Just a place for me to write whenever i feel like writing. Mainly about things and issues around me....and of course...my passions.


Wednesday 15 June 2011

Setem dah mati........

Pening kepala kerana maid adalah rungutan biasa hamba. This time pening pasal nak proses permohonan maid baru. Selama ni lambakkan jer duit kat agen pastu tau2 maid sampai kat rumah.This time ingat sama lar rupanya hampeh....miscommunication dengan budak yang bawak masuk maid tu. Abih camana hamba nak paham, tak sempat tanya lagi dah melompat-lompat words kuar dari mulut dia...orang tua2 kata macam bertih meletup...

Awal bulan ari tu budak transporter ni (the same one yang bagi maid hisap rokok tu) sms tanya nak maid tak...dah tentu lar jawapannya nak pasal yang lama nak balik 2 Julai. Bukan main dia promote maid baru ni. Orang terdesak cam hamba ni tawakkal jer lar. Mintak RM5k for the maid, mahal 500 dari yang dulu konon pasal dah siap medical and tunggu submit permohonan jer. Hamba tanya gak pasal submit tu. Dia kata dokter isi jer borang untuk submit kat Imigresen. Hamba yang bodoh ni ingat kita isi borang dia tolong settle rupanya dia satu pun tak tau!!!!!! Jangan kata nak tolong submit, procedure pun tak tau....cheh, cakap pung pang pung pang....Last2 duit 5k tu untuk ambik maid tu jer lar and lagi nak marah sebenarnya medikal tu tak payah pun!!!!!

Setelah blog walking, bertanya sekeliling dan menelepon kawan2 hamba pun paham lar cara2 nak apply maid yang dah masuk pakai pas pelawat ni (pakai JP Visa). Setelah mendownload semua borang2 kat website Jabatan Imigresen bermulalah era pening nak mengisinya. Nasib ada boss yang sangat teratur, he has copies of borang2 yang dia pernah isi before....hamba tiru je lar. Macih boss yer! Setelah mengisi borang hamba pun pening lagi camana nak pg bunuh setem hasil ni. Nasib hidup zaman sekarang ada google and ada bloggers yang baik nak share pengalaman diorang and siap bagi tutorial lagi....hamba ni cam katak bawah tempurung, apa pun tak tau....semua kalau boleh nak orang buatkan....Padan ngan muka, benda simple camni pun tak tau.

So pagi tadi hamba pun pg bunuh setem kat LHDN Wangsa Maju, tingkat 6 yer....prosesnya cuma 8 minit campur isi borang. Lepas tu drive pg Imigresen Putrajaya nak submit application. Total processing time dari amik nombor hingga selesai cuma 22 minit sahaja. Lagi lama drive pg balik. Lepas ni kena tunggu permohonan approve lar...harap jangan lar lama sangat, pas lawatan maid baru ni tamat 2 July....kang kena plak ke Imigresen lagi mintak special pass....aiiyak!!!

Moral of the story....hamba gembira dapat buat menda ni sendiri dan akan datang hamba dah paham dah. Takde bodoh2 poket kena henyak dengan agen....dan proses kali ni walau kena ke hulu-ke hilir, at least selamat lagi dalam 1.5k (agen charge RM3k untuk uruskan JP Visa). Misi seterusnya malam nanti nak harass transporter tu pasal mintak extra 500 untuk medical check-up Indon yang fake dan tak berguna tu.....tak berhajat nak mintak balik duit tu pun sebab tau sure tak akan dapat tp sekurang-kurangnya hamba PUAS.....

Oh ya....tq to these bloggers for sharing...





No comments:

Post a Comment