yang baik-baik lar nak describe semangat budak-budak ni. Asal tanya kenapa  nak jadi dokter....rata-rata jawab nak buat kerja noble, nak berbakti pada masyarakat. Bagus lar tu tapi jangan hangat-hangat tahi ayam sudah ler.....

Untuk budak-budak IQ hebat cam diorang ni medic school punyer subject tu kira tak susah sangat ler...yang buat jadi payahnyer hamba rasa sebab ada virus M-alas and bad attitude...still, ramai jer yang lepas....(bolehler amik lagi gambar sengih masa kat graduation day nanti)

Lepas graduate kena buat housemanship. Zaman dolu-dolu ramai yang menangis menyesal jadi doktor time buat horseman (spelling mistake saje dibuat-buat). Mana taknyer kena keja cam kuda, kaldai, kerbau dan seumpamanya. Keja straight more than 36 hours tu dah biasa lar. 10 kali EOD call berterusan pun kira biasa...(zaman sebelum hamba sure lagi teruk). Ada member workaholic hamba siap buat back-to-back lagi (she's the rare good one). Tu pasal time horseman ni ada yang stress tak baik-baik sampai sekarang, siap ngan suicidal thought lagi.....yang survive will go on, yang tak tahan ramai gak yang berenti....Sekarang masalah ni dah kurang kot. Houseman kalau kat spital tempat hamba ni dah overflow. Bila dah ramai, masing-masing mula amik kesempatan mengelat (yang not so good one lar).

Bila dah jadi MO baru rasa lega sikit kot and of course hamba lega banyak lar pasal duduk kat tempat aman damai macam sekarang ni...sesekali jer ada kecoh-kecoh. Time macam ni sure dah ada commitment. Nak upgrade kereta, nak beli rumah, anak-anak dah bertambah dan mungkin dah nak bersekolah. Bila pikir-pikir balik rupa-rupanya tak kaya sangat pun jadi doktor gomen ni. Nak tambah elaun kena jadi pakar...issshhh...malas nak belajar lagi. Nak masuk master kena tunggu giliran yg senior-senior dulu. Jadi pakar kang banyak tanggungjawab....gaji pun ala2 ciput jer...Banyaklar kalau nak pikir!!!!!!! Masa inilah ramai yang dah lupa semangat nak berbakti kepada masyarakat....ye lah, nak kena fikir camana nak menyenangkan hidup sendiri....

Majoriti doktor yang ada kat negara kita are the good one....masih ingat niat murni dan semangat masa mula-mula berhajat nak jadi doktor ni dan masih berpegang teguh pada whatever physician oath yang dibaca dan ditandatangani lepas grad ari tu (hamba baca The Oath of a Muslim Physician). Some are not so good one....semangat hilang dalam perjalanan kerana macam-macam masalah.....buat kerja sebab nak gaji. Sambil kerja tu dah kira berbakti lar....group yang ni kira ok lar....janji kerja jalan. 

Dalam ramai-ramai yang elok akan ada jugakler yang tak elok.....and the no good one ni termasuklar doktor-doktor yang menggunakan title untuk kepentingan diri dan poket sendiri....lupa habih dah medical code and conduct....physician oath apatah lagi.... Charge lebih2 kat klinik, jual ubat alternative and supplement yang tak perlu dan lebih hina lagi scam orang using MLM....haiya!!!!!!

Lantak korang lar dik...korang belajar lar elok-elok....pastu pilih lar korang nak jadi yang mana satu....

p/s: eh lupa lak....budak-budak dalam gambar kat atas tu sila cek pesanan "PENAJA" ni...(saje-saje nak share)






Tuesday 24 May 2011

Stupid, selfish and ignorance.........

Should we blame them or their parents or parents before their parents or the parents before them. Should we blame their fate for being unfortunate, being poor, being not well educated or should we just blame them for being stupid, selfish and ignorance........(what an intro!!)


Sebenarnya cuma nak berkongsi rasa tak puas hati dengan apa yang berlaku kat compound next to my room yesterday. Unfair sebenarnya nak guna ayat ni tapi tak kiralah...this time hamba nak tulih gak..."kalau dah Indon tu Indon jugakler...". Al-kisah cerita semalam ada this unfortunate Indonesian man who stayed in Malaysia to make a living died when the crain cable snapped and the heavy object hit him. Jadi ramai lar kaum kerabat  Indon tua muda satu KL ni datang berkumpul kat compound opis hamba ni....kuat ukhwah diorang ni, maklumlah hidup diperantauan.

