Just a place for me to write whenever i feel like writing. Mainly about things and issues around me....and of course...my passions.


Wednesday 25 May 2011

The good one, the not so good one, the no good one......sila buat pilihan...

OUR FUTURE DOCTORS

Budak-budak yg dihantar oleh JPA ke hospital (sebelum nak masuk amik medic)
Senyum lar korang....belum masuk course lagi. Sok ada yang menangis nak keluar. So far masing-masing kemain enthusiastic and optimist and positive segala bagai perkataan yang baik-baik lar nak describe semangat budak-budak ni. Asal tanya kenapa  nak jadi dokter....rata-rata jawab nak buat kerja noble, nak berbakti pada masyarakat. Bagus lar tu tapi jangan hangat-hangat tahi ayam sudah ler.....

Untuk budak-budak IQ hebat cam diorang ni medic school punyer subject tu kira tak susah sangat ler...yang buat jadi payahnyer hamba rasa sebab ada virus M-alas and bad attitude...still, ramai jer yang lepas....(bolehler amik lagi gambar sengih masa kat graduation day nanti)

Lepas graduate kena buat housemanship. Zaman dolu-dolu ramai yang menangis menyesal jadi doktor time buat horseman (spelling mistake saje dibuat-buat). Mana taknyer kena keja cam kuda, kaldai, kerbau dan seumpamanya. Keja straight more than 36 hours tu dah biasa lar. 10 kali EOD call berterusan pun kira biasa...(zaman sebelum hamba sure lagi teruk). Ada member workaholic hamba siap buat back-to-back lagi (she's the rare good one). Tu pasal time horseman ni ada yang stress tak baik-baik sampai sekarang, siap ngan suicidal thought lagi.....yang survive will go on, yang tak tahan ramai gak yang berenti....Sekarang masalah ni dah kurang kot. Houseman kalau kat spital tempat hamba ni dah overflow. Bila dah ramai, masing-masing mula amik kesempatan mengelat (yang not so good one lar).

Bila dah jadi MO baru rasa lega sikit kot and of course hamba lega banyak lar pasal duduk kat tempat aman damai macam sekarang ni...sesekali jer ada kecoh-kecoh. Time macam ni sure dah ada commitment. Nak upgrade kereta, nak beli rumah, anak-anak dah bertambah dan mungkin dah nak bersekolah. Bila pikir-pikir balik rupa-rupanya tak kaya sangat pun jadi doktor gomen ni. Nak tambah elaun kena jadi pakar...issshhh...malas nak belajar lagi. Nak masuk master kena tunggu giliran yg senior-senior dulu. Jadi pakar kang banyak tanggungjawab....gaji pun ala2 ciput jer...Banyaklar kalau nak pikir!!!!!!! Masa inilah ramai yang dah lupa semangat nak berbakti kepada masyarakat....ye lah, nak kena fikir camana nak menyenangkan hidup sendiri....

Majoriti doktor yang ada kat negara kita are the good one....masih ingat niat murni dan semangat masa mula-mula berhajat nak jadi doktor ni dan masih berpegang teguh pada whatever physician oath yang dibaca dan ditandatangani lepas grad ari tu (hamba baca The Oath of a Muslim Physician). Some are not so good one....semangat hilang dalam perjalanan kerana macam-macam masalah.....buat kerja sebab nak gaji. Sambil kerja tu dah kira berbakti lar....group yang ni kira ok lar....janji kerja jalan. 

Dalam ramai-ramai yang elok akan ada jugakler yang tak elok.....and the no good one ni termasuklar doktor-doktor yang menggunakan title untuk kepentingan diri dan poket sendiri....lupa habih dah medical code and conduct....physician oath apatah lagi.... Charge lebih2 kat klinik, jual ubat alternative and supplement yang tak perlu dan lebih hina lagi scam orang using MLM....haiya!!!!!!

Lantak korang lar dik...korang belajar lar elok-elok....pastu pilih lar korang nak jadi yang mana satu....

p/s: eh lupa lak....budak-budak dalam gambar kat atas tu sila cek pesanan "PENAJA" ni...(saje-saje nak share)






No comments:

Post a Comment