Sg. Citarum, Indonesia
Pepaham lar kalau dah ramai-ramai ni....yang meraung toksah cakap lar, nasib tak pengsan jer (tak pasal2 kena code blue plak). Yang hamba tak tahan tu buat compound opis hamba ni macam tempat tinggal diorang plak...kotor, semak dan serabut. Sesapa yang pernah tengok kongsi diorang or yang penah pg Indon mungkin boleh bayangkan lar....kalau tak takkan antara sungai terkotor didunia ada kat negara diorang....

Dah ler sesuka hati bertenggek kat keta hamba baca surat khabar (nak pg marah tak patut pulak lar kan...) pas tu bila dah abih baca park je surat khabar tu kat bonet keta hamba....datang angin tiup penuh lantai compound berselerak. Ada lebih dari 20 orang kerabat masing-masing, tak sorang pun pi kutip balik. Kat area compound tu ada tong sampah besar bagak tapi botol air mineral kosong berterabur atas lantai. Tu belum plastik tapau kuih, cekedes anak-anak, air tumpah, plastik gula-gula...nasib takde puntung rokok jer...(ye ke takde??? hamba tak periksa plak). Tau lar kami ada budak radicare nak tolong bersihkan tapi attitude masing-masing yang datang melawat simati tu memang sungguh mengecewakan. Oh ya...they're mourning...they can't think....Cit podah!! kejadian macam ni cuma jadi kalau yang berkumpul kat luar tu kumpulan Indon jer. Ke diorang tau yang nak tolong bersihkan nanti pun orang Indon gak!!!!!

Bangsa yang kurang kesedaran sivik ni biasanya because of their low socio-economic group but if they understand the concept of "cleanliness is next to Godliness" or "an-najasatu min al-iman" or if they're not that selfish they will at least hormat lar tempat orang....

***Indon yang bersihkan rumah hamba tu pun bilik dia berselerak gak....;)

Sunday 22 May 2011

...and I thought I am strong enough....

Gambar amik dari http://thestar.com.my
 21st May 2011 is going to be a date that would be embedded in my head and my heart for a long time if not forever (due to dementia or whatever). Pada tarikh ini (dan hari esoknya) ialah pengalaman pertama hamba mengendalikan bencana ramai mangsa.....yang betul-betul punya. Kepenatannya sudah hampir hilang tetapi apa yang terlekat deep inside masih kuat dan mungkin akan lekat lebih lama.....

Masa hamba dengar about the news of the Hulu Langat landslide yang melibatkan mostly children, hamba dah terasa sedih. Masa dalam perjalanan pergi kerja malam tu hamba berdoa agar dikuatkan semangat dan emosi agar tak gugur berderai melihat anak-anak yang dipanggil pulang oleh Allah SWT.....apatah lagi melihat ahli keluarga mereka. Selama ni kalau ada kes yang melibatkan budak2 hamba rasa sayu tapi can control lar....be objective coz this is my job....I chose this job. 

I arrived at work that night around 11.30 pm. Masa tu dah ramai orang berkumpul tapi keadaan tak seperti yang disangka.....Waris-waris yang ada jelas kelihatan kesugulan dan kesedihan diwajah masing-masing tetapi tiada hilai tangis yang kedengaran. Mata yang bengkak, hidung yang merah....air mata mengalir semua dalam senyap. 

Malam ini hampir kesemua staff jabatan turun bekerja....ditambah dengan beberapa staff dari hospital berdekatan. Rancangan dibuat agar semuanya terurus dengan baik bagi menyegerakan proses.....pihak JAWI pun ada sama bagi urusan mandi kapan jenazah. Di luar wartawan-wartawan pun ramai...ahli-ahli politik pun ada....standard lar tu.  

Jenazah dibawa ke tempat hamba tanpa identiti jadi kami terpaksa memanggil waris terdekat to identify them.....this was my task...and it was not easy to bring a relative especially mother to look at each and every faces of the victims....it was such an emotional moment. I tried very hard to hold my tears. All of them were boys..... and I have 3 at home...hati asyik teringat kat diorang....Ya Allah...what if yang terbaring ni are mine...how would I react, tolonglah kuatkan hamba....jangan bagi hamba terfikir-fikir pasal ni. Penat melawan perasaan....be objective....be strong...be strong....The whole team kerja sampai pagi, with few coffee (and cigarette???) break in between. Masing-masing ada yang muka dah nak jadi zombi (especially mine). Sure yang kerja kat scene and emergency department lagi penat dari kami kat sini. Alhamdulillah the number stop at 16.

Gambar amik dari http://thestar.com.my
Apa-apa yang berlaku inside tak boleh nak cerita.....tapi yang menarik is what I saw outside. I saw a group of people yang ada strong uhkwah...they were very close to each other...they support each other. I saw a group of people who have strong believe in Allah SWT.....I knew they were upset and devastated but they look very calm and they accept the fate. I din't hear any complaint. None of the family members meraung, marah-marah tak nak post-mortem or whatsoever. They let us do our part and the whole process went smoothly. 

Bila semua kerja sudah selesai hamba pun ambik masa berehat. Nak balik pun susah coz compound office penuh dengan orang dan van jenazah....payah nak keluarkan kereta. Hamba pun memerhati proses bawa keluar jenazah. Ramai kaum keluarga dan sahabat handai terlibat menyembahyangkan jenazah di compound office hamba ni (betul-betul next to my room). Sangat menghayat hati melihat semuanya didepan mata. Obviously Allah have a better plan for those yang dipanggilNya dan keluarga mereka. 16 good khalifah yang belajar di sekolah tahfiz....yang hafaz ayat-ayat suci al-Quran dan mungkin bakal menjadi memimpin umat....sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Bila time sorang-sorang ni perasaan sayu tadi muncul semula...dan melihat wajah ahli keluarga yang terlibat buat hati hamba jadi sangat-sangat sedih....dan air mata pun meluncur macam hujan....
Ya Allah....Mampukah hamba redha dan jadi sekuat mereka sekiranya ujian ini terkena pada hamba. Sejak akhir-akhir ni memang banyak dugaan kecil-kecilan Allah beri pada hamba dan keluarga....ada kalanya mengeluh juga. Ya Allah...jauhilah kami dari bencana sebegini....hamba tak pasti hamba cukup kuat nak menanggungnya.........

Semoga Allah cucuri rahmat kepada kesemua mereka yang telah pergi. Kuatkan semangat mangsa-mangsa dan ahli keluarga yang terlibat. Syabas kepada semua yang membantu dan bekerja extra bagi menguruskan kejadian ini. 

Salam takziah.....semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan tawa mereka menghiasai al-jannah...





Monday 16 May 2011

Ambik lar kak...best deal nih....

Hamba paling tak minat lar melayan orang marketing/salesperson ni...most of them muka manis dengan senyum separuh rela. Kata-kata yang keluar bagai cotton candy...manis dan cair dimulut.  Tapi kekadang bila betul2 nak beli ada plak yang buat muka masam macam kena simbah asid, mulut macam ada intan berterabur....

Weekend baru ni pg nak menambah stok anak hamster...budak yang jaga Mini Pet Shop kat Carrefour tu elok sikit dari yang jaga minggu lepas. Senyum langsung tak, tanya tak berjawab...jual barang nak tak nak....dek kerana kat situ jual murah beli je lar....Barang2 rumah hamster beli kat pet shop kat AEON Setiawangsa....budak yg jaga kat situ at least menyenangkan hati sket...harga pun ok...

Monday hamba and hubby cuti nak menyetel pelbagai perkara....almost sepanjang hari dok deal ngan masalah orang marketing/salesperson ni. Destinasi pertama kat Card Centre BSN pasal nak terminate credit card. Bukan hamba apply pun card tu...buat pinjaman pas tu depa offer. Hamba dah kata kat agen tu tak mau....xnak bayar yearly charge n goverment tax. Baik mulut dia sesuka jer cakap both tu waived for 1st 3 years coz hamba ni keja gomen. Pastu cakap kalau tanak takyah activate lar. Hamba pun menolak dengan baik....tapi dek kerana percaya dengan mamat agen yang nampak cam jujur n Islamic (ringing tone n call me tone dia nasyid zikir kau!!!) hamba pun sign je lar dokumen tak menengok2....tup-tup sampai jer credit card tu kat rumah....mangkuknyer sales agent!!! Tak pasal2 hamba kena charge RM50 + 7 late charge padahal tak activate pun card tu. Nasib BSN boleh tolong waive the charge.......

Just before lunch kami pegi book hotel kat Legend Worlwide for end of year vacation (fuhh..dapat lar harapnya)...pastu saja2 tanya konon2 nak upgrade membership. Budak finance yang attend kitorang tu memang baik giler...telus dan jujur....(pasal dia bukan bahagian marketing kot). Bayangkan kalau yang attend tu salesperson....entah haper dikelentong agaknya. Macam ada sorang minah yang nak bagi voucher percutian tu...berapa kali cakap tak nak entahnyer...masih tegar call lagi pasal kesian konon nanti hamba rugi....hari tu dah bagitau kat dia..."kalau dah ikhlas sangat nak bagi pos je lar...."....hhmmmm tak nak plak....tu akal nak membelit lar tu. Pernah satu waktu dulu pg dengar business presentation ala-ala ni, bila kita kata tanak tetiba budak sales tu emo plak....ikut suka lar!!!!

Abih kisah sale kat Legend, pegi lunch kat Hadramawt Bukit Bintang....hamba beli diskaun kupon kat Groupon. Takde salesperson promote....kawan hubby pernah beli dia kata ok. Hamba pun cuba beli...huh...gembira sungguh dapat very good deal. Ni hamba plak nak buat promo....sila cek link tersebut yer....sometimes ada good deal yang sukar dilepaskan. Disclaimer: kalau sesaper tertipu hamba tak bertanggungjawab.....hahahahahhaha....(tak dapat sen pun tolong promo ni yer...)...

Dah kenyang makan 4 course lunch-chicken kabsah (RM34 jer for 2 persons) hamba dan hubby head to Harvey Norman yang kononnyer sale giler2....cheh...electrical appliances takdenyer sale banyak mana pun. Salesman yang attend kami tu agak hebat lar jugak...hehehehe...berjaya lar buat hamba convince dengan mesin basuh tu (terpaksa beli pasal yang dah 9 years kat rumah ni dah rosak). Hari tu dah usha kat Homedec tapi tak beli....sajer cari price benchmark. Last-last tadi angkut jugak ler...salesman tu berani kerat kuku yang takde kedai kat luar dapat bagi harga semurah tu. Harap tak tertipu ler kami. Apa-apa pun hamba percaya kat my hubby, biasa kalau dia buat deal memang yang terbaiklah!!! Dapat banyak free give plak tu....suka...suka...

Manusia macam hamba ni asalnyer tak berapa reti nak deal dengan salesperson ni. Nasib ada encik hubby yang memang power bab beli-membeli ni, sekarang dah ok sikit lar skill hamba. So untuk tidak terjerumus baikler mengelak. Kalau yang tru phone ni hamba memang dah skill dah nak menepis....maki pun boleh jugak kalau tahap degil gaban tu. Kawan-kawan yang ada bau-bau MLM pun hamba akan mengelak.....serba salah dibuatnya....sebab hamba memang benci MLM ni!!!!!! So sesaper yang berniat nak ajak hamba berMLM ni lupakan lah yer.....hamba tak sanggup hilang kawan.

.......hhhmmmm.....agak-agak kalau hamba berniaga camana lar caranya nak market produk yer.....???? Kena kawan jugakler dengan salesperson nampaknya.....


p/s: kalau ada good deal jangan lupa promote kat hamba.....  






Friday 6 May 2011

Hari Ibu....oh Hari Ibu....

I  did not celebrate Mother's Day....I didn't call my mother on every 2nd Sunday of May to wish Happy Mother's Day....I didn't buy present for her on this day. Actually not until this year hamba baru betul-betul tau yang Mother's Day in Malaysia disambut on every 2nd Sunday of May dan negara-negara lain ada yang sambut on different dates. Apa yang hamba tau bulan Mei orang sambut Hari Ibu...itu pun ingat pasal iklan kat TV. Entahler....Mother's Day ni bukan asal budaya kita jadi mak n abah hamba takde mengajor hamba adik-beradik celebrate hari ni so hamba pun tak mengajor anak2 hamba jugak. My boys masa tadika ada lar buat projek kad ucapan Hari Ibu tapi ni dah masuk skolah pondok ni tak tau ler....macam takde jer...unless ayah diorang ingatkan...hehehehe. ;) wink..wink..

Sehari-dua lepas terbaca dan seterusnya membaca pasal pelbagai pandangan tentang Mother's Day ni. Most page and blog kebanyakannya copy paste dari sumber yang sama (dah tak tau sapa penulis asal). So hamba baca terus dari guideline Pejabat Mufti Selangor "GARIS PANDUAN SAMBUTAN HARI BAPA, IBU, KEKASIH DAN YANG SEUMPAMANYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM." Dalam guideline ni banyak menyebut tentang peranan ibu-bapa dan tangungjawab mendidik anak-anak agar melakukan sesuatu sesuai dengan landasan Islam. Dalam pada itu hamba search jugak ler beberapa page lain and found this one from USIM-Fatwa Management System agak convincing....

So...lepas ni adakah hamba akan sambut Mother's Day???....for me ianya bukan satu celebration yang perlu ada rancangan meraikan...maybe cukup kot kalau just a simple wish. Memandangkan Mother's Day ni dah menjadi glemer agak-agak mak hamba teringin tak nak diraikan??? Emmmm....nak test tengok lar tahun ni....

Hamba plak sempena nak dekat Mother's Day ni rasanya nak membelek melihat mana yang tak betul sana-sini agar hamba boleh jadi the best mother for my children....ye lah, takde lar bila dah besor nanti diorang ingat hamba masa Hari Ibu sajer....

For my mother...........HAPPY MOTHER'S DAY
love you hingga hujung nyawa

Pn. Khamisah: Orang yang menjadikan hamba sepertimana hamba hari ini.....

Syurga Di Telapak Kaki Ibu

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan


Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan


Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

Tuesday 3 May 2011

Back to late 80's......

What a busy good weekend!!! Paling best was on Sunday 1st May....back to memory lane...back to when I was 12 or so...back to the late 80's.....Konsert Opera Hidup Wings and Superfriends.

February 2009 hubby belanja tengok konsert M. Nasir kat Istana Budaya as my birthday treat....this time is my turn to treat him.  Memang berbaloi untuk peminat rock zaman 80an. Mula-mula tu rasa terkilan juga coz at first target nak tengok Wings Rokestra (tiket abih da...) tapi dengan all the rock legends yang ada with such a good performance.....fuhhhh.....rasa muda balik semula...

Waktu all these rock legends glemer dulu hamba sangat lar muda belia lagi. Tak pernah terpikir pun akan merasa nak pegi tengok depa punya konsert. Masa kat asrama selalu kumpul ramai-ramai melalak lagu diorang ni....giler nostalgia. Sape-sape tak minat music rock sure tak leh pahamkan.....

Awie punya suara memang superb....meremang bulu roma bila tarik...kelas!!! Papa rock Ramli Sarip pun masih hebat dipentas. Kalau dia ada nak buat konsert confirm hamba akan pergi (kalau kat IB ler....open concert kat stadium cannot lar....tak sesuai...). Yantzen nampak tak berubah...muka sama jer, suara pun masih power. Mus and Hattan plak macam really lepas geram that evening....rock aarrrrr....!!!!   Dato' M.Nasir macam biasa lar....mengkagumkan!! Nash was good too but baju tak sesuai lar bang!!!! Paling tak disangka is Azlan Typewriter, his vocal performance was very good sampai naik bulu roma....can say he's the next Awie/Amy type lar. Semua star singer ada....Amy Search jer xde....sibuk ngan AF9 kot....

Dah abih baru boleh amik gambar

Tu baru sebut pasal penyanyi....musician yang ada pun semua star belaka. Teringat masa muda-muda ramai budak pompuan giler kat Kid pasal dia cute....he still is...Joe nampak macam layan semacam jer during the concert....kusyuk sangat kot....Hillary sit at the same position and posture dari awal hingga akhir, like a super genius nerd. Sapa lagi tak sebut....of course Black, Eddie, Yazit....Edrie Hashim dengan  rambutnya macam buat iklan syampu...and few others. All of them are SUPERB!!!!!

We really enjoyed the show. Lagi sronok lar bila patutnya duduk grand circle IB bagi upgrade turun bawah kat tempat yang biasanya tiket harga RM300++...nampak jelas muka orang atas pentas tu...



Seperti biasa habis concert ada sesi autograph. Masa ni bleh ler amik gambar dekat2. Tapi hamba bukan teenager lagi nak sibuk kejar autograph dan bergambar bagai....snap dari jauh dah ler.... 

Sesi autograph....
What a great evening.....enjoy sakan sampai hari ni sakit tekak dan demam...(balik dari IB kena hujan lebat...huhuhuhu...)...

Tahun depan show apa plak kita nak tengok yer Bee....Harap depa produce balik Lat Kampung Boy....thn ni tak sempat tengok...